Sunday, June 3, 2012

Chichibu Part2

salam semua,

cerita ni rentetan dari perjalanan chichibu hari tu ya.

lepas ja dari lawat shibazakura hill tu, saya dan yani ambil keputusan untuk berjalan lagi.  alang-alang dah keluar biar sampai lembik..

kami ke destinasi seterusnya, iaitu Nagatoro. tu dia aih nama tempat naga tu..heheh
ramai sangat orang kat station ni. yani cakap macam dah kat India dah..huhuhuh

ke nagatoro dari ohanabatake station mll chichibu railways. kali pertama kot naik train tak boleh pakai pasmo atau suica. terkedek-kedek kami beli tiket kat kaunter. nak pakai mesin tak reti baca nama tempat. hahaha maklumla kami ni separuh buta, bisu dan pekak!

keluar dari station ja, terus amik kiri, lintas jalan dan jumpa la deretan kedai-kedai.

jalan lagi depan jumpa la tempat Nagatoro Whitewater Boating ni.
cantik tempatnya. bersih dan sejuk ja mata memandang. terus teingat malaysia.

ada team tengah enjoy white water rafting. kayuh sendiri, basah tanggung sendiri!

yang ni boat pelancong, takyah kayuh sendiri

beratur tunggu giliran naik boat. kami pilih untuk naik yang ni. alang-alang dah sampai, yela tempat ni mungkin yang pertama dan terakhir dilawati, jadinya kena rasa la semua kan walaupun mahal jugak kosnya.

pemandangan dari dalam boat. bye bye darat, jumpa lagi setengah jam..hahahha poyo!


dua orang ja tukang kayuhnya. sorang depan sorang lagi belakang. memang gagah perkasa la.


menyulusuri sungai dengan arus yang deras. takut gak masa ni. takut basah..heheh




3km jugak ni perjalanan ni. sampai ja kt hujung 3km tu, kami naik bas mini pulak utk ke station. yela, takkan encik pengayuh nak kayuh balik ke tmpat asal dengan lawan arus plak kan. jenuh la depa, silap-silap semua orang kena kayuh sekali..huhuhu

sepanjang sungai boleh nampak khemah-khemah berwarna warni. bestnya tengok diorg. ada yg dtg dengan famili, ada yg dgn kengkawan.

see? khemah khemah khemah. *jeles*

jeles sebab i pun teringin nak berkemah jugak. tapi keadaan belum lagi mengizinkan. bestnya la kan dapat camping tepi sungai macam ni, tidur dlm khemah. mesti sejuk dan nyaman terutama sekali di waktu pagi tu...fufufufuf mesti sejuk!


sekian, cerita chichibu dan nagatoro.  

sampai jumpa lagi.



3 comments:

fiezaradzi said...

seronok nmpak naik bot tu.. teringat dulu2 naik kayak ye..

zaihana said...

Lawa tempatnya cadik..Bersihh ja!

si.ra said...

k.fiza: dulu2 naik kayak kayuh sendiri. kali ni ada org tolong kayuhkan. hehehe

mie: tula ka. kekadg tu rasa pelik apasal la semua tmpat bersih sj. nak jugak tengok bad side of japan. hahhahaa