Tuesday, May 1, 2012

strawberi dan tulip

salam semua..
harap semuanya sihat la ya..

hujung minggu yang lepas ada labmate saya ajak untuk rasa ichigo gari (strawberrry picking) di Fujigaoka, dalam 1 jam perjalanan dari rumah. apa lagi excited la teramat almaklumla pertama kali ni nk p tengok ladang strawberry. selalu dok main dusun durian ja kan..hehehe

dalam perjalanan ke ladang tu jumpa satu kawasan yang ada tulip banyak-banyak ni..waaaa terlopong, cair hati tengok..subhanallah cantik....


macam-macam warna ada..

kirei desu ne. (cantik kan?)

owh, cair hati tengok...

lagi bertambah cair hati bila si jantung hati yang ternanti-nanti berada di depan mata..
heheheh over kan? 

deretan strawberry ranum sedia untuk dipetik.

merah menyala-nyala..masak ranum dah ni..ada yang kecik yang besar, manis tak berapa nak manis ada semua.. masam tak dak..kena pandai pilih la. ranum sangat pon tak best gak.

ladang ni jenis ladang tertutup. pokok ditanam atas para yang tinggi dari aras tanah. jadi buah tergantung-gantung tak cecah tanah. nampak macam kecik ja. masa mula-mula sampai hati terdetik gak: la kecik ni ja??? cukup kah?? hahahha punya la tamak kan? 

setiap orang dapat bekas ni. diorg bagi susu pekat bagi yang suka cicah-cicah.

yang ni bunga dan juga buah yang baru nak jadi. kagum sat tengok..

ada banyak species strawberry kat sini. yang ni buahnya panjang-panjang kurus. rasa sangat manis. paling best.

tokue strawberry farm. nak mask ni kena telepon reserve tempat sebab tempat sangt terhad. yela, diorg nak budget berapa orang boleh masuk supaya takdak yang tak dapat makan. bayaran masuk 1400yen, boleh duduk dan makan kat dalam tu selama 30 minit. 
puas jugak la wp 30 minit ja. sumbat-sumbat sumbat sampai muak!

hahahhahahhhh

terus lepas tu tak larat tengok strawberry lagi dah!

on the way balik singgah tengok tulip.

warna oren yang sangat menggoda.

merah yang sangat romantik!

yang ni antara 10 kuntum yang berjaya di bawa balik. diorg bagi setiap orang amik max 10 kuntum, bayaran ikut suka. donation la macam tu.. BEST!!!!

tulip oren ni dah kembang semangkuk dah. sensitif bunga ni. 3 hari dok di rumah terus terkulai layu.

cuaca sekarang ni dah semakin panas. kejap sangat musim bunga kali ni. macam dari winter terus ke summer ja. 

wbgpn tahun ni alhamdulillah sibuk-sibuk pun masih mampu berjalan-jalan. puas jalan-jalan tengok bunga. nanti iAllah saya kongsikan gambar-gambar sakura pulak ya 8)



4 comments:

cik syue said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................cantikkkkkkkkkkkkkkkkknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............sukaaaa ^^ :P

cik syue said...

canteknyaaa. nk copy cat boleh tak ? hee. reply on my blog bleh? takut x allert. =p

srar said...

boleh ja nap copy ke apa..heheh sharing is caring kan?

yanie said...

zila, ayat "lagi bertambah cair hati bila si jantung hati yang ternanti-nanti berada di depan mata.." tu yg x tahan...