Salam,
Awal musim sejuk yg lepas, dalm awal november kot, saya, H-san, I-san, Hi-chan dan O-san bergembira di pagi ahad yang cerah di ladang limau :)
Kami punya aktiviti hari tu ialah petik limau atau org jepun panggil mikan gari (sebutan: mikang gari). Kebun limau ni persendirian punya, tanam belakang rumah saja.
bayar sejumlah wang utk masuk, duduk la berapa lama pun dan makanlah berapa banyak pun. best betul konsep ni :)
org jepun ni sangat jujur sbb tu banyak kebun buah disini guna konsep macam ni. datang untuk makan. nak bawak balik kena bayar. takdak la org yg curi2 bawak balik sumbat masuk beg sbb tak mau kena bayar. huhuh kagum sangat dgn attitude ni. bersih, cekap, amanah gitu. hehehe tagline sapa tah tu? PDRM kah?
banyak betul dapat makan limau hari tu. nasib baik tak sakit perut. bestttt sesangat. siap berhenti setiap pokok dan rasa. mana yg rasa best ambik buah extra letak dalam beg utk di beli. yg beli tu pakai konsep timbang la pulak. tapi berbaloi sangt sebab kita tau yg kita beli tu dah sah2 sedap dan kena dgn selera sbb kita yg pilih sendiri kan? agak2 ada tak konsep mcm ni kt malaysia?
No comments:
Post a Comment