salam semua,
hari ni saya sambung balik cerita pasal musim bunga di tokyo ya?
ni suasana dalam kampus saya, IMSUT
Institute of Medical Science University of Tokyo dan terletak di Shirokanedai
kampus utama di Hongo dan sebab tu saya pernah ckp yg saya ni anak angkat ja pada Todai Hongo..heheh
oh, Todai tu merujuk kepada To= Tokyo; dai= daigaku (university in Japanese)
Tokyo Universiti = Tokyo daigaku =Todai
Chiba Universiti = Chiba Daigaku = Chibadai (betulkan Yani?)
gambar-gambar kat bawah ni plak iAllah akan jadi hanami
terakhir bersama-sama dengan labmates dan sensei. sebelum-sebelum ni kitorg
satu-satunya group yang ber hanami dengan kerusi dan meja segala bagai. macam
buat meeting di bawah pokok sakura. tahun ni lain sikit. ada student dari US yang berani cadangkan untuk bawa tikar ja. tengok-tengok sensei ok ja dgn cadangn
tu. lah, jadi selama-selama ni semua org memang ikut arahan ikut tradisi jela ya,
sanggup mengangkut kerusi meja semata-mata kerana arahan..huhuuuhu
pokok sakura yang besar dan merimbun di kampus. someiyoshino
adalah satu-satunya species sakura yang banyk banyak terdapat di Jepun.
Someiyoshino ni adalah sakura hybrid jadi pokok ni tak boleh tumbuh melalui
biji benih. kena melalui keratan batang katanya.
salah satu group yang paling meriah hari tu. siap bawak
wine, beer segala mcm. sporting sungguh la sensei diorg bagi minum waktu makan
tengahari hari jumaat. sesuatu yang mustahil utk di buat di lab kitorg. yelah,
confirm takleh nak fokus pada kerja lepas dah minum-minum ni.
eh, ke boleh?
entah la tak pernah tengok lagi org minum-minum sambil buat
eksperiment..hehheeee
yang ni sakura mochi dan strawberi mochi versi kansai.
masa hari hanami tu, kawan lab saya belikan saya sakura mochi
versi Tokyo. mochi versi Tokyo lebih padat, licin dan tidak melekit. dibuat
dari tepung. tapi yang versi kansai ni dibuat dari beras jadi boleh nmpk
struktur mochi yg lebih kasar dan melekit-lekit. mochi versi kansai pada saya
lebih sedap dan klasik gitu.
suasana sakura pada
waktu malam di sekitar lab.
sakura ni jangka
hayatnya sangat pendek, dalam 2 minggu mcm tu pastu terus gugur. jadi,
kesempatan yang ada tu digunakan sepenuhnya untuk menikmati keindahan bunga ni.
saya suka ambil
gambar pokok yang bersuluh dengan cahaya lampu macam ni. tapi sangat susah nak
focus sbb tak pandai nak main dengan kamera. kena belajar banyak lagi nampak
gayanya.
orang jepun ni sangat
menghargai budaya yang diorg ada. simple ja sebenarnya aktiviti hanami ni. hana=bunga,
mi= tengok. jadi, aktiviti tengok bunga sambil la makan-makan. lagi pulak,
rumah jepun ni sangat kecik, diorg tak ada konsep jemput2 org dtg ni rumah,
kenduri segala macam. kenduri ka parti ka semua buat di restoran. jadi, aktiviti
makan-makan dengan kawan-kawan akan dibuat dengan aktiviti piknik macam ni lah.
lagi senang kot sebab tak yah nak kemas-kemas rumah, tak perlu nak sibuk untuk
hias-hias rumah beli set pinggan mangkuk ka, langsir baru ka, set sofa baru ka…blab
la bla
pokok-pokok ni pulak
ditanam dekat-dekat dan banyak-banyak di satu tempat jadi nampak cantikla. cuba
kita tanam pokok bunga kertas banyak-banyak di satu tempat. mesti cantik jugak
lah!
oklah, sampai jumpa
lagi
wasalam
1 comment:
yup, chibadai, betul tue zila, blh grad dh hahaha..
waaa best nyer sempat berhanami ngan sensei and labmates...:)
Post a Comment