Sunday, May 20, 2012

Shibazakura di Chichibu Hitsujiyama Park


salam semua,

hari ni saya nak kongsi gambar-gambar saya ambil masa berjalan-jalan ke Chichibu, Saitama, Jepun.
dah lama dah ni sebenarnya. 29 hb April tu. kiranya ni adalah trip terakhir musim bunga pada tahun 2012. InsyaAllah musim bunga kedua terakhir..hahahha macam la banyak sangat kan?


shibazakura (Phiox subulata), ada 9 jenis semuanya.

ada banyak warna shibazakura ni. pokok-pokok ni pulak ditanam dan disusun supaya dapat tunjukkan corak-corak menarik.

ramainya manusia takyah cakap la. dah la panas!


respek la dengan anak muda ni. walaupun nampak bosan, saya tetap rasa berbangga sebab dia masih mampu lagi bawa mak dia berjalan-jalan walaupun suasana takla selesa sangat. panas, ramai orang pulak tu. tapi steady ja bawa berjalan-jalan dgn kerusi roda lagi.





Shibazakura Hill at Chichibu Hitsujiyama Park

siap ada corak love lagi tau

us :) 
thanks yanie sudi ikut idea percutian saya yang panas dan jauh ni..


Subhanallah, pemandangan sangat cantik..
tapi perjalanan ke sini agak jauh dari Tokyo. dalam 2 ke 3 jam gitu. dan tak banyak tempat menarik lain di sekeliling kawasan ni. jadinya kalau dtg sini bercuti seminggu, pastu nak datang sini semata-mata untuk tengok lautan shibazakura ni agak tak berbaloi-baloi la.


orang sini memang suka beratur. 


station terdekat. dari station ni kena berjalan kaki dalam 15 ke 20 minit gitu. ada dua laluan, kami ambik jalan jauh masa pergi dan jalan dekat masa balik. semuanya tak dirancang, main belasah ja..

apapun, berbaloi jugak datang sini. selain dpt tengok bunga, dapat jgk tengok gelagat manusia :)



1 comment:

Zaihana Rahman said...

Lawanyaaaaa!!!! MasyaAllah!