Sunday, January 6, 2013

bercuti di korea dengan cara mudah

assalamualaikum,

syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan olehNya.

alhamdulillah.

kami di Jepun buat kesekian kalinya dapat merasa cuti yang agak panjang bersempena dengan tahun baru 2013. di jepun, cuti terpanjang yang ada adalah semasa tahun baru. biasanya bermula pada 28 disember dan berakhir pada 3jan. dapat la merasa cuti secara rasminya hampir seminggu juga lamanya.

tahun ni, saya dan yani punya cita-cita untuk menjejakkan kaki ke negara korea, ke seoul dengan lebih tepat. selalunya kami berjalan-jalan dalam jepun sahaja, jadi kami bercadang untuk pergi lebih jauh. setelah berbincang, kami bercadang untuk menggunakan khidmat tourist guide untuk memaksimakan urusan berjalan-jalan. yelah, berjalan di negara yang tidak mesra muslim ni agak mencabar. terutama sekali urusan berkaitan dgn makan. soal solat insyaAllah tiada masalah. kami sudah belajar di jepun untuk 'survive' dengan solat di mana-mana sahaja asalkan bersih dan bersesuaian. di bawah pokok boleh, di tepi tangga, hatta dalam 'fitting room' pun. soal makan ja kami belum lagi yakin untuk mencuba, tambah-tambah makanan di jepun yang banyk sangat guna mirin dan sake yang ada alkohol dan juga makanannya yang banyak guna pengawet dari sumber binatang. memandangkan korea punya budaya yang agak sama dengan jepun, kami agak yakin yang kami akan berdepan dengan masalah yang sama.

disebabkan fokus utama ke korea adalah untuk melihat korea dari pelbagai sudut termasuk makanan, maka kami bersedia untuk bayar lebih untuk dapat lebih dari apa yang kami mampu. kebetulannya, yani jumpa satu blog yang dikendalikan untuk pelajar malaysia di korea yang mana mereka sangat bijak menggunakan peluang dan kelebihan yang mereka ada untuk cari duit poket lebih. lebih bijak lagi kalau mereka niatkan tujuan utama untuk memudahkan muslim untuk berjalan-jalan di negara bukan muslim. sambil menyelam minum air, pahala dapat, duit poket pun dapat. tak ada lagi pelajar yang buat kerja-kerja macam ni di negara-negara lain selain korea. jadi, pada pembaca di luar sana yang mana punya keinginan untuk ke korea, ke seoul terutamanya, silalah berhubung dengan adik-adik pelajar di sana ya. saya akan update link ke blog tu nanti insyaAllah. servis diorg alhamdulillah sangat bagus, diorang datang amik di airport dan nanti masa balik akan hantar kita terus smpai ke departure gate. bagus! yang paling bestnya, dapat tambah sorg lg kawan!

adik guide ni akan bawa kita berjalan-jalan ke tempat yang dia dah cadangkan setelah dapat persetujuan dari kita. soal makan memang tak dak masalah! saya suka sangat bab makan! hohoho. yelah, di jepun secara jujurnya saya rasa sangat susah. lagipun, makanan jepun agak plain orang kata, tak punya banyak rasa. pedas memang takdak la dalam kamus makanan diorang. makanan korea pulak punya rasa yang pelbagai. saya dah jatuh cinta dengan kimchi sejak beberapa bulan yang lalu dan dah banyak video berkaitan pembuatan kimchi yang saya dah tengok. malah, saya punya perancangan untuk buat kimchi saya sendiri. kita tunggu dan lihat ya. :) bila di korea, alhamdulillah, kami dapat merasa pelbagai jenis makanan korea. dari makanan laut ke ayam dan daging! ya, di seoul ni ada tempat nama Itaewon yang ada banyak kedai halal. tak sangka mudah rupanya untuk dapat makanan halal sedia untuk dimakan di korea ni. kedai runcit yang jual barang-halal, barang-barang asia pun ada banyak dan besar! Ya Allah, suka sangat saya. dapat jumpa biskut peanut butter julies yang sedap, yang dah lama sangat tak makan dan pastinya yang tak ada di jepun. oh, gembiranya! syukur ya Allah!







update (14 Feb. 2014)
ramai pulak yg komen mintak contact number adik tu..
apapun, boleh try email cuticutikorea@gmail.com
tapi saya tak pasti sama ada adik ni masih aktif atau tidak.
saya dah lost contact dgn adik tu. dia dah inactivate account fb. 
adik tu dah grad dan sekrg taktau lagi siapa yg in charge. 
maaf ya :(


6 comments:

fiezaradzi said...

kimchi mmg best.. sedap, wpun sayur perap cili.. rindu lak nak gi sana..

tgk citer korea kat sini, macam2 dorang buat, dari masak makanan dorang hinggalah jln2.. bestnya

si.ra said...

kan? saya pun suka sgt dgn kimchi. cukup rasa. try la buat sendiri k.fiza, mcm senang ja :) pastu boleh share kt blog..hehhe

DIYANA said...

Salam..boleh sy dptkn no tourist guide tu x?

Anonymous said...

Assalam..boleh tahu link untuk contact pelajar disana tak?sebab rasa nak melancong di korea la

Unknown said...

salam, boleh sy dapatkan contact detail mengenai tourist guide student sana tak?

Unknown said...

boleh sy dptkn contct detail student sana tak? time kaseh