Monday, March 8, 2010

ayam bermacam ayam...



saya ada tengok crita ni dari tv minggu lepas. Tertarik dengan isu yang hos rancangan River Cottage ini cuba sampaikan. Beliau menjalankan eksperimen melihat perbezaan di antara ayam yang diternak di dalam sangkar tertutup dengan ayam bebas (free-range). Hasil mendapati ayam yang diternak dalam keadaan bebas mempunyai lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding dengan ayam yang dipelihara dalam keadaan yang 'tertutup'.

Bagi saya, isu-isu yang cuba disampaikan ini sangat berguna. Baru la tahu keistimewaan ayam-ayam kampung, ayam-ayam yang hidup bebas ni.

Melalui video ini juga baru saya tahu yang ayam memerlukan tiga perkara utama dalam hidup mereka. Pertama sekali adalah hijau. Ya, ayam juga memerlukan benda-benda hijau seperti rumput dalam diet harian. Sebelum ini pernah la jugak tengok ayam-ayam kat rumah ni makan rumput tapi tak tau la pulak yang rumput ni penting.

Yang kedua, ayam juga perlukan 'exercise' seperti mana manusia perlukan aktiviti-aktiviti senaman ni. Manusia bersenam dan manusia tidak bersenam mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Kebiasaannya yang bersenam lebih sihat dan cergas berbanding yang tidak, dan begitu la juga perumpamaan yang kita mungkin boleh pakai pada ayam.

Yang ketiga dan terakhir, ayam perlukan masa untuk hidup, perlukan masa untuk otot-ototnya terbentuk dengan baik sehingga mempunyai keupayaan untuk menampung protein, vit. serta mineral yang berguna untuk manusia yang makan dagingnya itu. Jadi, manusia yang makan ayam ini tidaklah hanya makan otot yang mempunyai lemak sahaja!
hrmm panjang juga tulisan alih bahasa saya ini. Untuk maklumat lanjut, silalah tengok video yang di atas ni ya.


~utk kfiza, silala komen apa patut ya..ada banyak dah pengalaman ternak ayam ni kan? 8)



Saturday, March 6, 2010

La

 
nak berkongsi-kongsi cerita pasal ni..
tapi belum ada 'mood' lagi ni...

tengah risau pasal rumah sewa 'di sana'

permohonan ke hostel yg agak dekat dah kena 'reject'

dapat yang jauh ja..

susah hati ni...

~ya Allah, aku pohon padamu permudahkan segala urusan hidup dan mati kami~



Thursday, March 4, 2010

macam-macam perangai ada....

 
ni la perangai kucing kami di rumah ni..

sesuka hati dia aja nak lepak kt stor makanan ni

dalam bekas bawang lak tu..

sedap-sedap ja dok baring-baring sambil cuci bulu-bulu dia




buat dek ja kat kita ni...

tanpa rasa bersalah pon!!!

nasib baik kucing..

nak berleter lebih-lebih pun tak guna...

hohhhooo



Tuesday, March 2, 2010

impian menjadi kenyataan


dah lama dah wujud hasrat nak ada benda ni..
boleh pakai kt mana-mana aja

terutama dalam bas yang tak ada lampu

tak la bosan sangat semasa dalam perjalanan tu...

memang best la ada lampu ni..

 
boleh kepit aja kat buku
 
kemudian,

enjoy your book!

have fun

0-0