Wednesday, February 24, 2010

.....


dapat ini dari email dan rasa sangat perlu untuk dikongsi bersama..terima kasih pada yang mencipta ayat-ayat ini..

Kebahagiaan manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. orang yang bahagia adalah mereka yang membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka dengan iman dan takwa.


Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan orang-orang yang telah menyentuh hidup mereka.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.


 Akan tiba satu tika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan dan perbaikilah kehidupan anda & peliharalah iman anda kerana bila-bila masa maut akan  datang menjemput anda.


 Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan orang sekeliling anda bahagia,kesedihan yang cukup untuk memastikan anda kuat, harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


 Selalu bayangkan diri anda di tempat orang lain,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.



 Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum(kerana redhonya tuhan pada anda) dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis(kerana begitu berharganya anda pada mereka)


Thursday, February 18, 2010

pemanis semulajadi


surat khabar tempatan beberapa minggu lepas ada menceritakan tentang sejenis pokok yang mana daunnya mempunyai bahan yang punya rasa manis 200x lebih daripada gula tetapi tidak mempunyai kalori! (tapi pahitnya masih ada!) 

special credit to: http://nutritionwonderland.com/2009/02/stevia-controversy/

Bukan hanya berfungsi sebagai pemanis, daun dari pokok ini juga mempunyai pelbagai kelebihan lain seperti merawat penyakit berkaitan kencing manis, menurunkan tekanan darah tinggi, obesiti, melawaskan kencing serta merawat luka terbakar.
 
taken from http://www.eaternal.com.au/Natural%20Products.html

walau bagaimanapun, pokok yang memegang nama saintifik ‘Stevia Rebaudian’ ini tidak mampu untuk mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya ditanam serta diproses gulanya untuk pasaran bagi menggantikan gula yang sedia. 

Nasib baik pegawai dari MARDI ini jelaskan betul-betul ketidak upayaan stevia ini untuk diusahakan di Malaysia ini. 

Kalau tak mesti semua nak berpusu-pusu tanam pokok ini! huhuhuh… Tetapi kalau kata nak digunakan sebagai makanan tambahan bolehlah katanya. Berpotensi tinggi lagi!


untuk berita penuh dengan bahasa yang lebih rasmi dan menarik, silalah ke sini ya..
 sekian, 8)

Tuesday, February 16, 2010

melompat sambil gelak!


beberapa malam yang lepas, saya seperti biasa akan menjalankan aktiviti melompat-lompat di alam maya...

heehheh

macam buruk ja bunyinya kan..

blog hopping ja pon..

saya terjumpa la blog jahit menjahit yang ini My CrazyArtZone  

teruja betul saya dengan hasil kerja tangan beliau

rasa macam sekarang jugak nak p beli mesin jahit...

ada la satu entry tu..

bukan cerita pasal jahit menjahit

tapi pasal status facebook

status yang pada saya kelakar dan berjaya membuatkan saya terkekek-kekek gelak..

 
hahhaahhhh

ni cuma contoh aja..
ada banyak lagi..

cakap banyak pun tak guna,

jadi pakat-pakat la terjah ke sini ya...

@-@


Sunday, February 14, 2010

tahukah anda?


Tahukah anda bahawa manusia bukanlah satu-satunya hidupan bumi yang berjaya menerokai ruang angkasa?

tahukah anda?

hrmm, banyak dah sebenarnya binatang-binatang terutama sekali tikus telah dibawa ke angkasa lepas. Kebanyakannya dibawa ke angkasa dan kemudiannya akan dianalisa di makmal untuk melihat kesan ruang tanpa graviti terhadap hidupan..

percaya tak?


salah satu ceritanya ada ditulis di sini, J Appl Physiol
 
jadi,

percayalah,

gambar pon dah ada..[ + - + ']

 
taken from this 
   this one was taken from here


percaya dah kan..?

menarik bukan?

menarikkah??

@-@


Friday, February 12, 2010

kenali i


mari kita sama-sama kenali siapakah 'i'?

i?

you?

hoohooo 

i inilah yang i maksudkan...

iPad

boleh dapat pada harga minimum 499 16G lagi! ya betul! 499 sahaja!percayalah!!!

sangat nipis okay..menarik lagi mengancam! tergoda i dengan i yang ini..


best tu guna buat baca gosip-gosip terbaru kat surat khabar..

mesti puas mata memandang..
mesti rasanya macam lebih kurang pegang surat khabar aja (sbb saiz dan nipis)

kat bawah ni boleh tengok perbezaan dari segi saiz antara iPad dan iPhone..


sila dongak ke langit dan bayangkan iPad ni adalah hak milik anda!

huh, bahagianya masa tu kan..

heheheh

[huhuhu iPod ngn iPhone pon tak mampu lagi nak miliki, apatah lagi yang ini]


for more info, please visit www.apple.com

lepas tu mesti gerenti rasa macam teringin nk panjangkan lagi 'goods wishlist' for this year!

hohoho



Wednesday, February 10, 2010

percubaan yang baik untuk mengaktifkan urat ketawa ada!

kecik la pulak...

ni saja ja tadi tergatal tangan serta mata nak tengok apa jadi kat bahasa blog ni bila di 'google translate' ke english...

bahahahha gelak tergolek-golek dah...

maaflah,

saya tidak pandai berbahasa melayu dengan sempurna....

apatah lagi berbahasa inggeris

huuhuhuhuh

tp lawak la...
gelakkan diri sendiri nih!

gula sikit, garam sikit --> dah translate jadi sugar skirt, skirt salt

milk tea adalah hasil kepada susu teh (silap eja sudu la pulak!!!)

*-* '


 akhir kata,

selamat mencuba dan seterusnya bergelak ketawa!





Monday, February 8, 2010

Donut BG10

Hari ni kita makan donut nak?

Sedap...


Resepi dari housemate, Ila...Katanya resepi asal ni dari kawan dia...

Saya coretkan resepinya secara ringkas kat sini.
Untuk kemudahan saya di masa depan jugak..


Bahan-bahan serta cara-cara:
1/3 cawan minyak + 4 sudu besar susu pekat dicampur kepada 1/2 kilo tepung gandum
mix mix mix....
gula sikit, garam sikit (lebih kurang 1 susu teh),
campur lebih kurang 5g yis kering yang telah direndam dalam air,
gaul gaul gaul,


akhir sekali,
campur 2 biji kentang yang telah direbus dengan 2 cawan air dan dilenyek,
uli.......uli sampai dah tak melekat...
kalau still melekat, letak la tepung sikit-sikit..
uli sampai betul-betul tak melekat..

kemudiannya, bentukkan dan goreng...

untuk menjamu mata sebelum donut tu dijamukan pada tekak, hiasla donut tu seadanya...

 donut-donut ni saiznya S aja..

jadi dapatla dalam 40 biji..


herot-petot ja donut-donut tu..maklumla pakai acuan jari aja...

~donut tu kami bawak ke Ju yang berada di hospital sebab campak..sian dia sambut birthday kt hospital sensorg...disebabkan dia terpaksa berpantang telur, kami pun bawa la donut yg tak seberapa ni ke Ju utk menggantikan kek 'birthday' nya...huuhu

yang best tentang donut ni selain dari rasanya yang sedap adalah kelembutannya..iya, donut ni masih kekal lembut dan menyelerakan walaupun selepas lebih dari 24jam digoreng!


Saturday, February 6, 2010

book cafe

minggu lepas saya telah menerima bungkusan ini....

 dari siapa?

huhuhu, pastinya dari 'orang' yang saya sangat sayang...

huhuhu

of coz la dari diri sendiri...

dari diri sendiri melalui servis ini..book cafe

servisnya bagus sekali..

untuk sesiapa yang nak beli buku, nak baca buku tapi malas nak ke kedai buku,

inilah antara alternatif yang anda boleh guna pakai untuk membeli buku-buku yang anda minat


kemas betul balutannya..

sampai susah betul nak buka..

ya, inilah dia...

buku-buku dari PTS publisher



nanti-nanti dah baca,

saya akan kongsikan bersama-sama

harap-harapnya 'nanti' itu tidak lama la ya..


sampai sini dulu untuk n3 kali ni.....

nak mulakan sesi membaca yang pertama...

pastinya dengan 'Fikah Luar Negara' dulu...

8.)



Thursday, February 4, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

salam semua,

Beberapa minggu yang lepas saya ada meluangkan masa untuk menonton sebuah filem dari Indonesia bertajuk Bila Cinta Bertasbih..Subhanallah, asyik sungguh saya dengan cerita tersebut. Jalan ceritanya memang sangat menarik, bukannya tipikal cerita cinta yang biasa kita lihat. Pada saya, ini cerita kedua yang terbaik dari Indonesia selepas Kiamat Sudah Dekat. Kombinasi lagu berserta lirik yang sangat bermakna sesungguhnya sangat menyentuh hati serta perasaan.

Kepada sesiapa yang belum lagi menonton cerita ini, maka saya cadangkan supaya berusahalah untuk luangkan sedikit dari masa anda yang sangat berharga itu. Saya pasti filem ini mampu untuk memberi kesan yang mendalam dalam hati anda.

 Nikmatilah filem ni dengan fikiran yang terbuka, tanpa mengehadkan pemikiran anda pada cinta antara adam dan hawa sahaja. 

' Biar aku sepi aku hampa aku basi, Tuhan sayang aku'



Tuesday, February 2, 2010

Berita gembira!

 ya,

if you are good in English and interested to learn 'pure Chinese' please make your way to contact that stated person

8.)

available in Penang, Malaysia only i guess...