Friday, December 31, 2010

entry hujung tahun-zakat

salam semua,

seperti biasa macam tahun lepas entry berkaitan dengan zakat mesti ada..sinonim dengan aktiviti wajib hujung tahun.
kali ni saya nak perkenalkan dengan website Pusat Kutipan Zakat Pahang.
banyak maklumat berguna boleh dapat dari sini, juga ada kalkulator zakat utk sesiapa yg nak kira bayaran zakat dengan lebih mudah.
zakat simpanan jgn terlepas pandang ya kawan-kawan. mngikut maklumat dari website ni nisab semasa bersamaan dengan nilai 85g emas ialah RM11,682.65 ya..jadi pada sesiapa yang punya nilai simpanan melebihi jumlah ini, silalah buat apa-apa yang patut ya..


ZAKAT WANG SIMPANAN
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
Pada dasarnya wang bermaksud "wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan". Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah yang sudah cukup nisab dan haul.



nisab ialah nilai semasa bg 85g emas dan haul tu pula, erti kata cukup setahun.

berzakat utk mengejar keberkatan Allah..

~sharing is caring~


No comments: