salam,
semalam masa saya balik dari lab, saya super exited, ambik gmbar semua
salji mmg tebal, dh dlm 3 inci mcm tu. dan masa tu salji masih turun dgn lebat.
elok sampai di station, tgk train dah delay..opsss kalau subway delay, train yurikamome yg sensitive tu mesti delay jgk. tapi nak ambik risiko jgk. sampai ja shimbashi, sperti dijangka train mmg dah stop. jadi, ambik jr yamanote ke Osaki dan dari Osaki tukar Rinkai Line dan berhenti di Tokyo Teleport. Syukur, hostel saya duduk tu ada dua pilihan. cumanya station tokyo teleport ni jauh sikit. penat betoi kena menapak dalam salji yg masih turun dgn lebat, tambah pulak angin yang kuat.
tapi, pemandangan sangat cantik. sejuk-sejuk tangan pun masih gigih ambik gambar.
jalan-jalan nmpak pemandangan ni. subhanallah, hilang penat tukar-tukar train
pusing belakang, nampak plak view ni
ok, keep on walking
say hi to abang gundam sat. hehehe dan lagi tu.
lepas jmpa abg gundam, angin makin kuat, jadi jalan laju-laju balik rumah makan maggi cup tomyam, bubur nasi segera, nasi berlaukkan kobis+bendi+ikan bilis berkicap. air: teh tarik ali cafe..
heheh banyak gila makan. ye, saya makan banyak untuk dinner tapi skip lunch supaya boleh fokus kerja :)
nampak mcm best kan salji ni? aah best kalau sikit. kalau dah banyak tak larat gak. sejukkk
hari ni, hujan turun dari pagi. habis salji yang terkumpul semlm. cair dan jalan pon jadi becak. kolam air ais merata-rata. saya kononnya nk keluar la tengahari p tembak-tembak pemandangan cantik. sekali baru separuh jalan, dah give up dan patah balik. kasut yg saya pakai tu menyerap air dengan jayanya. jalan pun sgt susah. huhuhu
see? kolam air sejuk merata-rata. super not fun ;)
seksa nak jalan untuk elak masuk air
ya, pilihan yang sangat bijak. pakai boot penyerap air. terbaiklah!
sekian, cerita salji dari tokyo.
saya plan nk kongsi cerita jalan-jalan sapporo saya.
iAllah, nnatikan ya :)
No comments:
Post a Comment