Saturday, January 19, 2013

Hari ke2 seoul part2

Salam,

Hari kedua di Seoul. Bahagian dua. Bab makanan :)


Gambar kat bawah ni saya ambil di salah satu kedai halal yg ada di Itaewon. Kalau nak tau, Itaewon ni kira mcm bandar internasional la di seoul ni. Bnyk sgt kedai internasional di sini dan kebanyakannya sediakan makanan halal. Siap ada sign halal besar-besar lagi. Senang sangat. Yg saya perasan ada makanan arab, indonesia, india dan tak lupa makanan korea. Memandgkan kami nak sangat rasa makanan korea, maka kami order la makanan korea berasaskan daging dan ayam utk dinner hari kedua di Seoul. Mana dapat kat tempat lain :) alhamdulillah, kedainya bagus dan selesa; makannya pula pastinya sedap. Hahaha semua makanan ckp sedap kan. Sejuk dan lapar agaknya, tu yg semua rasa sedap :)

Mcm biasalah yg side dish lauk percuma tu. kali ni kami dpt kimchi yg agak plain rasanya, fish cake yg bg sy sgt sedap, set ulaman cabai besaq yg tak pedas langsung, daun perilla adik beradik daun pudina, dan jugak pickles lain pelbagai rasa.
Saya order sup daging yg sgt natural rasanya, yani order daging goreng ala2 kicap berlada hitam dan lukman plak aayam goreng ala2 taktausebabtakrasapun. Nama makanan dlm bahasa korea? Maaflah saya lupa. Yg saya ingat cuma bibimbap sebab itu memanggg favourite saya! Bukan saja sedap tp jugak mudah! Susun2 bagi lawa bila ada tetamu atau bila ada org tengok; tapi bila masak dan makan sendiri boleh sja cmpak apa saja dalam mangkuk dan kacau! Mudah sgt! Hehehge

















No comments: