Sunday, April 28, 2013

furoshiki or japanese wrapping cloth

'Furoshiki (風呂敷, furoshiki) are a type of traditional Japanese wrapping cloth that were frequently used to transport clothes, gifts, or other goods'.......thanks wikipedia :)

from here


masa mula-mula sampai jepun dulu saya beli la beg jerut simple dari Daiso untuk letak bento atau bekas makanan saya. beli dua design yang sama. pakai memang sampai lunyai la, sampai buruk. pernak jugak beli beg bento warna hijau terang pastu pakai beberapa kali ja. mcm tak best pulak sbb besar dan tak membalut bekas bento dgn baik. dari pemerhatian saya, di lab saya ni semua orang pakai kain yg dinamakan furoshiki ni dan balut bekas masing-masing. Nampak cantik sangat. saya suka saya suka saya suka :)

cantik kan? tapi haruslah bukan saya punya. heheh. tapi copy from here

satu hari tu, labmate hadiahkan tiga helai kain ni masa hari last dia di lab  (berhenti kerja sbb tak tahan dengan beban kerja). kiranya sebagai hadiah kenang-kenangan la. pada mulanya sayang nak pakai. tapi last-last pakai dulu satu. lelama sikit pakai lagi satu. satu lagi warna kuning ada gambar kucing saya masih lagi simpan. ada jugak satu lagi, sorang kawan dari Tunisia hadiahkan. jadi bergilir-gilir la tiga helai kain tu berkhidmat untuk saya. saya tak pernah pakai plastic untuk letak bento. memang balut pakai kain ja. nampak menarik dan cantik. lalu tertarik untuk membuka bento pada hari tersebut dan menikmati makan tengahari di lab yang tercinta (Uhuksss ayat double triple meaning ni!)
selalunya pekerja-pekerja lelaki yang beristerikan suri rumah atau anak  yang masih tinggal dengan mak, pastinya akan bawak bento yang disediakan dengan cantik. susun lawa-lawa bagi nampak menarik. kemudiannya makanan dalam bekas bento yang cantik itu pula di balut dengan kain furoshiki yang punya pelbagai corak dan warna. perasaannya macam bukak hadiah la. bayangkan hari-hari dapat hadiah dari orang yang tersayang. pasti best kan?

jadi, para ibu, isteri, suami mahupun anak sekalian, apa kata sekali sekala luangkan masa di dapur dan sediakan bento yang cantik dan sedap untuk yang tersayang. pasti best kan? 

for more info, here

nak lagi bergaya, tiap2 kali hantar kain utk buat baju kurung tu, jgn lupa mintak kain lebihan ya. pastu boleh guna kain tu sebagai furoshiki

bolehhh buat bento match dgn baju yg dipakai di hari kejadian. hahahaha


No comments: