Sunday, April 28, 2013

furoshiki or japanese wrapping cloth

'Furoshiki (風呂敷, furoshiki) are a type of traditional Japanese wrapping cloth that were frequently used to transport clothes, gifts, or other goods'.......thanks wikipedia :)

from here


masa mula-mula sampai jepun dulu saya beli la beg jerut simple dari Daiso untuk letak bento atau bekas makanan saya. beli dua design yang sama. pakai memang sampai lunyai la, sampai buruk. pernak jugak beli beg bento warna hijau terang pastu pakai beberapa kali ja. mcm tak best pulak sbb besar dan tak membalut bekas bento dgn baik. dari pemerhatian saya, di lab saya ni semua orang pakai kain yg dinamakan furoshiki ni dan balut bekas masing-masing. Nampak cantik sangat. saya suka saya suka saya suka :)

cantik kan? tapi haruslah bukan saya punya. heheh. tapi copy from here

satu hari tu, labmate hadiahkan tiga helai kain ni masa hari last dia di lab  (berhenti kerja sbb tak tahan dengan beban kerja). kiranya sebagai hadiah kenang-kenangan la. pada mulanya sayang nak pakai. tapi last-last pakai dulu satu. lelama sikit pakai lagi satu. satu lagi warna kuning ada gambar kucing saya masih lagi simpan. ada jugak satu lagi, sorang kawan dari Tunisia hadiahkan. jadi bergilir-gilir la tiga helai kain tu berkhidmat untuk saya. saya tak pernah pakai plastic untuk letak bento. memang balut pakai kain ja. nampak menarik dan cantik. lalu tertarik untuk membuka bento pada hari tersebut dan menikmati makan tengahari di lab yang tercinta (Uhuksss ayat double triple meaning ni!)
selalunya pekerja-pekerja lelaki yang beristerikan suri rumah atau anak  yang masih tinggal dengan mak, pastinya akan bawak bento yang disediakan dengan cantik. susun lawa-lawa bagi nampak menarik. kemudiannya makanan dalam bekas bento yang cantik itu pula di balut dengan kain furoshiki yang punya pelbagai corak dan warna. perasaannya macam bukak hadiah la. bayangkan hari-hari dapat hadiah dari orang yang tersayang. pasti best kan?

jadi, para ibu, isteri, suami mahupun anak sekalian, apa kata sekali sekala luangkan masa di dapur dan sediakan bento yang cantik dan sedap untuk yang tersayang. pasti best kan? 

for more info, here

nak lagi bergaya, tiap2 kali hantar kain utk buat baju kurung tu, jgn lupa mintak kain lebihan ya. pastu boleh guna kain tu sebagai furoshiki

bolehhh buat bento match dgn baju yg dipakai di hari kejadian. hahahaha


Friday, April 26, 2013

sepagi di ladang strawberi


salam semua,

awal bulan tiga yang lepas, saya dengan H-san dan anaknya yg kacak Hi-chan meluangkan masa pagi sabtu kami bersama-sama di kebun strawberi.

Kami ke kebun yang sama yang kami p tahun lepas. sebenarnya ada banyak kebun di area Tokyo dan Kanagawa ni tapi kebanyakannya dah penuh.ramai sangat orang tempah tempat. jadi, nak tak nak ke tempat sama la kami.

cumanya kali ni kami p di awal musim. tahun lepas hujung bulan 4. disebabkan awal musim, yuran nak masuk pun lebih mahal. 30 min masuk dan makan seberapa banyak nak dgn bayaran 1800yen. mahal! tapi tak kisah la pengalamankan. lagi pulak bayar utk diri sendiri ja tak terasa sgt. kalau p ramai2 dan kena bayar utk ahlii keluarga yg lain, alamatnya mmg tak p la. baik beli ja dari kedai. 1800 yen tu pun dah boleh dpt banyk dah buahnya.

owh, kali ni saya dpt cuba buah strawberi muda. haaa mesti ramai tak terpikir nk makan yg muda kan. ni kalau tuan tanah tengok pun dia marah. so, makan sembunyi-sembunyi..hehhehe..rasanya? sedap. rangup dan ada rasa yang tersendiri. tak kelat dan tak masam langsung. kalau dapat buat cicah dgn garam belacan pun best. huhuh kecur liur pikir :)

dalam perjalanan balik tu kami singgah sat kat kebun sapa tah. amik gambar bunga ume.  ume apa ya?owh, plum. bunga plum yang buahnya biasanya orang jepun buat jeruk dan dipanggil umeboshi. umeboshi ni dimakan dengan nasi, H-san ni suka sgt makan nasi dgn umeboshi dan dia pernah bagi sikit bg saya try. rasanya sangat la masam dan masin. sedap la jugak tapi tak la sampai ke tahap nak makan selalu.last2 umeboshi tu kecut dan kering dgn sendirinya dan dah jadi asam boi dah..

bunga plum ni bentuk lebih kurang sakura. tp bunga plum takdak lekuk di setiap kelopaknya. dan bunga plum takdak tangkai yg panjang2.dari ranting terus keluar bunga, jadi takdak la bunga terjuntai-juntai.

ok, jom layan~












cerita lama sudah~

cantik-cantik si bunga sakura, 
cantik lagi bunga kertas mak saya.

waaa tak sabar dah nak balik malaysia.

ya Allah , permudahkan segala urusan hidup dan mati kami ya Allah, 
ya Allah, janganlah sekali-kali Kau bebankan kami dengan beban yang tak mampu kami pikul. 

Ampunkanlah dosa-dosa kami, kabulkanlah doa-doa kami.

Aamiin ya Allah.

Wednesday, April 24, 2013

tokyo disneyland~ (2010)

entry ni saya tulis di tahun 2010 masa kak na mai jenguk saya di tokyo..hehehe lamaaaaa punya cerita tu. taktau kenapa tak publish. memandangkan takdak cerita lain, saya share la ya. harap-harap takdak kulat tumbuh la ya di gambar-gambar tu. hahhaha merepek!


yaps, saya ke sini pada hari sabtu  bersama-sama dengan k.na. kami sampai sana dalam pukul 9 pagi waktu tempatan dan cuaca memang sangat panas! siap berpayung-payung bertopi-topi lagi orang-orang sini..kami dua orang relek ja dengan tudung, baju long sleeve lagi!

small world in disneyland
F1..hehehh serius memang la i ni tak reti bawak kereta..susah sungguh nak handle kereta lumba ni..
kitchen @ minnie house- sangat cute
still at minnie house- this one was taken from her living room
blender @ minnie's kitchen
budak-budak sangat suka dengan segala dekorasi di dalam rumah ni, terutama di bahagian dapur
even yang tak berapa kanak-kanak pun suka! hehehe
cruise on mark twain- uishh it was so much fun! our first cruise ever! hahahha
we met this cutest elephant enjoying his/her bath time..
not to forget these two crocodiles spending their time under the sun..
this was the funniest part! erkk can i really call it funniest? okay, obviously it was not fun especially to 5 of them..
managed to meet this naughty little boy..sib baik dia ni cute, kalau tak memang kena penampar..nakai sangat!
tokyo disneyland @ night time..can you spot where is mr mickey?
 okey, tu ja dulu setakat ni..

usah ditanya kenapa kami ke sini..kerana yang jelas kami ke sini mencari keseronokan yang hanya sementara ..owh, tak lupa juga utk makan pop corn yang sedap seperti yang selalu-selalu dapat makan masa tengok wayang.

apapun, terima kasih ya kak na sebab sudi berkunjung ke kampung halaman sementara tuan hamba ya..sudi-sudi la datang lagi ya..




Monday, April 22, 2013

akebonoyama park, spring 2013


salam semua,

hari ni saya nak cerita pasal tulip lagi ya.

ya, bila sakura dan berlalu, tulip pulak akan mengambil tempat di hati orang-orang seperti kami..
hheheheh

sementara masih lagi berada di sini, maka lapang-lapang kanlah masa yang ada tu untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

bersama-sama dengan Yani, Fidah (floormate di TIEC), Dila (training di Jepun selama sethn) dan 2 orang adik yg baru ja jumpa di station Akibo; Shida dan Iqa. 

beramai-ramai la kami hari tu. dari plan asal berempat terus jadi berenam.


kawasan Taman Akebonoyama, Kashiwa


tulip di sini ada pelbagai warna tapi bentuknya sama saja semua, tak seperti yang saya tengok sehari sebelum tu di Stadium Yokohama


salah satu tarikan di sini. kincir angin yang biasa boleh tengok di Belanda


asyik dok bergelak ketawa ambik gambar syok sendiri sebagai kenang-kenangan. hehehe memang semua pakat lupa diri dan berperangai macam ini negeri kami yang punya. 


Tulip at Akebonoyama Park, Kashiwa, Japan


potluck hari kejadian. sandwich tuna dan blueberi kek dari yani, bihun goreng dari Fida, nasi lemak dari Dila. mee goreng dari saya..

Alhamdulillah, semuanya sedap-sedap belaka. yang tak habis tu terus pack bagi Shida dan Iqa bawak balik. siap paksa lagi tu..hahahha kejam sangat!


tulip.tulip.tulip. 

Subhanallah


Akebonoyama Park

How to get to Akebonoyama Park? From Shimbashi, take Keihintohoku line to Nippori (14 minutes). Then change to Joban line (rapid-29 minutes) and stop at Abiko (Chiba). Exit through north gate and take a bus to Akebonoyama Koen (final stop). 


ada festival hari tu di sini. jadi sangatlah meriah dengan konsert segala bagai


jual-jual bunga macam-macam jenis ada.
tapi tak beli sebab plan nak p tempat lain lagi lepas tu


bunga pelbagai jenis. geram ja tengok. herbs tak banyk sgt pilihan. jadi, tak beli apa-apa pun


akebonoyama park in spring 2013


sampai ketemu lain insyaAllah


Saturday, April 20, 2013

hobi baru. berbakti pada tanah



salam semua,

saya beberapa minggu lepas asyik sangat membaca blog, bloggers dengan jari hijau. bloggers yang minat bercucuk tanam, tanam keliling rumah saja tapi hasilnya nampak macam  berkebun besar-besaran. salah satunya yang ni. blog semua menjadi. :) hehehhe dan dan tu jugak la saya berangan nak bercucuk tanam juga bila ada rumah :)

satu hari tu tengok la NHK world, cerita ala-ala dokumentari kegemaran saya ‘At Home with Venetia in Kyoto’. Saya suka sangat cara hidup Venetia ni. Katanya, Venetia ni berasal dari kerabat di raja  dari Europe (ada pernah satu episode tu di buat khas di kediaman kerabat Venetia. rumah pusaka diorang dah dijadikan muzium). Venetia ni suka travel dan satu hari datang jepun dan terus jatuh hati dengan jepun. dari Tokyo berhijrah ke Kyoto dan hidupnya mula-mula bermula dengan mengajar  English. lama-lama berkahwin la dengan org jepun. Venetia dan keluarga tinggal di kawasan bernama Ohara. tinggal di rumah lama berusia 100 tahun lebih. yang bestnya Venetia ni banyak bercucuk tanam di keliling rumah dia, mengamalkan penanaman secara organic, siap buat kompos sendiri segala bagai. dia tanam macam-macam pokok herba keliling rumah. yang bestnya Venetia ni, kalau nak tahu dia buat produk kosmetik sendiri! semua dari herba dari keliling rumahnya. ubat gigi, shampoo semua buat sendiri…kagum sangat. simple ja cara hidup. respect!

disebabkan terpengaruh dari blog dan tv, maka satu hari masa bersembang-sembang dengan labmate yang memang kaki berkebun, makanya dia cakap ok, esok saya bagi satu pokok mint. saya pun apa lagi, seronok lah! heheheh saya bagi tau dia yang saya teringin nak bertanam tapi macam susah ja. pokok kat kedai mahal-mahal. mahal sangat rasa, macam tak berbaloi ja. huhuhu
tup tup H-san cakap nak bagi J siap bagi dengan pot lagi tu. lagi senangggg. tak yah susah-susah dah. just bawak balik rumah dan bela saja.. hehehe suka3.



yang ni saya beli dari Daiso, pasu yang dah siap tanah dan benih segala. cuma tabur benih dan siram..parsley dan salad. gambar yang di tengah tu adalah pokok bawang putih. ada ternampak bawang putih yang bercambah, makanya dengan rela hati terus cucuk masuk tanah. sat saja dah tumbuh!




    beberapa hari kemudian, H-san bawak pulak pokok strawberi ni..heheh yahoooo senyum kegirangan la tuan hamba. suka tengok pokok-pokok hijau ni dalam rumah. celik-celik mata ja terus jenguk pokok, siram-siram air..hhahaha pokok mandi dulu dari tuan!

yang di kiri mint dan disebelah kanan adalah pokok strawberi. taktau la nak berbuah ka dak strawberi tu. tak kisah la yang tu. asalkan hidup pun dah cukup. dua-dua tu H-san bagi siap dengan pasu semua.


harapnya semangat bertanam ni berkekalan la. balik Malaysia nanti iAllah nak kekalkan dan teruskan aktiviti ni. tengok ramai ja yang bercucuk tanam, sekurang-kurangnya tanam sayur sikit-sikit, kucai yang mudah-mudah untuk kegunaan harian. serai, cili, pokok herba macam pudina semua boleh tanam dalam pasu. limau kasturi, roselle pun boleh tanam dalam pasu. jadi tak dak sebab la sebenarnya untuk tak bertanam ni. daripada tanam pokok bunga baik tanam pokok buah. ada hasil yang boleh memberikan senyuman pada lidah dan perut..heheheh





Thursday, April 18, 2013

tulip di yokohama stadium, spring 2013



salam semua,

hari sabtu bergerak dari hostel pukul 8 lebih-lebih, sampai lab sebelum pukul 9, pastu buat kerja sikit-sikit. 9.30 terus keluar gerak dari Shirokanedai ke Musashi-kosugi melalui Tokyo Meguro line. kemudian tukar ke Toyoko line, dari Musashi-Kosugi ke Yokohama. Dari Yokohama tukar ke JR line terus ke Kannai station. Yokohama Stadium terletak lebih kurang 200m saja dari station.

shirokanedai --> musashi-kosugi --> yokohama --> kannai
tokyo meguro line --> toyoko line --> JR line

apa saya buat di stadium? tengok games? heheheh please, not me ok :) hahhahah
saya p piknik ngn H-san, I-san dan Hi-chan yang kacak. piknik di kelilingi tulip. yeeeee best! yang pentingnya sangat cantik! tempat ni biasa-biasa ja sebenarnya. tulip ditanam di sebahagian kawasan stadium. bila ditanam rapat-rapat dan banyak, maka nampaklah cantik. yang pentingnya banyak sangat species ada. macam-macam warna dan bentuk.


kan? bermacam-macam bentuk. semua ni adalah tulip


yang ni namanya flamingo




sejuk mata tengok bunga-bunga ni


yang ni bentuk macam lily


artis melukis suasana di ladang tulip


putih-putih ungu meyejukkan mata yang melihat


subhanallah


melentok-lentok yang ni gigih mencari cahaya matahari


yang ni saya suka sangat. warnanya sangat lembut. dan macam gula-gula (candy) yang baunya sedap tu 


subhanallah suka sangat!


yang ni pun lawa


lagi-lagi tulip


taman yang ada di hujung tanaman tulip


taman di stadium yokohama


kawasan sekitar


tulip.tulip.tulip.tulip.tulip


masih lagi dengan tulip


yang ini bukan tulip tapi daun momiji atau maple


sekitar taman 


picture of the day. anime doll at tulip garden

sampai ketemu lagi.

sayonara

wasalam