Sunday, April 14, 2013

sakura.sakura.sakura.sakura untuk dimakan :)



sebelum ni saya ada sebut pasal nak cari teh sakura kan?

ha, kebetulannya hari ahad sebelum ni saya ada p Lupicia, satu kedai yang ada jual pelbagai jenis teh. sekali yeeee hati keriangan lepas ternampak sakura cha ni. (cha=tea). gembira tak terkata tapi masih sayang nak bukak dan rasa. jadi, mai pakat dok tengok sakura dalam botol ja la ya. hahahha


yang sebelah bawah kanan tu, sakura tea kawan lab saya bagi. daun sakura campur dengan daun teh biasa. rasa macam teh biasa tak dapat nak beza sangat. yang bekas bulat besar tu pulak teh campur (lupa, nanti update lain). yang bekas bulat kecik-kecik tu pulak fridge magnet. hehehhe

sakura teh dalam botol yang ditulis sakura cha tu dah disalut dengan garam. menurut kata si penjual, bila nak minum nanti, sakura tu kena bilas-bilas dulu untuk hilangkan garam. kemudiannya baru letak dalam air panas dan minum. saya jaminlah teh ni tak ada rasa.  sebab tu tak bersemangat nak minum pun. beli ni pun sebab nak tengok dan nak berkongsi dengan semua kawan-kawan yang selalu jengok saya di sini. hehehe…er, mungkin nak bawak balik Malaysia dan share dengan semua ahli keluarga kot. buka depan-depan diorg lagi best kot..hehehe tak sabar!

owh, sakura cha ni biasanya hanya diminum pada hari-hari yang sangat special dan biasanya pada wedding day. taktau nak translate wedding day tu kepada hari bertunang, hari bernikah atau hari kenduri kawen sebab org jepun ni biasa ada satu ja majlis formal. kita ja ada banyak majlis :)



yg di atas ni sakura mochi versi Tokyo. biasanya berwarna pink seakan-akan warna bunga sakura dan inti macam biasa inti kacang merah. mochi ni memang biasanya berinti kacang merah. sangat manis tapi bila minum dengan green tea yg pekat dan pahit kira macam oklah. sakura mochi ni dibalut dengan jeruk daun sakura. bagi saya sedap sebab daun tu ada rasa masin-masin masam sikit, kena pulak dengan inti kacang merah yang manis. kira macam perfect match la orang putih kata.. heheheh
owh, yg gambar kt sebelah bawah tu bukan mochi sakura ya. inti dan kulit rasa lebih kurang sama ja. cumanya tak berwarna pink dan tak bersalut daun sakura.

daun sakura jeruk ni pun ada jual jugak. tgh fikir-fikir nak beli ke tak. kalau tahan lama boleh beli dan bawak balik Malaysia :)
~semua nak bawak balik kan? hahahah alahai!

apapun, sampai ketemu lagi

wasalam

No comments: