'Furoshiki (風呂敷, furoshiki) are a type of traditional Japanese wrapping cloth that were frequently used to transport clothes, gifts, or other goods'.......thanks wikipedia :)
masa mula-mula sampai jepun dulu saya beli la beg jerut
simple dari Daiso untuk letak bento atau bekas makanan saya. beli dua design
yang sama. pakai memang sampai lunyai la, sampai buruk. pernak jugak beli beg
bento warna hijau terang pastu pakai beberapa kali ja. mcm tak best pulak sbb
besar dan tak membalut bekas bento dgn baik. dari pemerhatian saya, di lab saya
ni semua orang pakai kain yg dinamakan furoshiki ni dan balut bekas
masing-masing. Nampak cantik sangat. saya suka saya suka saya suka :)
satu hari tu, labmate hadiahkan tiga helai kain ni masa hari
last dia di lab (berhenti kerja sbb tak
tahan dengan beban kerja). kiranya sebagai hadiah kenang-kenangan la. pada
mulanya sayang nak pakai. tapi last-last pakai dulu satu. lelama sikit pakai
lagi satu. satu lagi warna kuning ada gambar kucing saya masih lagi simpan. ada
jugak satu lagi, sorang kawan dari Tunisia hadiahkan. jadi bergilir-gilir la tiga helai
kain tu berkhidmat untuk saya. saya tak pernah pakai plastic untuk letak bento.
memang balut pakai kain ja. nampak menarik dan cantik. lalu tertarik untuk
membuka bento pada hari tersebut dan menikmati makan tengahari di lab yang
tercinta (Uhuksss ayat double triple meaning ni!)
selalunya pekerja-pekerja lelaki yang beristerikan suri
rumah atau anak yang masih tinggal
dengan mak, pastinya akan bawak bento yang disediakan dengan cantik. susun
lawa-lawa bagi nampak menarik. kemudiannya makanan dalam bekas bento yang cantik
itu pula di balut dengan kain furoshiki yang punya pelbagai corak dan warna.
perasaannya macam bukak hadiah la. bayangkan hari-hari dapat hadiah dari orang
yang tersayang. pasti best kan?
jadi, para ibu, isteri, suami mahupun anak sekalian, apa
kata sekali sekala luangkan masa di dapur dan sediakan bento yang cantik dan
sedap untuk yang tersayang. pasti best kan?
nak lagi bergaya, tiap2 kali hantar kain utk buat baju kurung tu, jgn lupa mintak kain lebihan ya. pastu boleh guna kain tu sebagai furoshiki
bolehhh buat bento match dgn baju yg dipakai di hari kejadian. hahahaha
for more info, here
nak lagi bergaya, tiap2 kali hantar kain utk buat baju kurung tu, jgn lupa mintak kain lebihan ya. pastu boleh guna kain tu sebagai furoshiki