Thursday, May 3, 2012

sakura @ inokashira koen

salam semua..

seperti dijanjikan, hari ni saya share gambar sakura ya. 

hari ahad saya plan jumpa yani di Inokashira Park, taman yang terkenal dengan kecantikan sakura. taman ni ada tasik yang dikelilingi oleh pokok-pokok sakura. autumn lepas dah dtg taman ni, masa tu dah berazam dah nak datang lagi masa spring. Alhamdulillah dapat jugak squeeze masa di lab dan kosongkan jadual di hari ahad untuk cuci-cuci mata.

yang ni bukan sakura ya. 8)

itik terkedek-kedek dalam air dengan kuntum-kuntum sakura.

temple yang ada dalam taman ni..

tempat parking percuma..cantik ja tersusun kan.??

trademark i =)

ini pon bukan sakura..

ni baru sakura..

tikar terbentang biru hijau tu semua tandanya tempat tu dah ditempah ya.. orang di sini memang suka piknik ni. terutama sekali masa musim sakura. sakura ni jangka hayatnya sangat pendek..dalam 2 minggu ja. kiranya 2 kali weekend jela pastu tinggal daun ja. tu yang bila sakura start berbunga, taman-taman yang ada pokok sakura akan padat dengan manusia. masing-masing nak lepak sambil hanami (hana=bunga, mi= tengok). seronok jugak sebenarnya.

sakura ni ada banyk species. yg ni jenis banyak kelopak daun hijau, saiz kecik.

boleh naik bot kayuh-kayuh sambil keliling tasik.



yang ni species daun merah coklat.

pakcik makcik ngan sorang anak main-main sampan di pagi ahad.

sakura yang dah gugur, jadi kapet dah..

waktu saya datang ni banyak bunga yang dah gugur. beberapa hari sebelum ahad tu hujan turun lebat tak berhenti-henti tu yang banyak pokok sakura dah botak. dapat tengok karpet sakura jela..

ahad sebelum tu sakura baru mengembang, cantik sangat. masa tu saya p shinjuku koen. jadi dapat la rasa sakura di pokok dan sakura di tanah..heheehhe

next time saya share gambar sakura di pokok pulak ya. 
jumpa lagi.
wasalam..





3 comments:

ADEEYA said...

Lawanyaaa~ :)

srar said...

tengok ngn mata kepala sendiri lagi lawaaaaa :)

yanie said...

nice kan.. mmg puas ati dpt tgk ngan lebih dekat bunga sakura....