Saturday, April 20, 2013

hobi baru. berbakti pada tanah



salam semua,

saya beberapa minggu lepas asyik sangat membaca blog, bloggers dengan jari hijau. bloggers yang minat bercucuk tanam, tanam keliling rumah saja tapi hasilnya nampak macam  berkebun besar-besaran. salah satunya yang ni. blog semua menjadi. :) hehehhe dan dan tu jugak la saya berangan nak bercucuk tanam juga bila ada rumah :)

satu hari tu tengok la NHK world, cerita ala-ala dokumentari kegemaran saya ‘At Home with Venetia in Kyoto’. Saya suka sangat cara hidup Venetia ni. Katanya, Venetia ni berasal dari kerabat di raja  dari Europe (ada pernah satu episode tu di buat khas di kediaman kerabat Venetia. rumah pusaka diorang dah dijadikan muzium). Venetia ni suka travel dan satu hari datang jepun dan terus jatuh hati dengan jepun. dari Tokyo berhijrah ke Kyoto dan hidupnya mula-mula bermula dengan mengajar  English. lama-lama berkahwin la dengan org jepun. Venetia dan keluarga tinggal di kawasan bernama Ohara. tinggal di rumah lama berusia 100 tahun lebih. yang bestnya Venetia ni banyak bercucuk tanam di keliling rumah dia, mengamalkan penanaman secara organic, siap buat kompos sendiri segala bagai. dia tanam macam-macam pokok herba keliling rumah. yang bestnya Venetia ni, kalau nak tahu dia buat produk kosmetik sendiri! semua dari herba dari keliling rumahnya. ubat gigi, shampoo semua buat sendiri…kagum sangat. simple ja cara hidup. respect!

disebabkan terpengaruh dari blog dan tv, maka satu hari masa bersembang-sembang dengan labmate yang memang kaki berkebun, makanya dia cakap ok, esok saya bagi satu pokok mint. saya pun apa lagi, seronok lah! heheheh saya bagi tau dia yang saya teringin nak bertanam tapi macam susah ja. pokok kat kedai mahal-mahal. mahal sangat rasa, macam tak berbaloi ja. huhuhu
tup tup H-san cakap nak bagi J siap bagi dengan pot lagi tu. lagi senangggg. tak yah susah-susah dah. just bawak balik rumah dan bela saja.. hehehe suka3.



yang ni saya beli dari Daiso, pasu yang dah siap tanah dan benih segala. cuma tabur benih dan siram..parsley dan salad. gambar yang di tengah tu adalah pokok bawang putih. ada ternampak bawang putih yang bercambah, makanya dengan rela hati terus cucuk masuk tanah. sat saja dah tumbuh!




    beberapa hari kemudian, H-san bawak pulak pokok strawberi ni..heheh yahoooo senyum kegirangan la tuan hamba. suka tengok pokok-pokok hijau ni dalam rumah. celik-celik mata ja terus jenguk pokok, siram-siram air..hhahaha pokok mandi dulu dari tuan!

yang di kiri mint dan disebelah kanan adalah pokok strawberi. taktau la nak berbuah ka dak strawberi tu. tak kisah la yang tu. asalkan hidup pun dah cukup. dua-dua tu H-san bagi siap dengan pasu semua.


harapnya semangat bertanam ni berkekalan la. balik Malaysia nanti iAllah nak kekalkan dan teruskan aktiviti ni. tengok ramai ja yang bercucuk tanam, sekurang-kurangnya tanam sayur sikit-sikit, kucai yang mudah-mudah untuk kegunaan harian. serai, cili, pokok herba macam pudina semua boleh tanam dalam pasu. limau kasturi, roselle pun boleh tanam dalam pasu. jadi tak dak sebab la sebenarnya untuk tak bertanam ni. daripada tanam pokok bunga baik tanam pokok buah. ada hasil yang boleh memberikan senyuman pada lidah dan perut..heheheh





3 comments:

smRose said...

seronokya ada kawan yg sama minat kan, akak pun suka tanam pokok yang boleh dimakan drp pokok bunga semata...hehehe

si.ra said...

tula bila ada kwn semua jadi seronok. heheh

pokok bunga hanya untuk santapan mata tapi pokok buah dan yang boleh dimakan untuk disantap oleh mata, lidah, tekak semua.. :)

fiezaradzi said...

siapakah H-san? hehee...