Sunday, May 30, 2010

anda mampu mngubahnya

saya dapat mesej ni tadi...dari nombor +60128271529

"TAHNIAH"
No. SIMcard Anda t'lah Berjaya Cabutan BERTUAH
(RM17.000,00)
Dr POWER ROOT
No. Siri 112233
Sila Call Office:
012-864 9412
Terima kasih.

~sapa-sapa yang rajin main tepon tu boleh la cuba-cuba tepon nombor di atas tu ya.. untung-untung dapat la RMtujuh belas titik kosong kosong kosong koma kosong kosong tu...

macam-macam cara kan manusia zaman sekarang ni cari makan...

sanggup buat apa saja cara untuk hidup....

jadi, pada kita yang sangat beruntung ni, cukup segala makan minum pakai segala macam ni,

sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita...

di samping tu jgn pula lupa untuk berkongsi segala macam nikmat yang kita ada ni dengan orang lain,

dengan orang yang lebih memerlukan...

ingatlah orang yang memerlukan, anda mampu mengubahnya...

heheh tetiba ja..

;)

Saturday, May 29, 2010

terkini, terbaru, terhebat

salam semua...

berita ini mungkin terkini, terbaru dan terhebat untuk saya sahaja..

tapi, saya tetap nak berkongsi cerita dan pengalaman ini...

cerita apa ya? pengalaman apa ya?

hhahaaha

apa lagi,

membeli belah di alam maya la..

website ini...

AQEELA

serius best,

betul, tak tipu,

boleh dapat lagi murah dari tempat yang saya biasa beli sebelum ini...

ada kemeja labuh juga- dah lama mencari-cari yang ini..

jadi, pada sesiapa kat luar sana yang suka imej begini,

maka sudi-sudikanlah membeli ya...

~saya tolong promote ja benda yang saya rasa bagus

sapa lagi nak beli barang 'muslimah' ni kalau bukan kita kan..

bila lagi nak menyokong barang sendiri kan..

sharing is caring~

[harap-harap posmen kat sini tak bosan la kena datang banyak kali ke rumah saya untuk hantar barang-barang ni..8)]

Friday, May 28, 2010

guna jari pun boleh!

saya suka shopping...

tak cukup shopping depan mata, saya shoping secara maya juga..
benda pertama yang saya beli on9 ialah shawl dari kedai gunting...

saya suka selendang yang kedai gunting ni jual; extra besar dan panjang

kemudian saya mula membeli novel, buku-buku dari MPH dan juga dari beberapa pemilik kedai maya yang lain..

pernah jugak beli t-shirt dari sini... 

t-shirt yang dijual disini pada saya sangat selesa...
dah banyak kali dah beli, servis pastinya sangat bagus...

saya dah ada yang ini!! ~memang selesa, kain kapas, ada poket

saya beli yang ini jugak! ~utk mak saya~ mak suka, saya lagiiii suka...

yang ini ...T.E.R.I.N.G.I.N sangat nak jadikannya salah satu koleksi saya, 

C.A.N.T.I.K.C.U.N.C.O.M.E.L

m.e.m.i.k.a.t.t.e.r.p.i.k.a.t

~hehhehh~

senang kan shoping begini, tak yah penat-penat jalan, sesak dengan orang ramai..

guna jari pon boleh utk shoping! 8)

kalau nak tau,

sebelum saya datang jepun ni, saya ada tercari-cari anak tudung yang nipis tapi tak jarang..

banyak dah kedai saya p tapi malangnya tak jumpa apa yang saya nak..

last-last saya jumpa benda yang saya cari tu dari sini, Butik Sunlay..

servis bagus, barang-barang yang dijual juga bagus,

saya baru ja dapat pesanan saya yang terbaru...

hehehe, shawl lagi dan anak tudung lagi..

sebelum2 ni dah beli utk cuba-cuba ja..

bila dah tau best, baru beli lg..

saya suka anak tudung syria sebab nipis tapi tak jarang...

anak tudung syria tu bentuknya gini...

bila kita pakai, akan ada lubang kt atas,

yang tu saya tak minat sangat, jadi saya akan lipat dan jahit bahagian yang berlubang tu supaya anak tudung ni sempurna tutupnya dan yang penting selesa..

so, tak yah risau lagi bila kena tarik tudung ke belakang bila nak semayang..

rambut pastinya akan di tutup dengan sempurna..

kalau malas jahit, boleh ja beli yang dah siap jahit, tapi lebih mahal la sikit sebab fabriknya lebih bagus..

apapun, pada yang dok jauh dari malaysia tapi mencari-mencari benda yang sebegini, maka anda ada alternatif okay...

pesanan saya ni kos penghantarannya dalam rm9 dan sampai dalam masa seminggu aja..

cayalah, sukalah..

terima kasih fara, nanti2 pasti saya akan order lagi...


Thursday, May 27, 2010

hitam untuk ada, present, available

kalau nak tau, inilah 'punch card' yang diguna pakai di lab saya..

hitam untuk ada, present, available

merah pulak untuk sebaliknya la kan..

hari-hari bila masuk ja lab, mesti tukar ke plat hitam..
kalo p ke mana-mana lebih dari 1/2 jam pada waktu wajib lab (9.30am~6pm),
maka kena lekat sticker kt bawah nama utk maklumkan lokasi @ di mana kita pada waktu tu..

nak ngelat tu boleh aja, tukar ke hitam, pastu p ja mana2

tapi kalo terkantoi tu memang parah la..

tapi setakat ni saya rasa orang-orang di sini memang amanah, tak curi tulang sesuka hati..

kebanyakan member-member lab saya ni saya nampak mcm tak dak hidup lain selain dari kerja..

selalu, hari-hari datang lab, balik malam-malam plak..

saya kul 7 ja dah tergedik-gedik nak balik, tapi depa ni bersemangat lagi nak buat kerja..

memang kerja 'like there is no more tomorrow'

respek arr depa-depa ni punya semngat 8)


Wednesday, May 26, 2010

necessity is the mother of invention

percaya tak kalau saya katakan yang piza ni saya bakar menggunakan dapur gas?

W.A.J.I.B percaya okay..

tambah-tambah bila jelas sekali nampak bahagian yang hangit itu..

tak kisah la kan..

janji dapat makan apa yang kita nak..

hehhh

sanggup buat apa saja demi makanan..

anda bagaimana?

^.^

Tuesday, May 25, 2010

tak paham bahasa

sekarang,

semua orang p meeting..

tinggallah daku seorang terkontang-kanting...

kui kui kui...

sedihkah?

tak,

rasa bagus jugak bila jadi orang tak paham bahasa ni, sekurang-kurangnya tak yah la terhinggut-hinggut kepala menahan mengantuk..

^.^

Saturday, May 22, 2010

mari kita tengok~

minggu lepas saya cuba-cuba la tanam bawang putih dan bawang merah yang saya bawa dari malaysia hampir 2 bulan yang lepas. sebabnya, bawang-bawang ni  dah tumbuh walaupun saya dah simpan dalam peti sejuk..

memandangkan dia dah nak hidup sangat saya pun tumpangkanlah dia dalam pasu mawar tidak berduri ni..

tengok-tengok aikk..

hidup sikit punya baik tu..

memandangkan bawang-bawang tu tunjukkan kesunggguhan untuk hidup maka saya pun dengan rela hati p la ke kedai untuk beli rumah baru untuk dia..

nila hasil 'shopping' untuk hari ni...

meh kita sama-sama tengok berapa lama pokok ni boleh bertahan..

pokok ros kuning tu 'recover' balik dari koma lepas ja dapat rumah baru..

bawang ni tak tau la cam mana..
 ~yeee, dah dapat rumah baru~

sama-sama jugak kita tengok berapa lama tuan punya pokok-pokok ni berjaya merajinkan dirinya bertani ni...

hahahaahh!

Monday, May 17, 2010

49.5

salam...

bila hani bgtau dlm komen sebelum ni yg saya sudah ringan teringat saya pd medical checkup minggu lepas..

yap, mmg berat saya dah turun..dah cecah angka depan 4 semula..hehhhe..

pelik jugak sbb makan banyak ja..

kt sini hari2 makan makan mkan..masak pulak mmg ikut selera sendiri habis la...hrmm menambah2 makan, tambah2 plak sejuk, sat2 ja dah lapar balik..

owh, nak cerita pasal medical checkup sebnarnya..

minggu lepas sy p la medical checkup seperti yg telah ditetapkan oleh uni. ada 2 hari saja ditetapkan utk student perempuan..slot utk lelaki sampai 5 hari..kagum dan terkejut..bukankah ini menunjukkan ada ramai student lelaki? 

biasanya kt msia, perempuan yg ramai dr lelaki..

masa checkup hari tu, sy p berdua dgn kwn permpuan dr egypt. kami 2 org ja yg muslim pd masa tu..
masa time x-ray tu kan, selalu kita kan ikut giliran masuk bilik tukar baju dsb kan..tapi, kt sini tak. ya la ramai org kan..baju ada disediakan tapi tempat utk tukar mmg tak dak..selamba badak ja diorg tu main salin depan2 tu..uishh nasib baik org jepun kan..tergelak dan malu sendri kitorg tengok glagat depa2 ni...

selalu kita buat medical checkup sblm daftar. tapi kat sini masuk dulu, pastu baru buat checkup yg ditetapkan oleh uni. so, kna check urine, questionaire, blood pressure, ECG, x-ray, tinggi-berat-BMI, blood test dan ujian mental..

nasib baik tak sampai dua bulan lg kt sini..agak2 kalo dah lama sikit mesti ujian mntal tak brapa nak lpas dah!

hahahhah!

okeh, sudah..

jumpa lg..

lusa kena present progress report dah!

hahaha lg!

~.~'

Sunday, May 16, 2010

you will never know how high you can fly unless you spread your wing and fly!

ya semua,

saya nak bgtau ni. saya kat sini banyak kali dah hampir-hampir terbang. betul ni. banyak kali dah hampir-hampir flying without wings!

betul, tak tipu..

kat dalam kampus saya ada satu lorong tu, terletak di antara 2 bangunan yang besar dan tinggi. tiap kali lalu situ msti angin dia kuat semacam ja..kat sini memang angin kuat tapi bila lalu area tu mesti EXTRA kuat anginnya. jadi, banyak kali la hampir-hampir terbang..nasib baik ada beg berat sebagai pemberat..kalau tak, hrmm mesti dah terbang sendiri balik malaysia...hahahahah!

akhirnya, bernyawa juga...

salam semua...


akhirnya saya sudah mampu bernyawa...

setelah ada internet di rumah...

hhehehehe

sebab tak dak internet la saya dah lama dah update blog ni.
selama ni curi-curi guna internet dari lab saja. jadi, bila dah curi-curi tu paham-paham jela kan. tak leh la selalu-selalu. haram kan? berdosa tu selalu main curi-curi.. ;)

- AF dah nak habis dah? uish, baru tau..ketinggalan betulla!