salam semua,
kita sambung cerita ya.
dari tempat pertama, kami plan nak ambik bas semula la ke
perhentian terakhir. kalau ikutkan jadual, bas akan sampai dalam 30 minit lagi
gitu. jadi, kami lepak-lepak kawasan sekitar ambik gambar semua.
sekali, lepak la dekat jambatan sat. jambatan tu dekat ja
dengan tempat tunggu bas. dari jauh dah boleh nmpk kalau ada bas nak datng,
jadi boleh lari.
tup2 nampak la ada bas datang. tapi bas tu dari fizikalnya
tak sama dengan yang kami naik d awal pagi tu. lain jugak dari yg tercetak di
kupon bas tu. jadi, saya dengan yakinnya ‘uh, bas lain tu, tak sama dengan yg
tadi’. Yani pun percayalah. sekali, bila dah dekat barulah nampak apa yg
tertulis di bas tu. metoro basu dalam katakana. waaaaaaaa bas kita! dah terlepas!
huhuuhuhu maaflah yani, saya buat salah lagi. huhuhuhuhu
disebabkan takmau buang masa tunggu bas, kami ambik la
keputusan untuk berjalan sahaja. best
jugak rupanya. takla jauh sgt. boleh dapat tengok pemandangan yg lain sikit
dari dalam bas..ada hikmahnya terlepas bas itu..
biarkan daku pergi, sendiri, membawa hatiku yang sepi….
sepanjang perjalanan boleh nampak gunung fuji
lalu belakang rumah orang jepun dan nampak la kebun sayur
mini ni. suka ja tengok. kemas saja. banyk yang kosong lagi tu, maklumla baru lepas musim sejuk kan.
berkebun ditepi tasik sambil tengok
pemandangan yang indah. wah, nikmatnya tak terkata!
Blueberry house. tak perasana plak kebun blueberi nya kat mana. dok sibuk dengan Fuji saja!
di kejauhan, Yani-chan
yang rumpun tu pokok lavender ya. tapi waktu ni, lavender tak berbunga lagi. masih awal. jadi, rumpun saja ada.
hotel yang betul-betul ditempat strategik. taktau berapa kos untuk semalam ni.
aksi orang yang tak reti beraksi di depan kamera. hahahha
Fuji-san malu-malu waktu ni. tak nampak sangat
nampak tak dua orang kat situ? siap dengan
kamera gabak dengan tripod tu? ha, bukan kami saja yang teruja nak tunggu
fuji-san ni tau. ramai sebenarnya. sebabnya Fuji-san ni susah sangat nak dapat
tengok tanpa sebarang halangan dari awan. kami duduk situ lama gak la. dalam sejam lebih
kot. alang-alang sampai katanya, jadi memang sungguh-sungguh tunggu sampai
nampak jelas, nampak cantik. sempat la makan, solat semua dulu sementara angin datang
dan membawa pergi awan tebal itu
akhirnya, nampak jugak puncaknya
Mount Fuji, Japan
Mount Fuji from Lake Kawaguchi
ni la bas yang kami naik di waktu pagi tu. comelkan? hehehe
ok, sekian untuk part2. tunggu yang seterusnya ya.
jumpa lagi, iAllah :)