salam semua,
masa saya sekarang agak padat dengan pelbagai aktiviti; ada
yang gembira dan ada yang tak.
tapi Alhamdulillah, masih lagi waras dan berupaya untuk menunaikan
tanggungjawab sebaik mungkin.
harapnya semua pun begitu ya.
apa kata kali ni saya share gambar-gambar yang
saya ambik dalam lab saya nak? makmal atau lab or laboratory atau orang jepun
sini singkatkan sebagai labo; tempat di mana banyak masa saya dihabiskan disini
gambar kedua dan ketiga dalam gambar diatas adalah tempat lepak saya :)
siap ada selimut lagi. hahaha
ruang kasut diluar dan didalam.
dah menjadi kebiasaan di kebanyakan lab di sini; kasut pakai
luar tinggal diluar. pastu pakai kasut khas sendirian berhad kat dalam. ada
jugak satu lagi selipar khas untuk pakai kat luar. jadi, majoriti ‘penduduk’ di
sini ada minimum tiga kasut; satu, yg dipakai dari rumah. yang kedua, pakai
dalam lab. yg ketiga, pakai diluar lab dan biasanya selipar untuk mudahkan
urusan nk p toilet. hahahha
*penduduk - sebab
banyak masa dihabiskan disini dari di rumah. hehehhe
yg atas tu tempat diskusi, setiap 2 minggu sekali ada buat
group discussion. ada group yg kena tiap minggu. discussion ni lebih detail
dari progress report meeting. progress meeting setiap 3 minggu, kena present
complete dan biasanya sensei tak banyak tanya sangat.
baris kedua: bilik sensei dan bench work sensei
baris ketiga: keadaan dalam lab dan bilik makan/party
bilik stok. saya suka suasana lab disini. nak order barang
sangat mudah tak perlu tunggu masa yg lama sangat. hari2 salesman akan dtg lab
dan tengok saja buku order. tak perlu susah-susah nak pakai quotation la apa
sgt. setakat pengetahuan saya, certain company akan bertanggungjawab untuk
sesetengah jenama, jadi tak berlaku pertindihan. senang kerja. tak payah nak
berebut-rebut.
bilik P2 untuk proses brang-barang untuk kultur bakteria.
bawah sekali: FACS
bilik tisu kultur. ni
bilik special sikit. kena sentiasa steril. jadi bilik ni ada kasut khas plak.
tempat untuk kultur sel-sel tikus makmal atau juga sel manusia. teringat bos
kat Malaysia: dia suka cakap ‘kamu jangan stay lewat-lewat sorang-sorang tau.
kat lab ni macam-macam ada. silap-silap roh orang yang selnya kamu kultur tu
pun ada, dok cari-cari sel dia’ waaaaaaa kejam sangat nasihat tu!
suasana dalam lab.
awal tahun ni saya dapat tahu yg lab ni ada penghuni.
huhuhuh
nasib baik saya tau bila dah tak kena stay lewat2 sorang2….
labmates cakap diorg pernah jumpa sorang bekas ‘penduduk’
lab ni dok buat kerja di waktu mlm. alkisahnya, si polan ni dulu sangat rajin
orangnya. sangat kuat bekerja. satu hari dia mati (di mana tu taktau la, yg
pasti BUKAN di dalam lab). disebabkan dia rajin, walaupun dia dah mati, roh dia
masih lagi berterbangan dan datang lab untuk buat experiment! huhuh uh (taktau
la berapa banyk research paper dia dah publish!) LOL
lagi satu, lab saya ni terletak dibelakang research
hospital. research hospital ni tak terlibat dengan rawatan pesakit luar, diorg
cuma jaga pesakit yang rata-rata datang sini untuk dapatkan rawatan terbaru
yang tak terdapat di tempat lain. rawatan yang masih lagi dalam penyelidikan. jadi,
tau tau jela ya apa yang biasa berlaku di hospital. huhuhuhu..sebelum-sebelum
ni pernah gak labmat bgtau bangunan kat hujung lab kitorg tu bilik mayat! tapi,
saya tengok ada ja org dok lalu walaupun dimalam hari. satu hari (pagi) saya
lalu la situ. kebetulannya, pintu bangunan tu terbuka. sekali nampak apa tau! calendar
dengan poster perempuan berbikini! hoiii apakah! rupanya tu bilik staf sokongan
melepak. pakcik-pakcik yang kerja kebun di kawasan kampus ni..fuh!
Ya Allah, lindungilah kami semua dari gangguan syaitan yg
direjam. aaminn
No comments:
Post a Comment