salam semua,
kita masih lagi di Chichibu ya..
di kawasan sekitar Shibazakura Hill, tempat yang ada banyk shibazakura warna-warni tu, adalah gerai-gerai jualan. ala, yang biasa ada di malaysia tu bila mana ada pesta tu. dulu-dulu ingatkan kat jepun ni takdak budaya gerai. susah sangat tau nak jumpa gerai kat sini. depa pulak bukannya ada banyk karnival macam kita: karnival jom heboh, karnival belia, karnival kawin-kawin blablabla...
gerai-gerai yang menjual pelbagai produk tempatan..
tempat makan disediakan ditengah-tengah
berlatar belakangkan gunung ke bukit taktau nama..
anjing pun datang berpesta. tempat ramai orang ni tuan anjing pasti akan dukung anjing-anjing depa.
bunga liar yang cantik.
sakura banyak kelopak..suka yang macam gini. macam ros. eh jap, sakura kah ini?
pokok-pokok sakura dengan sisa-sisa sakura.
berjalan, jangan tak berjalan. senaman bagus untuk menguatkan otot-otot kaki, hehehe dah tentu-tentu la kan.
orang sini memanggggg suka berjalan. adoila, makcik pakcik jalan merata. laju-laju pulak tu. yang mai sini sekali satu train hari tu pon rata-rata bawak tongkat yang org pakai hiking tu lengkap dengan segala 'uniform' sebab depa memang mai tempat ni untuk hiking.
orang-orang muda ja mai untuk ambik gambaq jalan sikit-sikit duduk makan-makan sembang-sembang. huh!
pemandangan seibu-chichibu
sekian, cerita pasal chichibu. mungkin ini yang pertama dan terakhir sebabnya tahun depan nak p terjah tempat lain pulak. maklumla musim bunga ni waktunya sangat terhad. jadi, kena rancang cuti hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
nasib baik ada Yani, boleh ajak terjah mana-mana ja. yang best kita puji, yang tak berapa best kita kutuk..hehehhehe
2 comments:
cantiknya gambar2 dlm ni..
kan k.fiza kan? setiap sudut rasa nak amik gmbar :)
yg pentingnya bersih!
Post a Comment