Tuesday, March 22, 2011

tolong saya bantu saya..

Saya sebenarnya malas nak tulis entry pasal gempa bumi atau kisah radiasi di Jepun ni sebab saya tau kalau saya tulis sesuatu mesti nanti akan berbaur emosi..tapi sebab ada orang request kan, jadi saya pun tulis la 'sikit-sikit'..hehehhe

“hidup kat sini sangat susah, makan tak kenyang sebab setiap masa bergegar-gegar ja..makanan pun dah habis di supermarket..rak-rak makanan yang dulunya penuh dengan pelbagai jenis makanan kini kosong. Pekerja-pekerja di supermarket adalah orang yang paling senang sekali hidupnya. Tak ada stok baru yang sampai, tak ada barang untuk dijual dan pastinya tak ada pelanggan untuk dilayan. Semua orang sibuk berkurung di dalam rumah sebab takut terkena radiasi, takut termutasi, takut nanti kena kanser, takut mati. Lagi pulak, perkhidmatan keretapi yang dulunya megah penuh dengan manusia kini sepi tanpa nyawa. Tak ada apa yang boleh dibuat setakat ini melainkan menangisi sahaja nasib, menanti saja maut yang bila-bila masa saja bakal menjengah”

Okeh, itu intro ja baru..mesti sebenarnya ramai yang terbayang perkara seperti itu berlaku di jepun sekarang ni kan..ni kalau ada wartawan mana-mana baca ni mau dia tak senang duduk, berusaha sedaya upaya untuk contact saya supaya dapt bahan cerita yang mampu untuk menarik perhatian pembaca. Cerita-cerita negative ni punya kuasa tambahan untuk menarik pelanggan. Extra power kata orang.

Saya secara peribadinya pun rasa macam nak lari balik Malaysia ja kalau baca berita yang disiarkan bukan dari kerajaan tempatan jepun. Dan dan tu la bukak website MAS, Air Asia tngok tiket ada ka dak lagi. Beg pun dah siap berkemas, siap-siap dah passport, IC, duit msia segala macam dalam handbag di bawa kemana-kemana incase ‘kena’ balik msia.

Tapi bila tengok email atau berita tempatan, atau respon dari pihak university atas apa yang berlaku, terus beg tu disorongkan kembali ke dalam almari. Oh, tak begitu serius rupanya. Hidup kat sini sebenarnya masih seperti biasa cumanya dalam keadaan berjaga-jaga. Itu yang selalu dinyatakan dan diwar-warkan bukan sahaja oleh pihak university tapi jugak kerajaan jepun tu sendiri. Saya yakin dengan arahan yang mereka keluarkan sebab saya percaya mereka punya ilmu yang lebih untuk tahu apa yang sedang berlaku ni. Saya juga yakin yang mereka yang berkenaan ni tak la sanggup merisikokan nyawa rakyatnya semata-mata kerana tak mau satu dunia tahu kegagalan mereka mempertahankan teknologi mereka yang semua orang tahu sangat canggih ni. Saya juga percaya yang mereka yang berkenaan ni tak la sanggup melihat rakyatnya termutasi dan masing-masing bertukar kepada ‘ultraman’ , kesatria baja hitam dan sebagainya..okeh mungkin ayat yang last tu macam bodoh kan tapi itu pendapat peribadi saya. Saya percaya yang kerajaan jepun ni tak la bodoh untuk biarkan rakyatnya terdedah kepada ancaman radiasi yang semua orang tahu boleh menyebabkan kanser. Saintis, doctor dan golongan cerdik pandai kat sini tak la sanggup tutup mata, pekakkan telinga kalau pemimpin jepun ni terus menerus cakap ‘keadaan masih terkawal’, ‘jangan panic’, ‘bertindak mengikut arahan’ walaupun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya kan..

Buat masa sekarang saya msih hidup seperti biasa. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka tak mandi..hahahaha malas ah sejuk-sejuk ni mandi..hahahaha boleh??? Saya masih lagi layan facebook macam biasa sambil kunyah potato chips berperisa nori@seaweed sambil baca mesej kawan-kawan..eh ko tak balik ker? Kawan aku 5 orang baru ja balik semalam….kawan kepada kawan aku baru ja balik semalam..eh, USM tak panggil korang balik ke? Anak kawan saya tu pihak tuutttt(sponsor dia la) dah panggil balik dah..aishhh I penat tau layan mesej-mesej ni..ye paham semua orang risau, saya sendiri pun risau..tapi macam mana saya nak cuti kalau semua orang bekerja macam biasa ja? Nak bagi alasan ‘oh sensei, Saya mesti balik malaysia sekarang jugak sebab mak saya suruh balik! Dia kata Japan is no longer safe for me’ ..eh what the fish!!!  Ye labmate saya ada yang balik dengan alasan begitu tapi ohhh tidak, tidak ku sanggup guna alasan begitu untuk balik..jawapan paling mudah bila orang tanya eh,  ko tak balik ker? Ialah : aku MESTI balik tapi bukan sekarang..

okeh, harap maklum..bye nak p makan.

6 comments:

Anonymous said...

hahaha tak bole blah..ni mesti kes serabut org dol kol tanya sihat ke tak..g mkn tuh cukup tak? kenyang tak? hahaha Kalau ada Like nak like dah tadi :P

srar said...

Burpp alhamdulillah kenyang! Hahha nak main- main like pulak ya. Nanti- nanti saya tengokkan mcm mn nak letak butang like tu :)

naba the mutant said...

bukan kazen kat jepun sj kena tanya camgitu, kazen yg dulu dok jepon lani dok malaysia pun kena jugak, siap ada bau2 mcm saya tak kisah dan tak syg pon kazen saya yg dok jepun ni....sampai nak kata, "ILA balik skrg!!!!"....:))

Tp saya suka klu kazen saya ada pendirian yg kuat dan mempunyai pemikiran yg matang sbb saya lebih percaya kepada system jepun dr sistem negara tercinta. cuma klu nak 'bertukar' pun, lebih baik jd doraemon dr jd ultramen....hehehe!

srar said...

kna: hehehe ni yg i like u very much ni! saya tau kna mesti kena tempiasnya jugak..terima kasih sbb memahami saya dgn tak tanya banyak2 soalan @ tanya soalan 'maut'..hahahha kalau kna tanya saya soalan tu saya mesti dan dan naik gelabah! org lain ok lagi..hahhahah kantoi dah la!

~doraemon pakai kipas atas kepala ja, kalau terbang tak sampai msia, ultraman boleh terbang jauh oooo..hahahah!

Qays said...

hahahaha...kazen yang tak penah sampai ke jepun ni pun kena tempias ! hahahaha...

tapi, aku bejaya yakinkan pihak2 terdekat dengan aku bahawa ila ok, kami siap sembang lagi..siap tengok muka hang aku lagi...dia duk makan lagi...tak dak masalah lah ! hahaha, klea dak ayat aku ila ?

tapi entry hang yang ni memang best.....dan kak na adalah sumber inspirasi semua pihak ! hehe..

srar said...

nab a the mutan, Qays: terima kasihhhhhhhhhhh