Monday, February 8, 2010

Donut BG10

Hari ni kita makan donut nak?

Sedap...


Resepi dari housemate, Ila...Katanya resepi asal ni dari kawan dia...

Saya coretkan resepinya secara ringkas kat sini.
Untuk kemudahan saya di masa depan jugak..


Bahan-bahan serta cara-cara:
1/3 cawan minyak + 4 sudu besar susu pekat dicampur kepada 1/2 kilo tepung gandum
mix mix mix....
gula sikit, garam sikit (lebih kurang 1 susu teh),
campur lebih kurang 5g yis kering yang telah direndam dalam air,
gaul gaul gaul,


akhir sekali,
campur 2 biji kentang yang telah direbus dengan 2 cawan air dan dilenyek,
uli.......uli sampai dah tak melekat...
kalau still melekat, letak la tepung sikit-sikit..
uli sampai betul-betul tak melekat..

kemudiannya, bentukkan dan goreng...

untuk menjamu mata sebelum donut tu dijamukan pada tekak, hiasla donut tu seadanya...

 donut-donut ni saiznya S aja..

jadi dapatla dalam 40 biji..


herot-petot ja donut-donut tu..maklumla pakai acuan jari aja...

~donut tu kami bawak ke Ju yang berada di hospital sebab campak..sian dia sambut birthday kt hospital sensorg...disebabkan dia terpaksa berpantang telur, kami pun bawa la donut yg tak seberapa ni ke Ju utk menggantikan kek 'birthday' nya...huuhu

yang best tentang donut ni selain dari rasanya yang sedap adalah kelembutannya..iya, donut ni masih kekal lembut dan menyelerakan walaupun selepas lebih dari 24jam digoreng!


9 comments:

mieyzaihana said...

chadik..baru wekend haritu terpk2 nak buat donut..dah ni dapat resipi..thanks for sharing

ayong afzan said...

Sedapnya donut! dah lam nak blajar buat donut, tapi tak mula2 lagi

fiezaradzi said...

sedapnye donut nih.. nak satu...

srar said...

mie: hehhe silalah mencuba..make sure kentang rebus tu sejuk dulu sblm campur ngn tepung..kalo tak, tak gebu ler donut tu, huru hara jadinya adunan tu (--> belajar dr kesilapan..8)

riza: buat la riza, pstu share la donut versi hg pulak..sambil2 bc novel tu bleh mkn donut...

kfiza:huhuhu nak?? mintak kt mie..dia nk wat dh tu..

Siti Nurfazilah said...

waaaa...dah post pasal donut BG10..awatla br pasan..hehe..semangat wat donut nih..mula2 takot jgk xjd..tp wat ngn kak siti jd seronok..hehe..;)

ayong afzan said...

Baik Chadik. Aku sahut seruan hang tu. hehe.. tapi kalo nak salut dengan gula tu, just kisar gula sampai halus je kan? huhu.. nak buat kuah2 tu tak pandai ler. mungkin hg boleh bagi resepi jugak kot.hehe

srar said...

ila: hhehe tupon baru nk post..crita zaman bila2 tah...terima kasih utk awk ya..bg resepi tue..mmg best!!

riza: aah, gula halus tu main tabur2 ja..utk donut ni aku tak ada pakai kuah apa2 pon..yg tu cuma susu pekat ja..hehhh
kalau hg cairkn coklat masakn pastu tuang atas donut pon okay gak..bg coklat tu meleleh2 sikit..huisshh lapaq aih..

ayong afzan said...

owh...susu pekat je ek? orait.boleh buat coklat jugak ke?ok..ok..boleh lawan J'co and bigapple ni.hehe.. tq for sharing

arip said...

fuyooo riza nak lawan Jco ngan Bigapple ni...

aku rase tak lame lagi nnti ade la kat shoping complex kedai "AyOng DoNut" huk huk....

chadik.. order boleh ka?