Sunday, May 27, 2012

Chichibu Hitsujiyama Park

salam semua,

kita masih lagi di Chichibu ya..
di kawasan sekitar Shibazakura Hill, tempat yang ada banyk shibazakura warna-warni tu, adalah gerai-gerai jualan. ala, yang biasa ada di malaysia tu bila mana ada pesta tu. dulu-dulu ingatkan kat jepun ni takdak budaya gerai. susah sangat tau nak jumpa gerai kat sini. depa pulak bukannya ada banyk karnival macam kita: karnival jom heboh, karnival belia, karnival kawin-kawin blablabla...

gerai-gerai yang menjual pelbagai produk tempatan..

tempat makan disediakan ditengah-tengah

berlatar  belakangkan gunung ke bukit taktau nama..

anjing pun datang berpesta. tempat ramai orang ni tuan anjing pasti akan dukung anjing-anjing depa.

bunga liar yang cantik.

sakura banyak kelopak..suka yang macam gini. macam ros. eh jap, sakura kah ini? 

pokok-pokok sakura dengan sisa-sisa sakura.








berjalan, jangan tak berjalan. senaman bagus untuk menguatkan otot-otot kaki, hehehe dah tentu-tentu la kan. 

orang sini memanggggg suka berjalan. adoila, makcik pakcik jalan merata. laju-laju pulak tu. yang mai sini sekali satu train hari tu pon rata-rata bawak tongkat yang org pakai hiking tu lengkap dengan segala 'uniform' sebab depa memang mai tempat ni untuk hiking. 

orang-orang muda ja mai untuk ambik gambaq jalan sikit-sikit duduk makan-makan sembang-sembang. huh!

pemandangan seibu-chichibu

sekian, cerita pasal chichibu. mungkin ini yang pertama dan terakhir sebabnya tahun depan nak p terjah tempat lain pulak. maklumla musim bunga ni waktunya sangat terhad. jadi, kena rancang cuti hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
nasib baik ada Yani, boleh ajak terjah mana-mana ja. yang best kita puji, yang tak berapa best kita kutuk..hehehhehe







Sunday, May 20, 2012

Shibazakura di Chichibu Hitsujiyama Park


salam semua,

hari ni saya nak kongsi gambar-gambar saya ambil masa berjalan-jalan ke Chichibu, Saitama, Jepun.
dah lama dah ni sebenarnya. 29 hb April tu. kiranya ni adalah trip terakhir musim bunga pada tahun 2012. InsyaAllah musim bunga kedua terakhir..hahahha macam la banyak sangat kan?


shibazakura (Phiox subulata), ada 9 jenis semuanya.

ada banyak warna shibazakura ni. pokok-pokok ni pulak ditanam dan disusun supaya dapat tunjukkan corak-corak menarik.

ramainya manusia takyah cakap la. dah la panas!


respek la dengan anak muda ni. walaupun nampak bosan, saya tetap rasa berbangga sebab dia masih mampu lagi bawa mak dia berjalan-jalan walaupun suasana takla selesa sangat. panas, ramai orang pulak tu. tapi steady ja bawa berjalan-jalan dgn kerusi roda lagi.





Shibazakura Hill at Chichibu Hitsujiyama Park

siap ada corak love lagi tau

us :) 
thanks yanie sudi ikut idea percutian saya yang panas dan jauh ni..


Subhanallah, pemandangan sangat cantik..
tapi perjalanan ke sini agak jauh dari Tokyo. dalam 2 ke 3 jam gitu. dan tak banyak tempat menarik lain di sekeliling kawasan ni. jadinya kalau dtg sini bercuti seminggu, pastu nak datang sini semata-mata untuk tengok lautan shibazakura ni agak tak berbaloi-baloi la.


orang sini memang suka beratur. 


station terdekat. dari station ni kena berjalan kaki dalam 15 ke 20 minit gitu. ada dua laluan, kami ambik jalan jauh masa pergi dan jalan dekat masa balik. semuanya tak dirancang, main belasah ja..

apapun, berbaloi jugak datang sini. selain dpt tengok bunga, dapat jgk tengok gelagat manusia :)



Saturday, May 5, 2012

sakura @ shinjuku gyoen

salam semua..

hari ni kita p jalan-jalan tengok sakura lagi ya.
di pagi sabtu yang sangat cerah, saya join la acara hanami dgn kawn-kawan di tokyo ni. first time nak hanami dgn kawan-kawan. excited!

hari tu saya masak kuewteow goreng dan tau foo faa segera. biasa-biasa ja tak terlawan dgn member-member lain: nasi lemak, roti jala, macaroni cheese, kek coklat pisang, kek velvet, karipap,laksa johor. nyum nyum nyum..kenyang. siap boleh tapau lagi. best best best.. 
malang sekali tak dak gambar sebab makan laju-laju sambil mata melilau-lilau tengok sakura. cantik!!!

mulut mengunyah, mata melilau-lilau..
ramai kan orang..terkejut sebenarnya masa mula-mula sampai. kena beratur panjang nak masuk sini. siap kena check bag lagi..tempat ni alcohol free zone. satu-satu tempat yang dilarang bawa masuk alkohol..hehehehe pepandai ja..

warna-warni sakura

sakura species pink, daun tak berapa nak ada lagi. pokok ni botak masa winter. elok suhu naik sakura pun mula tumbuh, tanda berakhirnya winter bermulanya spring. lepas ja daun keluar, bunga pon akan gugur bagi ruang daun untuk menghijaukan alam.


area ni tak banyak sakura jadi tak ramai sangat orang. area yang ada banyak sakura hrmm memang dah macam apa dah. manusia kiri kanan. 

yang ni my favorite. suka sangat dengan kombinasi air, bunga dan daun-daun hijau.
so amazing! subhanallah.

sakura merata-rata.


yang ni species ranting panjang ke bwah. 

masing-masing sibuk amik gambar.

yang ni lain dari yang lain. merah terang warnanya. sangat unik.

taman ni tutp pukul 5 ptg mcm tu. yela masa ni maghrib dalam kul 5.30 gitu kan. jadi sebelum matahari terbenam silalah pulang wahai pengunjung sekalin. esok datang lagi ya. pakcik-pakcik ni dah berkawad satu taman nak pastikan semua orang balik..ramai betul guard hari tu. siap ada extra staff utk in charge sampah lagi. sampah kat sini kan kena asing-asing. plastik sama plastik, sampah boleh bakar asing dalam bekas lain plak. bnyak kerjanya tapi memang kagum dgn org sini sebab semua ikut peraturan. nak buang sampah pun sangat leceh tapi diorg memang penurut perintah yang terbaik!

oklah, sekian.

sampai jumpa lagi.





Thursday, May 3, 2012

sakura @ inokashira koen

salam semua..

seperti dijanjikan, hari ni saya share gambar sakura ya. 

hari ahad saya plan jumpa yani di Inokashira Park, taman yang terkenal dengan kecantikan sakura. taman ni ada tasik yang dikelilingi oleh pokok-pokok sakura. autumn lepas dah dtg taman ni, masa tu dah berazam dah nak datang lagi masa spring. Alhamdulillah dapat jugak squeeze masa di lab dan kosongkan jadual di hari ahad untuk cuci-cuci mata.

yang ni bukan sakura ya. 8)

itik terkedek-kedek dalam air dengan kuntum-kuntum sakura.

temple yang ada dalam taman ni..

tempat parking percuma..cantik ja tersusun kan.??

trademark i =)

ini pon bukan sakura..

ni baru sakura..

tikar terbentang biru hijau tu semua tandanya tempat tu dah ditempah ya.. orang di sini memang suka piknik ni. terutama sekali masa musim sakura. sakura ni jangka hayatnya sangat pendek..dalam 2 minggu ja. kiranya 2 kali weekend jela pastu tinggal daun ja. tu yang bila sakura start berbunga, taman-taman yang ada pokok sakura akan padat dengan manusia. masing-masing nak lepak sambil hanami (hana=bunga, mi= tengok). seronok jugak sebenarnya.

sakura ni ada banyk species. yg ni jenis banyak kelopak daun hijau, saiz kecik.

boleh naik bot kayuh-kayuh sambil keliling tasik.



yang ni species daun merah coklat.

pakcik makcik ngan sorang anak main-main sampan di pagi ahad.

sakura yang dah gugur, jadi kapet dah..

waktu saya datang ni banyak bunga yang dah gugur. beberapa hari sebelum ahad tu hujan turun lebat tak berhenti-henti tu yang banyak pokok sakura dah botak. dapat tengok karpet sakura jela..

ahad sebelum tu sakura baru mengembang, cantik sangat. masa tu saya p shinjuku koen. jadi dapat la rasa sakura di pokok dan sakura di tanah..heheehhe

next time saya share gambar sakura di pokok pulak ya. 
jumpa lagi.
wasalam..