Sunday, January 6, 2013

bercuti di korea dengan cara mudah

assalamualaikum,

syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan olehNya.

alhamdulillah.

kami di Jepun buat kesekian kalinya dapat merasa cuti yang agak panjang bersempena dengan tahun baru 2013. di jepun, cuti terpanjang yang ada adalah semasa tahun baru. biasanya bermula pada 28 disember dan berakhir pada 3jan. dapat la merasa cuti secara rasminya hampir seminggu juga lamanya.

tahun ni, saya dan yani punya cita-cita untuk menjejakkan kaki ke negara korea, ke seoul dengan lebih tepat. selalunya kami berjalan-jalan dalam jepun sahaja, jadi kami bercadang untuk pergi lebih jauh. setelah berbincang, kami bercadang untuk menggunakan khidmat tourist guide untuk memaksimakan urusan berjalan-jalan. yelah, berjalan di negara yang tidak mesra muslim ni agak mencabar. terutama sekali urusan berkaitan dgn makan. soal solat insyaAllah tiada masalah. kami sudah belajar di jepun untuk 'survive' dengan solat di mana-mana sahaja asalkan bersih dan bersesuaian. di bawah pokok boleh, di tepi tangga, hatta dalam 'fitting room' pun. soal makan ja kami belum lagi yakin untuk mencuba, tambah-tambah makanan di jepun yang banyk sangat guna mirin dan sake yang ada alkohol dan juga makanannya yang banyak guna pengawet dari sumber binatang. memandangkan korea punya budaya yang agak sama dengan jepun, kami agak yakin yang kami akan berdepan dengan masalah yang sama.

disebabkan fokus utama ke korea adalah untuk melihat korea dari pelbagai sudut termasuk makanan, maka kami bersedia untuk bayar lebih untuk dapat lebih dari apa yang kami mampu. kebetulannya, yani jumpa satu blog yang dikendalikan untuk pelajar malaysia di korea yang mana mereka sangat bijak menggunakan peluang dan kelebihan yang mereka ada untuk cari duit poket lebih. lebih bijak lagi kalau mereka niatkan tujuan utama untuk memudahkan muslim untuk berjalan-jalan di negara bukan muslim. sambil menyelam minum air, pahala dapat, duit poket pun dapat. tak ada lagi pelajar yang buat kerja-kerja macam ni di negara-negara lain selain korea. jadi, pada pembaca di luar sana yang mana punya keinginan untuk ke korea, ke seoul terutamanya, silalah berhubung dengan adik-adik pelajar di sana ya. saya akan update link ke blog tu nanti insyaAllah. servis diorg alhamdulillah sangat bagus, diorang datang amik di airport dan nanti masa balik akan hantar kita terus smpai ke departure gate. bagus! yang paling bestnya, dapat tambah sorg lg kawan!

adik guide ni akan bawa kita berjalan-jalan ke tempat yang dia dah cadangkan setelah dapat persetujuan dari kita. soal makan memang tak dak masalah! saya suka sangat bab makan! hohoho. yelah, di jepun secara jujurnya saya rasa sangat susah. lagipun, makanan jepun agak plain orang kata, tak punya banyak rasa. pedas memang takdak la dalam kamus makanan diorang. makanan korea pulak punya rasa yang pelbagai. saya dah jatuh cinta dengan kimchi sejak beberapa bulan yang lalu dan dah banyak video berkaitan pembuatan kimchi yang saya dah tengok. malah, saya punya perancangan untuk buat kimchi saya sendiri. kita tunggu dan lihat ya. :) bila di korea, alhamdulillah, kami dapat merasa pelbagai jenis makanan korea. dari makanan laut ke ayam dan daging! ya, di seoul ni ada tempat nama Itaewon yang ada banyak kedai halal. tak sangka mudah rupanya untuk dapat makanan halal sedia untuk dimakan di korea ni. kedai runcit yang jual barang-halal, barang-barang asia pun ada banyak dan besar! Ya Allah, suka sangat saya. dapat jumpa biskut peanut butter julies yang sedap, yang dah lama sangat tak makan dan pastinya yang tak ada di jepun. oh, gembiranya! syukur ya Allah!







update (14 Feb. 2014)
ramai pulak yg komen mintak contact number adik tu..
apapun, boleh try email cuticutikorea@gmail.com
tapi saya tak pasti sama ada adik ni masih aktif atau tidak.
saya dah lost contact dgn adik tu. dia dah inactivate account fb. 
adik tu dah grad dan sekrg taktau lagi siapa yg in charge. 
maaf ya :(


cuti new year 2013-seoul


salam,

kita berehat sekejap untuk cerita Kyoto ya. ada banyak tempat menarik yg kami sempat lawati semasa cuti-cuti Kyoto hari tu. kami ke Kyoto 2 hari ja, tapi di sebabkan kami berjalan dari awal pagi ke lewat malam, maka banyak la tempat-tempat menarik yang kami boleh lawat. dan memandangkan banyak sangat gamabr di ambil dan saya merasakan semua gambar-gambar itu sangat menarik dan perlu dikongsi, maka saya bahagikan cerita-cerita perjalanan saya ke beberapa bahagian.

Jadi, cerita hari pertama saya di kyoto berhenti buat sementara waktu ya. saya tengah bersemangat nak bercerita tentang lawatan saya ke seoul, korea pada 28-31 disember yang lalu. baru lagi ni, tu yang bersemnagt sikit nak bercerita.
.
.
.


Alhamdulillah, selesai sudah pengembaraan ke Seoul, Korea Selatan bersama-sama dengan Yani sempena cuti tahun baru 2013.

Ya Allah, terasa sungguh kebesarn Allah dalam perjalanan kali ni. Susah rasanya nak ceritakan perasaan tu dengan perkataan. Tak pernah lagi saya rasa perasaan sebegini sepanjang saya berjalan-jalan di sekitar Jepun. Terima kasih ya Allah atas peluang dan ruang yg Kau beri ni.

Untuk pengetahuan, kami tidak berjalan sendirian di sana, tapi kami menggunakan khidmat tourist guide yang diuruskan oleh pelajar malaysia di korea. Adik yang uruskan kami hari tu ialah Luqman. Luqman bawa kami ke semua tempat yang di cadangkan dan dipersetujui oleh kami. Soal makan dan solat alhamdulillah tiada masalah langsung. Selalunya, bila berjalan di negara yang tidak mesra muslim ni, soal makan dan solat adalah menjadi isu utama. Susah nak cari makanan yang kita boleh makan dengan yakin tambah-tambah pulak di negara seperti korea, jepun, china yang mana english tidak diguna pakai secara meluas.

Pada semua yang punya keinginan untuk berjalan ke korea dengan mangikuti pakej muslim yang disediakan oleh pelajar malaysia korea, bolehlah hubungi mereka di FB cuti-cuti korea Muslim Style.

Sejujurnya, pada yang punya masa dan wang, pergilah berjalan melawat negara-negara yang bukan islam ni. IAllah, pasti akan dapat lihat sesuatu yang sangat istimewa. Lihatlah dengan mata hati pasti anda tidak rugi.



Wassalam.

pssst: saya baru perasan yg sy ambil 2 gmbr sj masa hari pertama ni. huhuhuh

Jadi, disebabkan tu, sy letak gmbr myeongdong di waktu pagi ya. kali pertama pergi tu di waktu mlm, jd saya tak bersemngt lg. hari kedua pagi2 kami dah smpai myeongdong semata2 utk ambil gmbar. so, sy kongsikan di sini ya, myeongdong di pagi hari. Boleh nmpk dgn jelas apa ada di myeongdong. Pastinya kedai2 pakaian fesyen terkini korea, kedai barangan kecantikan (banyakkk sangattt), designer boutiques dan tak lupa pelbagai jenis kedai makan dan kedai kopi :) syok betul lepak kedai kopi di waktu sejuk2.

Oppsss. sila abaikan tarikh yg tersilap cetak pd gmbar tu ya :(






























Thursday, January 3, 2013

Kiyomizu Dera dari kejauhan...

salam,

tempat terakhir yg kami lawati untuk hari pertama di kyoto ialah Kiyomizu Dera. Saya pernah cerita pasal tempat ni dalam entry yg lepas, masa saya p buat pertama kalinya dengn kak Na, kak Su dan Dr Balkiah. errr mungkin patut tulis Dr Na, Dr Su dan Dr Balkiah kot sebab masing-masing dah berjaya grad dengan cemerlang dari Tokushima Uni dan Kobe Uni. Fuh!



Kiyomizu Dera dari luar


sebenarnya, kami tak masuk pun dalam kawasa shrine tu. nak masuk kena bayar tapi tu bukan sebab utamanya kenapa kami tak masuk. sebab utamanya ialah untuk nak beli tiket saja, kami nak kena beratur sampai ber km pjgnya. tudia aih, tak sanggup! dan la penat naik tangga tak hilang lagi, pastu nak kena beratur berejam semata-mata untuk tengok momiji di waktu malam. erm, kitorg mampu bergambar dari luar ja la. pastu window shopping di kawasa sekitar kiyomizu yang banyak sangat jual barang traditional jepun. hilang penat naik tangga lepas dapat window shoping. hahahha










dalam perjalanan balik tu terserempak la dengan 'entertainer traditional' jepun. rasanya diorg ni panggil ni maiko kot. maiko= apprentice geisha.



yg ni dok sebelah 'bos' mungkin adalah geisha. ceh, memandai ja kan. hahhaha. tapi yelah kot. Kyoto ni memang terkenal dengan geisha dan maiko nya. mekap tebal2 putih melepak, penghibur yang terkenal di Western Japan ni.


Wednesday, January 2, 2013

Fushimi Inari Shrine


salam,

masa cuti-cuti kyoto hari tu, balik ja dari Tofukuji, kami bergerak ke Fushimi Inari Shrine. 









Shrine ni terkenal dengan tiang oren dengan tangga yang sangat banyak. sangat-sangat tinggi, ambil masa dalam 2-3 jam untuk daki dan turun. fuh! mantap la kitorg hari tu, daki sampai puncak! sampai ada yang merana sakit lutut akibat tekanan panjat tangga secara berterusan. yang kagumnya, ada ja makcik pakcik yang kiranya macam ‘devoted shinto’ ni yang panjat sekali. diorg pakai pakaian putih dan naik ramai-ramai dalam kumpulan.





pemandangan di waktu senja di pertengahan perjalanan. masa ni dah rasa macam penat sangat dah tapi disebabkan masing-masing tak mau putus asa, maka selamat la kitorg mendaki dan terus mendaki sambil memotivasikan diri.

subhanallah



ni masa dalam perjalanan turun, tempat yang sama dengan gambr-gambar di atas. dari senja ke gelap!

memandangkan kami ke shrine ni dah senja dah, makanya tak apat la nak tengok suasana hutan keliling gate oren yang banyak-banyak. kitorg memang fokus ja untuk ke puncak, pastu fokus ja turun. memang menyeksakan badan la! tapi bagus jugak sbb baru rasa puas bila dapat keluar peluh sekali sekala. heheheh





autumn at tofukuji temple

salam semua,

kali ni saya nak share fambar-gambar yang saya ambil di tofukuji temple, salah satu tempat menarik yang boleh dilawati di kyoto terutama sekali semasa musim luruh.

manusia, subhanallah punyalah ramai. pakcik makcik, adik, kakak, abang semua ada. memang bersesak sungguh la. tempat ni nak kena bayar utk masuk tp alhamdulillah memang berbaloi. masih mampu utk ambil gambar daun-daun, pokok-pokok tanpa kehadiran omnivor :)

saya share banyak gambar ni. jadi, maaf la ya kalau 'berat' sikit. tak tau nak pilih yg mana satu last-last share ja banyak-banyak.

harap bersabar ya.

sampai jumpa lagi.

wassalam.