Sunday, December 20, 2009

satu hari di hujung tahun...

bila dah hujung-hujung tahun ni, semua org dok sibuk-sibuk membina azam baru..

kalo tak pun, msti dok sibuk-sibuk kira duit bonus akhir tahun...^_^

ataupun yg tak bestnya, dok kira jumlah hutang tahunan..huhuhu ^_^'

dalam apa keadaan sekalipun, rukun islam yg ke4 itu jgn dilupa..(msg ni khas utk muslim la ya)

baru-baru ni saya ada bersembang dgn adik saya pasal zakat ..dia dok bercerita la pasal berapa bnyak yg dia bayar berbanding dgn kawan-kawan sepejabat dia yg lain..semua org pelik sbb jumlah yg dia bayar tu sangat berbeza dgn org lain --> kesan drp bayar tanpa mengira dahulu jumlah wajib zakat...alasannya dia malas nak kira, so agak-agak la bayar kan..lebih tak pa katanya..

situasi ni menyebabkan saya resah..yelah, saya sendiri secara jujurnya tak pernah lagi bayar zakat..asyik selesa dengan title student sampai tak pernah terpikir pun zakat...yela gaji pun tak ada..elaun yg ada pun ada lebih sikit-sikit aja-tupon buat simpan utk keperluan studi yg seterusnya.....

dlm dok fikir-fikir tu terdengar la pulak ceramah kt IKIM pasal zakat ni..zakat simpanan..huishh zakat simpanan la pulak..mcm mn ni..ustaz tu asyik dok sebut 'wajib zakat bila cukup ..... dan nisab' (yg .... tu tak ingat apa dia)...bila dengar pasal ni terus bertambah la keresahan serta keraguan..lor, mcm mn nk tau yg kita ni kena keluar zakat ke tak..ish kalo tak bayar nanti takut tak berkat pulak nanti hidup..masalah ni kalo tertinggal benda-benda cenggini.....

fikir punya fikir, saya google pusat zakat kedah..hurmm dpt la sikit-sikit info tp tak cukup lagi..

google plak pusat zakat selangor ni..uishh kagumnya dgn website PZS ni..mcm-mcm info pasal zakat ada kt sini..patut la tiap2 thn PZS cemerlang dan berbangga dgn kutipan zakatnya...pendekatan yg depa guna ni mmg memudahkan..siap boleh bayar secara online lagi..


      

satu benda yg sangat menggembirakan saya ialah, website ni ada sediakan kalkulator zakat!..zakat pandapatan, perniagaan, wang simpanan, kwsp, saham dan juga saham emas dan perak..hrmm terlerai segala persoalan saya! jelas dah...terima kasih pihak pengurusan pusat zakat selangor~

ha, bila dah ada benda ni apa lagi, no more alasan-alasan tak reti kira lg la yer...hehhehhh...

so, akhir kata, sekian la perkongsian ilmu di hujung tahun ni ya..selamat mencuba dan mengguna dan membayar...^_^...

~sharing is caring~

2 comments:

naba the mutant said...

baguih ingat2 psl zakat ni...keberkatan tu yg lbh penting dlm hidup...rezeki tak putus. hahaha! masa k na mula2 kerja dulu2 ada 3thn tak bayaq zakat pendapatan. abih bulan abih gaji, tak berkat...pengajaran: dlm rezeki kita ada sebahagian rezeki utk org lain jugak....;)

si.ra said...

tula..kadang2 benda yg nmpk 'kecik' cenggini mmg bg impak yg sangat BESAR dlm hidup..apa-apa pun mencari keberkatan tu memang penting..tak boleh dipandang ringan sebenarnya..