Thursday, December 31, 2009

...mari mengira...


pada penghujung hari ini, ramai orang akan berpusu-pusu ke tempat-tempat keraian utk sama-sama 'mengira', mengira saat-saat akhir 2009..

5

4

3

2

1

ye, 2010....

memandangkan sekarg ni virus H1N1 masih bermaharajalela, maka saya nasihatkan pada semua JANGAN la pergi..duduk kt rumah lg bagus..lebih selamat...selamat mata, selamat telinga, selamat hati dari segala benda yg bukan-bukan ..

~@pun tido lagi bagus, tido awal bangun awal~

~the early bird catches the best worm~


Wednesday, December 30, 2009

pusing-pusing


pusing betulla ini hari....



....pusing

pusing....

....pusing....



Monday, December 28, 2009

seronok walaupun esok belum tentu ada...

seronok..?

ye, seriously saya rasa seronok berblog ni..

mula-mula knal blog ni masa kerja di kelantan dulu..bbrapa thn lepas la..tp masa tu tak dak idea dan malas nak menulis sgt..saya post bbrapa n3 saja dlm bbrapa thn tu..last-last sblm pergi jepun jalan-jalan hari tu saya mula menulis utk blog ni balik..godek punya godek, tukar email address, nama dan segala mcm, blog yg lama tu disambung la balik hayatnya dgn blog yg ini...hidup ni kan perlukan PERUBAHAN..hari-hari kita perlu berubah utk jadi lebih baik..sbb tu la ada org kata 'jadikan hari ini lebih baik dari semalam'...kan..?....penat saja-saja ja org dulu-dulu berkata begitu kalo kita tak mau ikut kan..lg satu, hidup ni kan penuh dgn PENGORBANAN..tak bleh la dok pk pasal sayang, pasal sentimental value la apa semua kan..? PERUBAHAN sememangnya memerlukan PENGORBANAN..jadi bersiap sedia la kita semua ya..

berbalik kepada cerita seronok td, apa yg sy paling suka pasal blog ni ialah saya dapt menulis segala apa yg saya pikir dan rasa..tak perlu lg dah dok cakap sorang-sorang dalam otak sendiri....kalo nak cerita kt org sebelah, kt rumate, kt family boleh aja..tp tak sama rasanya...bukan semua benda boleh dikongsi dan boleh diceritakan pada org secara berdepan..tmbah2 bila mood bercakap tu hilang, hrrmm mmg la malas nak bukak mulut..teruk kan?..

setakat hari ni saya masih lagi suka dan tak sabar-sabar nak post somethg kt blog utk share dgn semua org..

hari ni la...

esok belum tentu lagi..

esok belum tentu saya masih ada lagi...


~rasa sedih bila baca blog-blog yg mn blogger asalnya sudah tidak lagi bersama kita di dunia ini~
blog ustaz asri, blog kalam puncak ini--> blog ni masih lagi hidup hasil tulisan ummi kpd arwah...

akhir kata, penuhilah setiap detik dan masa yg kita ada dgn bekalan utk akhirat..seronok seronok juga, TUHAN jgn lupa... <-- sll sgt miss yg ni bila overjoyed :(

...............ESOK BELUM TENTU ADA ...........


Saturday, December 26, 2009

bosan dah weiii

hehehh

tah papa tah tajuk n3 kali nih..

bosan tak la bosan sgt..

tp bosan jugak lar..

selama2 ni dok tunjuk gambr2 kt jepun je kan...

so, kali ni nak share gmbar2 yg diambik kt malaysia la..gambar2 lama ja..







 gambar-gambar ni dah lama dah..diambil sempena cuti-cuti ke pulau perhentian thn 2007..hehh 2007 tu..lama sgt dah kan.......patutnya dh kena simpan dlm koleksi klasik dah!


 tp tak kisah la kan..sy tetap nk share gambar2 ni jgak..sbbnya sgt cantikk (pd mata sy la kan ^_^')



bila tengok gambar ni, terasa sangat nyamannya..angin kuat bertiup ke muka bersama-sama dengan percikan air laut yg pastinya masin itu..perghhh best betul saat itu!


kalo ada peluang utk p lg ke perhentian tu mmg la sy takkan tolak..berbaloi sgt setiap sen yg dilaburkan..

sy mmg suka dgn sun, sand and sea....

(haish, asyik ingt nk bercuti ja ni! huh!!!! tolongggg)

Thursday, December 24, 2009

kecik tapi BESAR

benda-benda kecik ni yg tak brapa nak nampak sangt ni sebenarnya cantik kan..?

bukan hanya cantik malah rajin...

hrmm, bilala agaknya nak jadi rajin mcm lebah ni..

bekerja keras sungguh dia..

kadang-kadang benda-benda kecik ni selalu kita pandang remeh kan..selalu sangat terlepas pndg..

haish, tp tula,

apa-apa pun,

biarla kita kecik tp hati kita besar...

biarlah kita tak dipuji asalkan kita tak dicaci dihina....

biarlah kita susah asalkan kita tak susahkan orang......

Tuesday, December 22, 2009

beginilah nasibku



mula-mula, posing begini- di atas meja,


pastu begini- di atas lantai pula..


lagi sekali,
 
..............
...............
................................................

last-last ini la nasib...
dipotong-potong serta dipercik dgn thousand island...


ish ish ish ^_^'

hhehh, beginilah nasibku sebiji epal..

~teringat masa sekolah dulu-dulu selalu kena buat karangan aku sebatang pen- heheh cerita pastinya bermula dr kilang, berakhir di longkang!~



Sunday, December 20, 2009

satu hari di hujung tahun...

bila dah hujung-hujung tahun ni, semua org dok sibuk-sibuk membina azam baru..

kalo tak pun, msti dok sibuk-sibuk kira duit bonus akhir tahun...^_^

ataupun yg tak bestnya, dok kira jumlah hutang tahunan..huhuhu ^_^'

dalam apa keadaan sekalipun, rukun islam yg ke4 itu jgn dilupa..(msg ni khas utk muslim la ya)

baru-baru ni saya ada bersembang dgn adik saya pasal zakat ..dia dok bercerita la pasal berapa bnyak yg dia bayar berbanding dgn kawan-kawan sepejabat dia yg lain..semua org pelik sbb jumlah yg dia bayar tu sangat berbeza dgn org lain --> kesan drp bayar tanpa mengira dahulu jumlah wajib zakat...alasannya dia malas nak kira, so agak-agak la bayar kan..lebih tak pa katanya..

situasi ni menyebabkan saya resah..yelah, saya sendiri secara jujurnya tak pernah lagi bayar zakat..asyik selesa dengan title student sampai tak pernah terpikir pun zakat...yela gaji pun tak ada..elaun yg ada pun ada lebih sikit-sikit aja-tupon buat simpan utk keperluan studi yg seterusnya.....

dlm dok fikir-fikir tu terdengar la pulak ceramah kt IKIM pasal zakat ni..zakat simpanan..huishh zakat simpanan la pulak..mcm mn ni..ustaz tu asyik dok sebut 'wajib zakat bila cukup ..... dan nisab' (yg .... tu tak ingat apa dia)...bila dengar pasal ni terus bertambah la keresahan serta keraguan..lor, mcm mn nk tau yg kita ni kena keluar zakat ke tak..ish kalo tak bayar nanti takut tak berkat pulak nanti hidup..masalah ni kalo tertinggal benda-benda cenggini.....

fikir punya fikir, saya google pusat zakat kedah..hurmm dpt la sikit-sikit info tp tak cukup lagi..

google plak pusat zakat selangor ni..uishh kagumnya dgn website PZS ni..mcm-mcm info pasal zakat ada kt sini..patut la tiap2 thn PZS cemerlang dan berbangga dgn kutipan zakatnya...pendekatan yg depa guna ni mmg memudahkan..siap boleh bayar secara online lagi..


      

satu benda yg sangat menggembirakan saya ialah, website ni ada sediakan kalkulator zakat!..zakat pandapatan, perniagaan, wang simpanan, kwsp, saham dan juga saham emas dan perak..hrmm terlerai segala persoalan saya! jelas dah...terima kasih pihak pengurusan pusat zakat selangor~

ha, bila dah ada benda ni apa lagi, no more alasan-alasan tak reti kira lg la yer...hehhehhh...

so, akhir kata, sekian la perkongsian ilmu di hujung tahun ni ya..selamat mencuba dan mengguna dan membayar...^_^...

~sharing is caring~

Friday, December 18, 2009

selamat tahun baru semua


syukur pada Allah, dapat lg kita peluang utk hidup di bumiNya ini..

marila kita sama-sama rebut segala peluang yg kita ada..

gunakan segala peluang itu sebaik-baiknya...

jgn takut,

sebab Allah sentiasa ada..

selamat tahun baru hijrah 1431..

semoga 1431 ini menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini...


Thursday, December 17, 2009

ini bukan iklan berbayar

ya, tajuk di atas tu sgt penting.....hoohoo

kali ni, saya nak bercerita ttg satu free website ni yg boleh diguna pakai oleh semua org..

sangat baik sebenarnya utk mendekatkan yg jauh, merapatkan yang dah dekat-dekat tue..

jeng-jeng inilah dia,

dengan bangganya saya ingin berkongsi ini dgn semua org...




ya ini dia..

www.geni.com

laman web yang percuma ni boleh diguna pakai oleh semua org..

kegunaaan utama geni ni seperti yang ditulis pada muka depan laman web tersebut adalah:
1- boleh bina salasilah keluarga
2- kemudian, invite semua adik beradik, sanak saudara utk sama turut serta..
3- boleh dapat tau dan lihat senarai saudara-saudara yg kita ada..yg mana2 duduk jauh2 tu bagus la..
4- dapat kumpulkan serta kekalkan cerita-cerita dan sejarah keluarga
5- dapat berkongsi gambar-gambar atau cerita terkini
6- peringatan utk hari lahir

tulah dia..

bagus tau website ni..

sy dah try dan dah berjaya la kumpulkan sedikit sebanyak ahli keluarga..berharap sgt dpt kumpulkan semua org, tak terhad pd primary or secondary family ja..

hrmm, sekarg ni, asal jumpa ja sepupu atau sedara2 yg lain, terus la mintak email address..hahahh dh mcm reporter dh rasa...

harapnya, semua org boleh la cuba website ni,,berguna sgt..kalo kata bukan utk kita sekrg, mungkin sangat berguna utk anak-anak kita, utk generasi-generasi akan datang..

okeyla, selamat ber'geni' semua...

~ terima kasih wani sbb kenalkan sy dgn geni ni ^_^ ~

Tuesday, December 15, 2009

selagi boleh tunduk tu tundukla...

apa-apa pun,

bila di atas tu, ingat2 la selalu org di bawah...

bila berjalan tu, pandang-pandangla jugak ke bawah....

bukan apa takut terpijak benda tak sepatutnya...

heehhhh

...

.....

sperti biasa,



bila dh tengok bawah tu nmpak la benda2 ni...




rumput rumpai pun cantik sebenarnya...kan?

jgn la dok asyik pandang awan yg cantik membiru tu aja, sekali sekala tengok la rumput2 menghijau yg selalu kita dok pijak-pijak tu..

~yg tak cantik di mata org lain tak semestinya tak cantik di mata kita~





Sunday, December 13, 2009

taman seibu

salam ..

hari ni dah mula rutin hidup yg normal semula .. no more jalan2, makan2 suka2 ya ..

masa bz2 ni la teringat masa cuti2 jepun hari tuh ..

kat atas sebu koen nih ..

meh kita layan ..













Kuramoto, Tokushima dr Seibu Park


~ingatlah 5 perkara sblm sampainya 5 perkara~



Friday, December 11, 2009

bzzz




ya sekrg sy sgt bzzzz...

busy sesagtt...

bnyak betulla kerja..

kekadang tu rasa mcm terkejar ja...

kalo la ada org gaji kan senang....


bleh suruh jaga ladang ni...

ladang ni jugak...




 
ladang ini lagik

restoran yg ini pulak


tak lupa juga theme park yg ini....


yg paling comel dan cun, si hijo ini...


hehhhehhhh

busy kan..?..

huhuhhh

hhahahahh

mcm budak-budak..

hahhahha

biar la

biar la sentiasa budak-budak, muda-muda

penat la asyik jadik org dewasa aja...

huhuhuh



Wednesday, December 9, 2009

dari mata manusia...

salam,

saya nak tunjuk sikit ni...

tunjuk gambaq2 lama ja...

gambaq masa di tokushima ari tu...


dari mata nelayan...






dari mata petani...




ni sawah padi...


dari mata peniaga dan pembeli...










sekian..

dari mata manusia...


Monday, December 7, 2009

Kuramoto Park

salam,

bila godek2 semula koleksi masa bercuti hari tu, jumpa la ngn gmbar2 ni ..





ni pemandangan di Kuramoto Park ..


dr Kuramoto Park itu, bleh nmpak deretan kedai2 ini ...


taman yg ni dekat ngn kuramoto park tu juga .. kat jepun tu bnyak betoi la tamannya ..


pokok ginkgo ni sgt la cantik! daunnya dah kuning mcm emas dah ..
nmpk tak harley davidson tuh ..?? ni la pemiliknya ..


tak dilupai, kaki cik penulis bertemankan daun2 ginkgo yg gugur menyembah bumi ...

hrmm cukupla tu teringat cerita lama2 .. heehhe

harap2 ada lagi peluang utk p lagi Tokushima ..

harap2 juga semoga org kt tokushima tu gembira2 selalu, sihat2 selalu ya .. terutamanya pada pemilik harley tu .. semoga terus tabah ya .. sabaq2 tak lama lagi dh kat situ!

^ - ^


Saturday, December 5, 2009

lapor


bila lapor tue teringat la masa dolu2 tue...

satu hari di tokushima city


di kedai 100yen sushi


sushi salmon


pilih jgn tak pilih..





yg ni rasa masinnn bila pecah dlm mulut! pop!


yg ni my feveret...hehee maki sushi timun...


bila perut dh kenyang p shoping2 kt sini lar..

hhehh, best la jalan-jalan kat sini..
berbaloi-baloi walaupun kena kayuh basikal jauh-jauh..
sejukkkss plak tu..


apapun, terima kasih kak na..:)