Saturday, July 24, 2010

tak berjaya!

salam semua,
saya dah buat ice-cream green tea tapi,
TIDAK SEDAP!
hahahahhaahah
memang tak sedap langsung bila gula dikurangkan sukatannya..
tak sesuai,
langsung tidak sedap..
kena cuba lagi ni,
tapi kena ikut sukatan betul-btul ni..
sementara nak tunggu semangat nak buat tu timbul,
terpaksa la beli yg haagen-dasz punya,
yg ni kompem sedap...

8)

Thursday, July 22, 2010

ada tapi tak ada

pernah tak bila pagi-pagi, buka almari, pastu...

'alamak, takdak baju la nak pakai, takdak tudung la nak pakai..haishh cemana ni'

pernah tak dialog ni berputar-putar dalam kepala korang semua?
pernah tak?
walaupun sebenarnya depan mata tu penuh dengan pelbagai jenis fesyen baju..warna tak yah cerita la..kumpul-kumpul  memang boleh buat pelangi dah..

pernah tak alami situasi macam ni?

ada sapa-sapa yang tak pernah ada perasaan tu? angkat tangan boleh? nak tengok ada berapa ramai orang yang tak normal tu..
8)

Tuesday, July 20, 2010

projek terbaru..

ni projek terbaru saya,

















lama dah rasanya tak menjahit ni..

terlonjak-lonjak gembira bila jumpa pattern blouse ni di nippori tempoh hari,

memang dah lama dah mencari pattern utk baju ni..

so, sekarang ni dah ~70% dah siap baju tu,

kekkek kesempurnaan tu tolak tepi la..

janji puas hati berjaya,

berjaya bersabar.

heehhe

selain beli pattern dan kain cotton 2m utk projek baju ni,

saya jugak berjaya beli kain 4m- konon-konon utk baju kurung la ni..

tp mungkin kain tu akan kekal sebagai kain selama beberapa thn lg la kot..

tak sanggup nak jahit baju kurung pakai tangan. tapi kalau tiba-tiba berjaya beli mesin jahit tak tau la kan..

 sama aja yg atas bawah tu, cumanya satu diambil gambarnya dgn flash, satu lg dak..

kain ni background hitam dgn corak daun ginkgo ala2 kuning sikit..

yg ini saya rasa mcm pernah tengok seblum ni...di aloq staq kot..rasanya la..

yg bestnya utk projek beli belah kali ni ialah, saya dapt beli kain2 ni pada harga 100yen saja permeter..pada pendapat saya la kan memang la berbaloi2..400yen utk 4meter kain yang sangat berkualiti..kain kapas yg tebal dan lembut..mungkin corak agak outdated sikit tapi bagi saya peduli apa dengan corak terkini..janji berkualiti dan MURAH!


okeh, nx week nak p lagi..

bye!

Saturday, July 17, 2010

ice-cream lagi..

kali ni saya memang buat ais krim yang sebetulnya

yang setaraf atau lebih baik (errkk) dari yang ada di pasaran tu..

saya buat ikut resepi dari ros jintanmanis

memang berbaloi-baloi untuk dicuba,

lagi berbaloi-baloi untuk dimakan..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
memang sangat sedap..

yang cair dah pun masih sedap untuk dinikmati..

puas sangat dapat makan ni masa berbuka puasa..

memang best!

peminat ais krim wajib cuba resepi ni tau..

memang berbaloi-baloi..


Thursday, July 15, 2010

mari makan laksa

laksa versi sendiri2..

beria dressing tu..macam nk makan satu kg..
pakai mee udon aja..

susun2 segala macam aksesori

letak kuah ngan telur sebagai plengkap..

nampak sedap kan..

walaupun sebenarnya tak sedap..

huhuhuuh

banyk betoi bnda yg rasa kurang..

kurang kasih sayang mungkin..
hahhahahah

nak kena try lain kali la plak..

tapi bila entah lain kali tu..



Tuesday, July 13, 2010

long lasting flowers

salam semua,

maaf dah lama menyepi,

sibuk sikit dengan aktiviti sosial,

hehhehh,

ni nak tunjuk sikit akitiviti bberapa minggu lepas,

aktiviti menguruskan poket di ikea,

tak cukup dengan pokok dalam pasu,

kali ni saya beli plak sticker bunga utk dilekatkan dalam rumah,

ha ambik kau! bunga segar bugar senantiasa depan mata,

senang, tak yah kena siram2 lg dah..

beli sekali ngan pelita ni..erkk pelita kah..?
 
tak kisah lah kan..janji i like!
barangan ke3 yg dibeli..~ini sebenarnya barang utama yg nak dibelinya..bukan cheese cake tu..tp bekas dulang pembakar kek tu..beli2 ja terus la try test guna pakai..oven tak dak lg kan, so unbaked cheese cake jela yg boleh dibuat pon..

akhir kata,

semoga bergembira!




Sunday, July 4, 2010

gym ball

saya dah lama berkeinginan untuk membeli gym ball,
sangat teringin terutama lepas beli buku pilates,
tapi, saya tak pernah la pulak p mencari kt kedai gym ball ni,
sebab rasa cam mahal ja,
tapi,
tadi,
masa p ueno,
kawan saya tunjuk kt gym ball ni,
dia kata dia pernah beli,
harga boleh tahan murah la,
360 yen ja,
tak sampai rm16 pon,
saya rasa sangat berbaloi,
jadi,
apa lagi,
dapat la sebijik saiz 55cm,
macam ni la gym ball yang saya beli tu,
yang saya beli tu warna merah,
merah ang-ang,
tapi,
sebelum dapat bola yg bulat sebegini,
penat gak la den mengepam-ngepam nak bagi dia bulat gemuk sebegini,
dah la arahan dalam bahasa jepun yang sepatah haram pon saya tak paham,
hampir 1/2 jam gak la dok godek-godek,

lebih kurang gini la gayanya tadi,
tapi,
sorang-sorang jela godek benda alah ni,
dan sekarang,
bola dah nampak rupa yang sepatutnya,
saya dah mula sibuk,
sibuk mencari video terbaik untuk sesi untuk bersama gym ball ni,

orait,

saya sibuk sekarang,

harap maklum 8)

Friday, July 2, 2010

berprasangka baik la kita ya~

yaps,

saya akan terus berusaha,

saya akan terus telan apa saja dugaan, pahit manis sepanjang perjalanan hidup saya di bumi Allah ini,

saya akan terus bangun dan berjalan serta berlari setakat yang termampu saya buat,

pastinya saya akan berikan yang terbaik, 

terbaik untuk diri ini,

untuk semua orang,

bila kita dah berusaha, kita kena berdoa,

bila dah berdoa, kena la bertawakal dengan apa yang berlaku,

bila dah buat keputusan, maka kena la bertegas dengan segala keputusan yang kita buat tu,

ya, memang mudah untuk berkata-kata daripada melaksanakan sesuatu tu,

tapi kita PERLU berprasangka baik,

terutama sekali dengan tuhan, dengan Allah yang telah kita sandarkan segala doa dan harapan padaNya,

ingatlah yang Dia tak kan bebankan kita dengan beban yang tak mampu kita pikul,

jadi, bersabar la ya,

Allah uji kita supaya kita rasa susah,

manusia ni memang automatik akan ingat pada PenciptaNya bila dalam keadaan susah,

jadi, sesekali Dia akan susahkan kita supaya kita ingat Dia,

itu tanda Dia sayang kita,

oleh itu kawan-kawan semua,

~berprasangka baik la kita ya~