salam semua,
hari jumaat lepas adalah hari cuti di Jepun. cuti ke dua terbesar di jepun yang dinamakn sebagai golden week. bermula dari 3 hingga 6 may setiap tahun. kebetulannya tahun ni jatuh hari jumaat ke isnin. Alhamdulillah, sempat la hari tu berjalan ke Kawaguchiko atau Tasik Kawaguchi yang terletak berdekatan dengan Guning Fuji, gunung tertinggi di Jepun.
tempat ni agak jauh dari Tokyo. nak mudah boleh naik bas, kos dalam 1700yen satu hala, dalam 2 jam perjalanan.
saya dan yani tak berapa rajin nak p cari tiket jadi kami pilih naik train. train yang tak express dan murah, 2000 yen lebih jugak utk sau hala, 3 jam perjalana. perghhh memang best la tidur dalam train! bertolak dari rumah naik Rinkai Line pukul 5.19 pagi, train yang pertama. sampai di Osaki, tukar yamanote line ke tokyo. dari tokyo naik chuo line ke Takao (tokyo). kemudian tukar ke chuo (Jr east line) terus ke Otsuki. dari otsuki plak naik fujikyo line terus ke kawaguchiko. fuhhh memang mantap la! best dpt tengok suasana persekitaran berbukit-bukit dengan sawah padi. suasana kampung sangat.
untuk berjalan di sekitar kawaguchiko, kami beli tiket unlimited 1000yen untuk bas. jadi boleh naik turun seberapa kerap pun. oklah sangat berbaloi. berjalan pun ok sebab cuaca agak baik dan jarak antara satu perhentian ke perhentian yang lain tak la jauh sangat.
cuaca hari tu cerah tapi berawan. jadi, kena tunggu lama jugak la kat satu-satu tempat tu untuk ambik gambar Fuji-san yang cantik, yang masih ada saki baki salji di atasnya.
hari tu bermua perjalan dengan naik train, kemudian bas, cable car dan jugak leisure
boat. alhamdulillah, puas hati. berjalan dari awal pagi sampai lewat malam. sampai rumah ja terus collapse!
boat. alhamdulillah, puas hati. berjalan dari awal pagi sampai lewat malam. sampai rumah ja terus collapse!
apa kata layan gambar-gambar ni ya.
owh, disebabkan ada banyak gamabr, jadi saya bahagikan kepada tiga atau empat entry ya. sila jangan bosan. hehehhe
owh, disebabkan ada banyak gamabr, jadi saya bahagikan kepada tiga atau empat entry ya. sila jangan bosan. hehehhe
jumpa lagi, wasalam.
Fujikyo line dengan sistem tiket yang sangat klasik. pertama kali jumpa sepanjang di Jepun ni. ingatkn dah pupus dah sistem ketek2 tiket ni di jepun. hhihihihuhuh terkejut! kitorg dua orang dah tersengih-sengih dah, siap ambil gambar buat kenangan. tak jauh mana pun sistem tiket ketapi di jepun dengan malaysia. heheheh. malaysia lagi canggih kot! hahahahha
begitu kusyuk pelancong sorang ni hafal nama hentian train.
budget nak turun kat Fuji-Q la tu (Fuji-Q-katanya syurga untuk peminat roller
coaster. haisshhh syurga la sgt!)
Alhamdulillah, selepas tiga jam perjalanan!
check peta dulu. eh, check peta lepas beli tiket 1000yen :)
suasana dalam bas.
tiket 1000yen untuk perjalanan tanpa had dengan bas. sesuai
untuk orang yang sayangkan lemak-lemak di badan.. hehhehe. sebenarnya jauh gak
ni. 30minit perjalanan dengan bas ke stesyen terakhir.
plan asalnya nak ke stesyen terakhir pastu patah balik ke
stesyen asal. tapi disebabkan keterujaan yang maksimum setelah melihat kelibat
Gujung Fuji, saya dengan yakinnya tekan loceng untuk turun. huhuhhu terpaksa la
turun, takleh nak salahkan orang lain sebabnya masa tu kami berdua saja ada dalam
bas sebagai penumpang.
Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab mencerahkan hari
jumaat tersebut :)
tercapai impian nak tengok Gunung Fuji dari dekat.
Subhanallah, cantik sgt. salji pun ada lagi di puncak, jadi waktu ni mmg nmpk
sempurna sangat Fuji-san ni.
cubaan untuk ambik gambar Fuji-san dengan sakura untuk
tunjuk keJepunan telah gagal. huhuhu hari tersebut cerah dengan kehadiran awan.
angin plak kuat. jadi, kejap nampak kejap tak nampak. nak tunggu bagi awan yang
berkumpul-kumpul tu bergerak pergi agak la lama. kurang-kurang setengah jam.
jadi, cubaan gagal. kami dah tak sabaq menunggu.
bookstore dan restaurant yang hanya mampu kami tengok dari
luar :)
Gunung Fuji dari kejauhan...
sekian, tempat persinggahan pertama.
tempat seterusnya bersambung ya. bila? sabaq, bila masa mengizinkan. hehehhe
sampai jumpa lagi, insyaallah :)
No comments:
Post a Comment