Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aidiladha..

alhamdulillah, raya datang lagi..

selamat hari raya utk semua..berkorban la apa2 yg patut ya..jgn melampaui batas ok..

raya thn ni Alhamdulillah, saya p ke kedutaan besar malaysia..menarik, seronok sgt..dapat jumpa ramai orang, dpt tambah ramai lagi kenalan di jepun terutamanya di tokyo ni..yeeeeeeahhhhh..
mulanya malas dah nk p tapi memikirkan pesanan dr mak yg beria2 suruh cuti dan sambut jugak raya walau apa keadaan sekali pun, saya pun hrnnmm yela2, malas2, lepas subuh tido balik tnpa set alarm, pastu siap ckp kt diri kalau terjaga maka akan p, kalau tak terjaga, bye2 la solat sunat raya..sekali, perghh terjaga tu..hrmm apa lagi bersiap la ke embassy di shibuya..tak jauh mn pun, cuma segan sebab asyik sorg2 je kan..tp alhamdulillah, trip kali ni berbaloi..

dpt dengar bnyk crita menarik..antaranya cerita mengenai student malaysia yg dpt p haji melalui slot haji jepun..kiranya student ni simpan duit pastu p haji melalui jepun..so, depa ni tak la p atas nama malaysia..fikir2 balik, org islam jepun ni berapa ramai sgt nk banding ngn M'sia kan? jadi, peluang utk ke Mekah tu sgt la tinggi melalui jln ni..teruja dengar crita mcm ni..untungnya depa dpt seruan awal ke tanah suci mekah..muda2 lg tu..

makan pulak alhamdulillah best!! sedap!!! ada nasi .....(briyani kot-hahhahah~kantoi fail!), lauk daging masak hitam, ayam kurma, acar timun n nenas, papadom (sbijik mcm dlm mv papadom tu!), nasi himpit n kuah kacang, serunding, bbq, dan segala mcm jenis kuih..mmg bnyk la makanan..wuishh tak sangka dpt makan best2 masa raya haji..tart nenas my feveret pun ada, bahulu ikan mas, dodol, kek mcm2 jnis, puff sedap, hrmm memang sedap la smpai tak terfikir langsung nk amik gambar..HAHAHAHHAHA
memang dasar blogger hampeh!
HAHHAHAHAH

apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, maaf zahir dan batin..

5 comments:

Fith said...

syioknya dpt raya kat embassy.akak ni sekali pun tak pernah berpeluang lg.meriah sungguh makanan kan,mesti sedap2 n puas hati...
kalau ada peluang,mmg best boleh pi haji awal2 ni,esp melalui nihong.sbb kuota sini tak penuh mcm msia kan,chance nak dpt pi tu mmg tinggi.moga2 suatu hari nanti Allah buka jalan utk akak pulak jd tetamu Dia,amin...

btw selamat hari raya!

srar said...

tula akak..ni 1st time raya di embassy..mmg best la..bnyk makanan..rasanya sbb tak ramai org sgt kot..ramai ada kelas n kerja kan..
iAllah, semoga kita semua dipanggil utk sama2 jd tetamu Allah..lg best kan kalau dpt p awai masa muda2 ni..

fiezaradzi said...

selamat hari raya aidiladha.. best kan sekali sekala jumpa sesama sendiri ni..

Siti Nurfazilah said...

waaaahhh..bestnye..dpt knal ramai org..peluang baek tuuu;)..heheheh..emm..lps ni kak siti plak bleh g haji melalui jepun:)

srar said...

kfiza: aah, betol3..jumpa yg bertudng tepi2 jalan pun dah gembira apatah lg dpt jumpa ramai2 di embassy.. kiri kanan depan blkg semua ckp melayu..hehehe

ila: Alhmdulillah, berbaloi trip hari tu wp redah hujan segala mcm..haji? iAllah, ada rezeki adalah..