Tuesday, December 25, 2012

sehari di sea paradise, yokohama

salam semua.

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

cerita daun merah di kyoto belum habis lagi tapi semua orang dah bosan tengok kan. jadi, kita berehat seketika untuk cerita lain ya.

banyak banyak sangat cerita ja kan. hehehe banyak tu tak la banyak tapi ada la. maklumlah dah lama dah tak kemas kini blog kan. jadi cerita pon banyak la terpendam terperap. lagi pulak bukannya selalu-selalu berpeluang berjalan-jalan kan. hidup seharian hanya berkisar pada kerja saja, jadi tak banyak untuk dikongsi. skrip yang sama saja sampai saya sendiri pun tak tau nak cerita apa dah. kejap-kejap gembira kejap-kejap ber airmata.

sob2. bila hidup bertemankan airmata apa patut kita buat? kalau dekat dengan famili, maka famili la tempat yang akan dituju. tapi bila hidup tidak memungkinkan saya untuk balik kampung bertemu famili, saya akan rujuk la pada travel partner saya yani. hehehehe

makanya tersebut la kisah kami di pagi ahad bersuka ria di musim panas (cerita ni dah berbulan-bulan lamanya sudah) yang lalu. kali ni kami cuba untuk mendekati alam haiwan di SeaParadise, Yokohama.

agak menarik juga tempatnya. sangat sesuai untuk budak-budak sebab dapat main pelbagai jenis permainan ala taman tema selain daripada dapat mendekati haiwan-haiwan laut.

aktiviti pertama kali pada hari tu adalah meyaksikan acara pentas iaitu persembahan daripada dolphin dsb. agak menarik. kemudiannya kami pusing-pusing kawasan aquarium yang agak terhad tapi masih menarik. kiranya aktiviti kami hari tu ialah lihat haiwan dan main permainan ala-ala kanak-kanak. hahahah bolehla bak kata yani. nak p sekali lagi tu iAllah tidakk koott.. :) puas dah kot sekali ja. dah habis dah semua tempat p.

meh, kita layan gambaq-gambaq no.

wassalam.

iAllah, moga bertemu lagi.









































No comments: