Saturday, February 22, 2014

aktiviti akhir di sapporo dan tragedi narita ;)

salam semua,

dari Otaru, kami singgah mengopi di sapporo station. masa ni masing2 ingat nk balik dah.

dah tak larat nk berjuang meredah sejuk
lepas mengopi kami terus ke hotel ambik beg dan terus ke epot. 

di epot kami lepak di prayer room utk zohor-isyak
alhamdulillah selesa sgt epot ni.

lepas solat semua kami makan ;)

saya pilih set ni. teringin nk mkn tendon tempura tu. pd ms yg sama nk jgk sashimi. heheh. puas hati makan. tp nasi tak abes. fokus pd lauk ja. heheh


set yg saya makan ada ini. masa ni dah boring dah nasi dgn sashimi. tapi bila fikir entah bila lg dpt mkn, jadi order dan makn jugak la

set lela. tendon dgn salad


set yg yani makan. tempura kani aka ketam. yani asyik dgn ketam jaaa

food display outside of the restaurant. all seafood based dishes

salah satu tempat menarik wajib singgah di epot shin chitose ni. 

ya, royce chocolate world yg terkenal. sedappp

dah kenyang mkn, kami terus ke tmpat check in.

kemudian dapat tau yg flight delay. patutnya terbang jam 8.10 tp delay ke 8.25. tp rupanya jam 9.25 baru terbang

dalam flight mmg kitorg bantai tido. sampai narita semua masam muncung muka. sebabnya?

train dah takdak nak balik..huhuh kalau ada pon hanya sekerat jalan tak dan nk smpai rumah.

huhuu terpaksa tido di epot. malam tu ramai tersadai di epot. ada yg sebab flight cancel, delay dan pastinya ada yg senasib mcm kami.

dapat biskut dan air free. ada volunteer yg bagi... 

hihih, siang makan mcm raja, malam jadi pelarian

port tido kami mlm tu. semua kerusi dah ada penghuni. kami dah tak larat dah masa tu. dah la esok tu kena p lab. so, masing2 stress. maka, tido la kami atas lantai sejuk tu.

ada yg dpt sleeping bag, bubble plastik yg tebal sebgai selimut dan tilam. kami masa tu masing2 moody, malas nk p tgk2 dah. so, belasah atas lantai depan money exchanger tu ja

semua dinding ada penghuni. hihii

esok pagi2 tu lepas subuh jam 5.05 kami terus p tunggu train. train pertama jam 5.44.

sekali tukar di shimbashi, sy selamat smpai rumah jam 7.30. terus check email. arghhhh ada email urgent!

terus campak semua2 bersiap p lab dlm ms 10 minit!

fuh, mencabarrrr sgt

apapun, alhamdulillah, tercapai hasrat nk p sapporo :)

sekian, cerita sapporo saya

jumpa nnti untuk cerita lama2 la pulak ya, flashback apa yg sy buat sepanjg ketiadaan saya beberapa bulan yg lepas.



No comments: