Sunday, September 30, 2012

Castanea crenata.chestnut.buah berangan.kuri

salam semua,

hari ni saya nak cerita tentang 'fruit picking'

semalam dan beberapa minggu lepas saya berkesempatan utk ke kebun buah di area kanazawa dan tokyo.

semalam saya dgn labmate p ke shimada kaju-en di setagaya-ku. station terdekat chitose-funabashi. dari station kena berjalan dalam 10 minit gitu. agak terkejut jugak sebabnya tempat tu mmg kiri kanan bangunan. macm tak percaya di celah2 bangunan2 tu adalah kawasan perumahan dan kawasan pertanian. tempat tu kecik ja tapi org jepun ni kan pandai menggunakan ruang yg depa ada. pokok2 yg depa tanam pon semua comei2 kecik2 ja.

chestnut farm. rendah ja pokok2 depa tanam


bila buah yg dah luruh di tanah dan habis kena petik, kita boleh kait buah yg nmpk dah matang. 

sebelah ladang pokok berangan, depa tanam pokok limau. pokok ni rendah ja, dalam 1 meter tinggi tapi buah dia pergghh boleh nampak kan? banyak!

back to chestnut. yg ni belum betul2 matang lagi.

yg ni masih lagi hijau. lambat lagi nak boleh petik ni.



3yrs old chestnut picker. he enjoys the activity so much! 
Hi-chan, half japanese, half new zealander.

mcm kulit durian plak bila sekali tengok :)

farm yg kami p hari tu. pokok berangan dan di celah2nya pokok limau yg buahnya masih lagi hijau.
bila sampai di kebun ni, apa perlu kita buat ialah jumpa tuan kebun. pastu depa akan bagi bakul dan penyepit sorg satu. 

pastu p la kutip buah yg luruh kalau masih ada. kalau yg dah luruh dah habis boleh ja kait buah yg nmpk mcm dah coklat dan dah merekah.

ni la rupa buah berangan yg baru amik dari pokok. macam buah getah pon ada. bila kulit luar tukar warna ke coklat gelap, buah akan merekah pastu jatuh ke tanah. apa kita perlu buat ialah, guna kaki kepit kiri kanan kulit luar buah yg sangat tajam tu. kemudiannya kepit dan korek keluar buah dalam guna penyepit. 


hasil kutipan :)

best!!!

yg paling best sekali ialah pengalamn tengok dan kutip buah ni sebenarnya. kalau nak harap ke makan, kat kedai banyka ja juai, siap sedia utk dimakan lagi. lagi senang tak payah nak susah2 sampai berpeluh2, gatal2 tangan kena cucuk kulit luar buah berangan tu.

balik ja dari kebun tu, p lab sat. mlm tu balik trus basuh buah dan remdam air semalaman ikut arahan yg di bagi oleh labmate saya. 

hari ni rebus dan makan. ada beberapa biji saya masak bersama nasi, taktau lagi rasanya macm mn. 

oklah, sampai jumpa lagi.

wasalam.

owh, bberapa minggu lepas sy p kebun anggur dan pear. saya cerita dlm nx entry iAllah.




2 comments:

Zaihana Rahman said...

Chadik: ni macam buah berangan yg kat malaysia tu ke? best tak? lama tak makann

srar said...

buah berangan ni ada bnyk species. tak tau la sapa ka dak mcm kt malaysia. kt malaysia jrg2 beli sbb mahal sgt! tak berbaloi rasa bayar mahal2, isi sikit kulit ja bnyk. di jepun ni spjg masa ada di kedai (yg dh siap kupas kulit dan ready to eat). buah yg fresh ni autumn sj ada. best dpt mkn yg fresh :)
di scotland xdak ka mie? kalau nak saya boleh ja poskan. berlambak2 kt sini ha, tak la mahal mn pon (kalau kira duit yen la).