Sunday, January 31, 2010

apa ada pada jenama

dear kak na,

saya dah dapat beli dah purse yang macam mirza tu,

ala,

yang-gabak-muat letak pasport Malaysia tu,

yang harganya sangat mahal bila ditukarkan dari yen ke RM tu,

yang saya rasa macam tak mampu tapi berkenan sangat nak beli tu..
















made in...... -tak dapat dikenal pasti

brand? -hehhe unidentified

harga? RM10 saja...

hehehh terus la angkat bila harga dah begitu kan..

tak apa la kalau tak ada jenama pun...

huhuh

*_*

Friday, January 29, 2010

hari-hari seorang omnivor

Seronok kan bila sesekali tu dapat makan percuma

makan di majlis kenduri kahwin

ngeheheh

nasi sedap, lauk pun sedap!

ada gulai daging dengan pisang, ayam masak merah, rojak buah...

sedap-sedap belaka

dah makan kenyang, letak saja pinggan tu, tak payah susah-susah nak basuh

sembang-sembang, gelak-gelak

sambung pula makan laksa ni,


kemudian,

sambung lagi gelak-gelak, sembang-sembang,

selepas itu makan lagi,

bubur gandum campur sagu,

seronok betul makan-makan sambil menambahkan berat badan...
 
sambil-sambil makan tu sempat juga la fikir,

macam mana nak dapatkan coklat yang menyelerakan di dalam sangkar ni...

 rasa macam coklat-coklat tu cakap yang mereka nak bebas saja...

bebas dari sangkar emas itu..

^_^

oh sebelum terlupa,

ni gambar pengantinnya.


 dari belakang aja,
(maaf ya cik/pn pengapit gambar kena sembur dengan cat-tuan blog ni tak mampu lagi nk bayar duit upah model..)

ni hasil kerja budak umur tujuh tahun yang menjadi photographer-of-his-own-memorable-day...

bangga betul dia..

"mak long, mak long, irfan dah dapat dah tangkap gambar pengantin tu"

uhhuhu uhuks..




Wednesday, January 27, 2010

Durian Burung

Pernah dengar perkataan durian?

burung?

Bagaimana pula dengan perkataan Durian Burung?

mesti pernah kan?

Durian Burung itu adalah syarikat bas yang agak terkenal la kan di Malaysia ni...

rasanya syarikat ni pelopor kepada penggunaan bas dua tingkat di Malaysia ni.

pada tanggapan saya la.

pernah beberapa kali naik bas ini dari Kuala Lumpur-Alor Setar semasa memegang gelaran pelajar sepenuh masa suatu masa dahulu.

selesa la, bas baru la katakan.

ok

ok

Tujuan utama bukan nak bercerita mengenai syarikat bas ni.

Tapi nak bercerita mengenai Durian Burung

Salah satu tempat yang terletak berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand

pintu masuk yang kedua la kiranya ni

selain daripada Bukit Kayu Hitam

Untuk maklumat lanjut sila dapatkan dari sini

Sepanjang perjalanan ke Durian Burung itu, kita dapat la lihat pemandangan bekas ladang tebu ini.

(tempat ni dekat la dengan Padang Sanai, Padang Terap-terkenal la juga sebgai pengeluar gula)


 

lebuhraya yang menghubungkan antara Durian Burung dengan Baling ini agak selesa la.

jalan baru la katakan.

tapi kemudahan-kemudahan asas belum lagi disediakan.

kalau tiba-tiba nak 'terkucil' tu susahla sikit.

 
masuk kiri untuk ke Thailand



kehadiran kami dijemput oleh 'makhluk berwarna putih' ini...

sebabnya di imigresen ini,



Imigresen Kota Putra ini masih belum ada petugas-petugas yang bertugas.

tak tahu la bilanya nak siap


baca-baca dulu notis ni.


Kemudian baru buat keputusan sama ada nak cross pintu pagar ini untuk ke Thailand atau tak...

Semasa kami sedang sibuk-sibuk, berdiri-diri, posing di situ,

ada la beberapa orang tentera Thai datang jaga pintu pagar itu...

takut kami curi-curi panjat pagar untuk ke sana la tu..

huh

Semasa perjalanan pulang tu sempat la berfikir.

apa untungnya Kerajaan Malaysia buat kemudahan-kemudahan begini..

untuk keuntungan siapa sebenarnya?

untuk menggalakkan siapa keluar masuk sempadan itu?

agaknya orang Thai sibuk-sibuk tak nak cross sempadan untuk membeli-belah di Malaysia ni?

kalau semata-mata untuk membeli diesel, petrol itu ada la...

siapa yang untung dan siapa yang rugi sebenarnya di sini?

ke sama-sama untung, sama-sama rugi?

~i am still wondering~




Monday, January 25, 2010

mushroom fritter

teringin betul nak makan tenpura cendawan ni...

sedap tu bila celup-celup tepung,

kemudiannya goreng...

rasa mcm isi ayam sikit-sikit.

resepi untuk batter?

tak payah la susah-susah,

pakai saja Tepung Serbaguna Seri Aji extra pedas,

pasti tak mengecewakan..

sementara duduk di Malaysia ni kan,

tak payah la susah-susah buat semua benda,

dah duduk di obersea mcm kak na saya tu, macam emi, macam k.ijan, macam mami,

baru la fikir-fikir perah otak untuk buat semua sendiri-sendiri,

^_^

sebenarnya, saya dah standby dah nak buat cendawan goreng hari tu...

tapi tup-tup cendawan pulak tak ready lagi...


 belum cukup dewasa lagi untuk dikerjakan...

cendawan warna kelabu, gambar pun jadi kelabu (kabur)...

@_@



Saturday, January 23, 2010

eyes on action

Jaga-jaga,

Anda sentiasa diperhatikan!



Mungkin mata itu dari perompak,

Mungkin jugak dari mata pembunuh.

jadi,

berhati-hatilah.

apa-apa pun,

jangan lupa,

jaga juga mata anda!

mata kita tiada gantinya!



Thursday, January 21, 2010

L no P



Bahagian ekor.


Bahagian kepala.



Inilah dia.

Raket nyamuk.

Bukan untuk bermain-main, bermanja-manja dengan nyamuk.

Tapi untuk membunuh nyamuk.

Bunuh melalui renjatan elektrik.

Hanya on suis, kemudian tekan butang merah.

Sesudah itu, anda bebas untuk libas mana-mana nyamuk yang cuba mengganggu-gugat keselamatan serta keamanan hidup anda.

Anda pasti selamat tanpa bahan kimia.

 Berkesan membunuh nyamuk.

Cubalah,

Anda pasti gembira dgn hasilnya.

Boleh didapati di kedai-kedai berhampiran anda.

@-@


* Tahniah kepada doktor 'ibusinga' sebab dah dapat teka awal-awal lagi dah.
-memang garing nyamuk-nyamuk tu doktor.





Tuesday, January 19, 2010

racket nyamuk

racket nyamuk??

pernah dengar?

agak2 apa ya?

adakah utk bermain2 dgn nyamuk?

perlukah nyamuk dijadikan teman sepermainan..???



Sunday, January 17, 2010

'shy shy cat'



macam mana boleh wujud perkataan malu-malu kucing ya..?

sbb setakat dok kenal kucing la kan, tak pernah la lagi jumpa kucing yg malu-malu...

tengok ni tak malu betoi....





semata-mata kerna bihun goreng dgn sambal bilis petai!



Friday, January 15, 2010

'taugeh' utk dijual


agak-agaknya ada tak org nak beli 'taugeh' hidup segan mati tak mau ni?

layak kah utk dibuat goreng bersama telur dan daun kucai?

^_^'


Wednesday, January 13, 2010

flora-flora kehidupan...


salam...

hari ni sy share foto2 ni ya...

sy suka...

sbb menyenangkan...



 
 
 
 
 
 
 
rumput pun cantik apa...

^_^



Monday, January 11, 2010

sepetang di tanjung dawai...


kali ni cerita masih lagi berkaitan dgn tg dawai..

harap tak jemu la ya...

dlm perjalanan pulang tu, kami singgah utk menikmati pemandangan di tepi laut ini....


ada kelawar berterbangan...



 
yg ni tak tau la spesis apa..burung kot..




meriah betul suasana kt sini...

ramai sungguh manusia dtg...

cuti sekolah sama kot..

tu yg ramai amik kesempatan berehat-rehat dgn anak-anak, cucu-cucu...

dh penat-penat mendongak atau melangut, kami pon rehat-rehat la kt sini...

 boleh la pilih nak duduk cara bersila @ berkerusi...



sambil-sambil minum ini...waaa



alang-alang dah lepak kt kedai ni, maka order la banyak lg kan...

ada sotong goreng tepung, siakap goreng, tom yam

ada lg menu seterusnya...

tp tak tertangkap dh gambar...

dua-dua tangan dah comot bekerja keras mengerjakan ketam masak halia..

serta kerang bakar

sesungguhnya tempat ini sgtla best!!!

dan yg penting makanannya segar dan SEDAP!!!



warung maknjang ikan bakar warisan...

mmg best!!!

harga boleh tahan murah la..

dlm rm20 sekepala okay la kan utk berjenis2 lauk tu....

tempat plak selesa sgt...
 
lengkap dgn surau lg...

makan punya makan,

sempat la menikmati pemandangan matahari terbenam ni...



 
 
subhanallah...

what else should i say about this place..?

AWESOME!!!!






Saturday, January 9, 2010


salam semua..

n3 ni sambungan kpd cerita-cerita mengenai Tg Dawai ya..

sebelah dgn jeti tg dawai tu ada tempat ini...


 tempat shopping!!!


boleh beli segala mcm ikan kering...



ikan bilis....


ikan masin...



kopok lekor pon ada...



kopok kering yg pelbagai warna ini juga ada...



sotog kering, kuih muih tradisional juga boleh dibeli di sini...

 
tengok..sagon pon ada..kuih bakar, pop corn..hehhe




jadi, kalo mai yan jgn la lupa singgah tg dawai na..boleh beli bnyk2 buat stok ya..

ikan ilis kt sini sgt sedap, garing dan rapuh..

belacan pun best!!

hahahhahah