Wednesday, February 24, 2010

.....


dapat ini dari email dan rasa sangat perlu untuk dikongsi bersama..terima kasih pada yang mencipta ayat-ayat ini..

Kebahagiaan manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. orang yang bahagia adalah mereka yang membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka dengan iman dan takwa.


Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan orang-orang yang telah menyentuh hidup mereka.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.


 Akan tiba satu tika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan dan perbaikilah kehidupan anda & peliharalah iman anda kerana bila-bila masa maut akan  datang menjemput anda.


 Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan orang sekeliling anda bahagia,kesedihan yang cukup untuk memastikan anda kuat, harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


 Selalu bayangkan diri anda di tempat orang lain,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.



 Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum(kerana redhonya tuhan pada anda) dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis(kerana begitu berharganya anda pada mereka)


4 comments:

suamihanyisterizuki said...

chadik, jom tukar link...

http://mzhany.blogspot.com

_hanybunny_

Siti Nurfazilah said...

bestnya bait2 ayat ni..penuh makna..ada yg mmg terjadi pd diri sendiri..hehe..thanks for sharing..

srar said...

hany: okay, baik! 8)

ilah: okeh2..tak hal punya. life is sharing =)

Siti Nurfazilah said...

sharing is caring ;) sambung2..haha