Monday, February 17, 2014

Festival Ais di Odori Park, Sapporo

salam semua,

aktiviti kedua di hari pertama.

kami ke tapak ice festival di Odori park. dari shin sapporo, ambik subway ke sapporo pastu tukar ke odori station.

sampai sana jam 5.05 petang. dah nk maghrib dah waktu ni

alhamdulillah, selamat sampai dan tercapai hasrat yang dah pendam lama..hehe

apa yang best?

maharaja/ni jepun la kot ni

ice statue represent Winter Sports Paradise, Hokkaido
kagum la dengan org yang buat ni. sangat la cantik. 

antara statue yg ada. besar2 ni. dlm 2 meter lebih tinggi ni

comel2, macam-macam ada. kreatif sungguh

love is in the air~


 sempena visit malaysia 2014, malaysia dapat tempt utama.
yang ni gerai yg jual mkanan msia: roti canai, sate, mee greng, nasi lemak, teh tarik
sedappp

bertentangan dgn gerai ni ada booth malaysia. ada la gmbar2 segala mcm utk bagi info ke org ramai pasal msia. pada diorg yg dok tmpat sejuk ni, negara dgn cuaca panas adalah sgt heaven. yee, bila sejuk2 mcm ni, rasa rindu sgt dgn malaysia yg panas. huhu

malaysia buat replika bangunan sultan abdul samad. kagum tengok. 


siapa sangka boleh jumpa bangunan bersejarah ni sapporo kan? semangat kitog bergambar depan ni.

ada jumpa jgk dgn student sini yg buat part time jaga booth. best borak2. tp katanya tak ramai org msia di sini. sejuk sgt. tak ramai yg sanggup study di sini. sejuk2 ni emosi jadi sgt sensitif. rasa mcm sedih memnjang ja..huhuh


ada banyk gerai makanan.

minuman panas semua. tapi banyk boleh tengok jela

smoking space pon cantik. biasa di sini, merokok tak boleh dibuat di tempat awam. jadi, sapa nak rosakkan hati, jantung semua sila buat senyap2 kat dalam tu.


kitorg stay sini dekat 2 jam gak. tak jalan sampai habis pun. sejuk tak tahan dah. lepas beli mknn kami balik hotel golek diam2 dalam selimut. hehehe

ok, jumpa lagi iAllah :)




No comments: