Friday, January 18, 2013

hari2 seoul part1

Salam,

Hari kedua kami bermula pada 9.30 pagi dengan bersenam berjalan kaki sekitar myeongdong shopping street. Kedai banyak tak buka lagi dan inilah masa yang sesuai untuk tengok myeongdong dalam keadaannya yang masih 'tidur'. Barulah nampak myeongdong tu mcm mn kan? Gambar myeongdong di waktu pg saya dah letak dlm entry yg lepas :)

Dari myeongdong, kami berjalan semula ke guest house untuk berjumpa dengan luqman. Perjalanan kami bermula dengan bas dan subway ke korean village dimana kami dapat lihat suasana sebenar korea di zaman dahulu. Rumah-rumah traditional korea yang masih dikekalkan oleh generasi sekarang dan dapt dipertontonkan dan dikongsikan utk tatapan orang lain. Ada juga rumah di kawasan tu yg dah jd muzium bagi membolehkan org ramai tengok lebih dekat keadaan rumah korea.

Kami juga melawat sekolah yang menjadi lokasi penggambaran filem winter sonata ;) masa sampai sekolah ni, salji dah start turun sikit2. weheee best! alhamdulillah suka sangat. saya suka salji!

Dari korean village, kami ke tempat shoping kain-kain korea. Selalunya org dtg sini beli kain sutera tp saya beli kain kapas ja. idok mampu ler nak beli sutera. Dapat beli kain cotton korea untuk yang tersayang pun dh cukup bersyukur dh :) kami tak spend banyak masa kat sini, pilih cepat-cepat, bayar dan siap untuk lokasi seterusnya iaitu kedai makan :)

Makan ja tau kan! Hahaha saya suka makan! Kami makan nasi putih bersama dengan ikan bakar dan sup. side dish kimchi dan pelbagai jenis sayuran jeruk juga disediakan. Alhamdulillah, sedap :)

Lepas lunch, kami balik semula ke guest house untuk solat dan rehat. Gerak semula ke seoul tower dan teddybear museum pukul 2.30.

seoul tower dan teddybear museum Sy akn cerita dalam part2 hari pertama seoul ya.

Jumpa lagi iAllah.


p/s:abaikan tarikh yg tersilap cetak pd gambar tu ya. patutnya 2012, tp entah mcm mn trcetak 2011 plak. huhuhh


Gambar2 di korean village
















Gambar2 sekolah 'winter sonata'










Makanan!!! Alhamdulillah sedap :) simple ja menunya: nasi putih, ala2 asam pedas tofu lembut, ikan bakar dan aksesori wajib; pelbagai jenis pickles termasuk kimchi. Yg dlm bekas besi tu sup soya mcm miso sup yg biasa ada di jepun tp yg ni rasanya lebih 'light' tanpa seaweed.


No comments: