Monday, February 21, 2011

kotatsu

my own kotatsu
 walaupun rumah saya kecik sekangkang kera saja saya tetap nak sempitkan lagi dengan kotatsu ni..yela, rasa macam pemalas sangat bila asyik baring-baring atas perut ja hari-hari...bila musim sejuk baring-baring masuk futon, terus tertido..benci benci benci tau..
disebabkan itu, beli la kotatsu ni supaya boleh duduk elok-elok buat kerja, tak la lagi melingkaq macam ulaq sawa..

"A kotatsu (炬燵?) is a low, wooden table frame covered by a futon, or heavy blanket, upon which a table top sits. Underneath is a heatsource, often built into the table itself.[1] Kotatsu are used almost exclusively in Japan, although similar devices are used elsewhere.-wikipedia"

bawah kotasu tu ada heater ni..yang saya beli ni electric heater..memang terbaik la!
puas hati dapat duduk sempurna sambil panaskan kaki dalam kotatsu ni..baru la rasa macam manusia sempurna bertulang belakang, boleh duduk baik-baik tanpa berguling melingkaq tak ketahuan hala lagi =)


Saturday, February 19, 2011

garam belacan

cadangnya ni nak makan cicah garam belacan la ni..
sekali tak dan nak buat da..buah dah habis dimakan tanpa sedar...hahahahahhah

pisau kak na~ tayang kat tuan kot-kot la tuan dia dah rindu!

cantik kan gambaq ni...hahahah ada kena mengena dengan tajuk ka?

Thursday, February 17, 2011

ishi yaki imo

ishi yaki imo @ stone baked sweet potato pemberian labmate Ha***a-san setelah dia tau labmate dia ni suka sangat dengan sweet potato ni..

ishi yaki imo ni menurut Ha***a-san special sikit..hanya available masa winter saja..sweet potato yang dibakar pakai stone ni punya aroma yang sangat wangi...bau saja dah sedap rasa apatah lagi..sah-sah tak cukup seketul tu..
lembut, wangi, manis semua lengkap..simple, tanpa sebarang perasa tambahan...

Tuesday, February 15, 2011

nabe sdn bhd

salam semua,

semangat nabe terus meledak lepas try masa new year party tu..
terus apa lagi, mesti la cuba sendiri..

uishhhh berkabus tu..jerebu ka apa tu?
waaaaaa ketam, udang, salmon, fish ball, sayur mayur, cendawan semua ada..
senang sungguh la masak nabe versi sdn bhd ni...tambah-tambah bila ada stok pati ikan bilis maggi..confirm habis satu periuk bedal sensorang..pastu siap makan dengan udon campur telur lagi...perghh terbaik la..

nampak pucat tak menarik-tertarik langsung kan?

sedap dimakan masa cuaca sejuk..kalau di Malaysia tu boleh la try masa hujan kan..hirup sup panas-panas..manis sayur lauk pauk semua sekali lengkap wei!


Sunday, February 13, 2011

nabe @ new year party

hari ni nak cerita pasal nabe..
nabe as defined by wikipedia: Nabemono (鍋物, なべ物, nabe cooking pot + mono things, stuff, kinds) or simply called nabe, is a term referring to all varieties of Japanese steamboat dishes, also known as one pot dishes.

mula-mula makan nabe masa lab buat jamuan tahun baru di Meguro, Tokyo..
antara menu hari jamuan tu seafood nabe, sashimi, salad, pasta goreng, sotong goreng tepung, fries, dll (heheh,  nmpk sgt dah lupa!)

seafood nabe dengan udang, ketam, salmon dan pelbagai jenis sayur..

sashimi

salad dan edamame
kulit edamame...hheehehh..bagus gak melayan edamame ni sambil-sambil dengaq depa-depa merepek meraban -minum-sembang sakan-macam-esok tu tak kerja..huh!
sapa tak nampak memang sah!


Friday, February 11, 2011

hari ini dalam sejarah

salam semua..
ha tertanya2 dak tajuk sejarah untuk hari ini..agak-agak sejarah apa ya..?
sejarah malaysia? sejarah jepun? 
kalau itu jawapan anda ha, memang tepat sekali.
tepat sekali salah!
okeh, sebelum merepek panjang-panjang mai tengok ni..

hehhehh apa kata google weather forecast?
hari ni jumaat akan ada salji di tokyo..hahah orang lain dah berbakul-bakul dah main salji tapi di area tokyo ni memang la susah..biasala bandar kan..suhunya lebih panas dari kawasan-kawasan lain..tu yang salji merajuk tak mau singgah tu..
hari ni awal-awal pagi dah alert dengan bunyi-bunyi kat luar..bunyi air menitik terutamanya..dalam pukul 8 gitu   dah bukak tingkap untuk tinjau keadaan semasa..heehhe sungguh la excited ini budak! yela, winter dah banyak bulan dah tapi saljinya tak dak pun..nak gak rasakan? masa pukul 8 tu hujan rintik-rintik sopan-sopan ja, campur-campur ngan salji..waaa betoi rupanya ramalan kaji cuaca itu..ada salji la..amik gak gambar tapi tak jelas sangat saljinya sebab sikit sangat..takpa-takpa sabaq-sabaq satgi lebat kot..sambil-sambil tu kita makan dulu..
pancake huduh bersama madu dan raspberry jam..gu dengan kopi pekat tanpa gula..mantap!
lepas makan godek-godek internet, pukul 12 bersiap p lab..hari ni cuti national foundation day tu yang p lambat tu ke lab..heheheh
sebelum keluar, tinjau dulu perkembangan terkini cuaca..

nampak dak tu putih-putih dok terbang-terbang tu..ha, tak nampak pendek umoq!
okeh, makin lebat nampaknya- berkata-kata dalam hati sambil tersenyum~
cepat-cepat siap dengan glove, payung segala macam, terus ke train station menuju ke rumah keduaku..lab!

di dalam kampus rupanya salji lebih lebat, angin tak yah cakap la memang kuat, hampir-hampir tadi payung melayang!
dalam kampus
angin kuat dalam cuaca yang memang dah sejuk..pruuuuuuuu terus teringat selimut!
dari luar pintu masuk lab..1.30pm
4.30 pm..dah nampak sikit-sikit dah pile up of snow..
pokok momiji yang botak semasa musim sejuk..masa musim luruh diala ratu..
kawasan belakang lab..yang bahagian atas macam karpet putih tu padang sekolah..
hrmm tu jela gambar-gambar kenangan pertama kali bersama salji...hehheeh kesian, banyak tu ja mampu pun..sebab suhu tak berapa sejuk, rasanya tak bawah 0 darjah kot, sebab tu la salji tak banyak sangat..lagipun memang tak lebat mana pun, campur-campur ngan hujan jugak..jadinya tak dapat la nak kutip salji buat ABC ya...hahhahahahahahahahariinidalamsejarahhidupku.....

~labwork hari Alhamdulillah berjalan dengan lancar setelah beberapa minggu bertoggang langgang busy for nothing..tu yang stress sampai nak bukak blog sendiri pun malas..tapi baca blog orang lain tak malas =)
ada beberapa crita nak tulis tapi nanti-nanti la...