Sunday, January 6, 2013
cuti new year 2013-seoul
salam,
kita berehat sekejap untuk cerita Kyoto ya. ada banyak tempat menarik yg kami sempat lawati semasa cuti-cuti Kyoto hari tu. kami ke Kyoto 2 hari ja, tapi di sebabkan kami berjalan dari awal pagi ke lewat malam, maka banyak la tempat-tempat menarik yang kami boleh lawat. dan memandangkan banyak sangat gamabr di ambil dan saya merasakan semua gambar-gambar itu sangat menarik dan perlu dikongsi, maka saya bahagikan cerita-cerita perjalanan saya ke beberapa bahagian.
Jadi, cerita hari pertama saya di kyoto berhenti buat sementara waktu ya. saya tengah bersemangat nak bercerita tentang lawatan saya ke seoul, korea pada 28-31 disember yang lalu. baru lagi ni, tu yang bersemnagt sikit nak bercerita.
.
.
.
Alhamdulillah, selesai sudah pengembaraan ke Seoul, Korea Selatan bersama-sama dengan Yani sempena cuti tahun baru 2013.
Ya Allah, terasa sungguh kebesarn Allah dalam perjalanan kali ni. Susah rasanya nak ceritakan perasaan tu dengan perkataan. Tak pernah lagi saya rasa perasaan sebegini sepanjang saya berjalan-jalan di sekitar Jepun. Terima kasih ya Allah atas peluang dan ruang yg Kau beri ni.
Untuk pengetahuan, kami tidak berjalan sendirian di sana, tapi kami menggunakan khidmat tourist guide yang diuruskan oleh pelajar malaysia di korea. Adik yang uruskan kami hari tu ialah Luqman. Luqman bawa kami ke semua tempat yang di cadangkan dan dipersetujui oleh kami. Soal makan dan solat alhamdulillah tiada masalah langsung. Selalunya, bila berjalan di negara yang tidak mesra muslim ni, soal makan dan solat adalah menjadi isu utama. Susah nak cari makanan yang kita boleh makan dengan yakin tambah-tambah pulak di negara seperti korea, jepun, china yang mana english tidak diguna pakai secara meluas.
Pada semua yang punya keinginan untuk berjalan ke korea dengan mangikuti pakej muslim yang disediakan oleh pelajar malaysia korea, bolehlah hubungi mereka di FB cuti-cuti korea Muslim Style.
Sejujurnya, pada yang punya masa dan wang, pergilah berjalan melawat negara-negara yang bukan islam ni. IAllah, pasti akan dapat lihat sesuatu yang sangat istimewa. Lihatlah dengan mata hati pasti anda tidak rugi.
Wassalam.
pssst: saya baru perasan yg sy ambil 2 gmbr sj masa hari pertama ni. huhuhuh
Jadi, disebabkan tu, sy letak gmbr myeongdong di waktu pagi ya. kali pertama pergi tu di waktu mlm, jd saya tak bersemngt lg. hari kedua pagi2 kami dah smpai myeongdong semata2 utk ambil gmbar. so, sy kongsikan di sini ya, myeongdong di pagi hari. Boleh nmpk dgn jelas apa ada di myeongdong. Pastinya kedai2 pakaian fesyen terkini korea, kedai barangan kecantikan (banyakkk sangattt), designer boutiques dan tak lupa pelbagai jenis kedai makan dan kedai kopi :) syok betul lepak kedai kopi di waktu sejuk2.
Oppsss. sila abaikan tarikh yg tersilap cetak pd gmbar tu ya :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...akak boleh tak bagi email/fb/blog tour guide yg akak guna time kat sana..??
salam tieyka,
sorry lupa nk update. tieyka boleh contact diorg mll fb. cari ja Cuti-cuti Korea (Muslim Style). kt page tu diorg ada tulis segala info berkaitan. harap membantu. have fun!
Post a Comment