salam semua,
seperti dijanjikan, saya kongsi cerita sapporo saya hari ni.
plan utk ke ice festival ni dah lebih dari setahun dah. tahun lepas saya dan yani dah plan nk ke sini, dah beli tiket dan stay overnight di narita airport lagi. semangat takut terlepas flight di awal pagi tu. tup2 flight cancel sbb snow sgt tebal. tahun ni, kami plan lagi dan ditemankan lela jgk. mmg rezeki Lela nmpk gayanya.
hari khamis lepas lab, balik rumah dan rush ke chiba utk tumpg bermlm di rumah yani. jumaat pagi2 lepas subuh jam 5 mcm tu terus rush ke midoridai station utk ambik train yg paling awal. tukar train sekali dan kemudian terus ke narita airport.flight jam 7.30 dan smpai sapporo jam 9 lebih2.
dari shin-chitose airport, kami p ke tourist information counter untuk cari info pasal tiket train. rupanya kitorg yg pegang title resident ni dah tak layak utk dpt kad diskaun, jadi kami terus topup pasmo yg biasa pakai di tokyo dan terus ambik JR train ke sapporo. dari sapporo tukar train ke shin-sapporo. hotel yg kitorg stay tu dekat ja dgn station.
tempat kitorg berteduh untuk 2 mlm tu. susah nk cari hotel yg boleh accomodate 3 org. ni ja yg termurah yani dpt cari.
salji turun renyai2. sangatlaa sejuk. -6C masa tu
aktiviti pertama sesampai di sana ialah p hotel, drop beg dan kemudiannya p cari makannn. hehhehe
saya dah aim lamaaaa dah untuk ke Kitano Gourmet ni.
alhamdulillah tercapai hasrat. dari shin-sapporo, kami ambik JR ke sapporo station, keluar dari station kami tunggu free shuttle bus depan konbini. bas terus bwk kami ke tempat makan :)
turun saja bas, lintas jalan dan terjah kedai terdekat. cuba tengok menu depa.. perghh
rambang mata taktau nak pilih yang mana
last2 sy terus order yg ni. aduh telan liur tgkk. ada otate (scallop kot), ikan tuna, salmon, telur, udang manis dan telur ikan oren2 bulat2 itu. semuanya mentah kecuali telur ayam tu.
alhamdulillah, sedappppp
yg kanan atas tu sup ketam. highly recommended :)
kami order jugak ketam bakar tu. 500g untuk 3 org. memang puas hati makan. sebab isi sgtttt banyak
yani makan set salmon bakar sbb dia tak suka yg mentah2. lela ambik set lebih kurang saya tapi ada tambahan miso, salad dan jugak otate
suasana luar kedai. waktu ni angin tak kuat, rs mcm okla. tapi bila sekali angin bertiup, menggigil habis. jari tangan kaki semua dah kebas dah.
kedai yang kami p. ingatkan ada satu ni ja. rupanya sepanjang jalan tu ada kedai makan dan kedai jual pelbagai jenis hasil laut segar atau kering. mmg rambang mata
masuk satu kedai ni, diorg buat sampel untuk rasa. sedapp
ketam segar yang dijual. mahal giloss
dah puas makan, ambik gambar plak
muka kenyang dan puas hati ;)
memang puas hati la. makanan segarrrr. takdak bau yang tak best langsung. sangat-sangat puas hati!
bila dah kenyang, kami balik hotel, check-in, dan terus ke bilik untuk solat.
lepas dan selesa, badan dah panas semula, kami keluar ke tapak ice festival pertama di Odori Park.
No comments:
Post a Comment