Saturday, March 23, 2013

Masjid at itaewon and prayer rooms at incheon airport

salam semua,

macam biasa entry saya sentiasa caca marba, sekelap kat bulan sekejap kat bumi, sekejap musim bunga sekejap musim sejuk. layankan jela ya :)

ni saya nak sambung cerita korea awal tahun hari tu. haish, cerita lama dah kot..

saya nak share gambar2 saya ambik di Seoul Central Masjid. luas jugak kawasan masjid. tapi, masjid ni agak jauh dari jalan utama dankena mendaki sikit. kalau orang tua atau org tak biasa jalan jauh tu memang agak sakit la. 

peta keseluruhan kawasan masjid

Allahu Akbar

kawasan sekitar yang masih diselimuti salji.

dari masjid,, boleh tengok kawasan sekitar seoul. maklumlah masjid atas bukit

ruang solat utama di bahagian bawah untuk lelaki. besar dan cantik

ni tangga ke bahagian solat wanita. tinggi jugak nak naik atas ni. berapa kali pusing tah. tapi nasib baik tangga ni luas. kalau masjid jamek di Yoyogi, Tokyo ni ya ampun tangganya sempit sangat. berlingkar-lingkar, bila berselisih ja terus kena senget2 kan badan kempis2 kan mana patut. jadi, tangga ni saya suka sebab selesa (eh eh terkomen lebih2 plak. tangga je pun..)



kawasan wuduk dan tandas. sangat selesa. memang dah mcm kat malaysia dah. cumanya sejuk saja. maklumlah musim sejuk. cuba bayangkan duduk dalam peti sejuk yg letak sayur tu, pastu ambik wuduk pakai air sejuk.. perghhh memang sejuk sampai ke otak. tapi, iAllah, Allah akan balas semua tu. apa saja untukmu Ya Allah. cewahhh

dari masjid, kami ke kedai makan kebab pastu terus ke guest house amik bag. pastu apa lgi? terus gerak ke airport untuk balik ke jepun..huuhuh 


airport ni dah banyk kali dapat award utk best airport. tengok sajalah keadaannya. luas, cantik dan sangat selesa. siap ada cultural centre lagi utk belajar budaya korea. tak la rasa bosan sangat tunggu waktu utk berlepas kan. ni asyik di sogokkan dengan kedai ja kan. penat la jugak poket kn?


di airport ni jugak ada sediakan satu kawasan yg dia panggil prayer room. ada 3 bilik: 2 utk cristian (catholic dgn apa tah satu lg tu lupa plak), satu lagi utk buddha. malang sekali utk muslim tak dak. padahal muslim je kot yg dok guna bilik solat ni kan. dua bili kristian tu ada penuh dgn kerusi2 ala2 mcm dalam gereja, pastu di bilik utk penganut Buddha plak ada patung besar. kawasn dalam bilik yg ada patung tu luas la. ikut kata Luqman, org Malaysia ada ja yg masuk solat dlm tu. kiblat kebetulan membelakangkan patung jadi oklah kot. tapinya, luqman ni semayang kat luar ja; luar dari kawasan prayer tu. ada kawasan kosong kat luar mengadap dinding jadi tak menghalang lalu lintas. katanya tak selesa nak solat dalam keadaan budha gedabak besar ada kt belakang. yela betul jugak, mcm tak kena plak kan!  agaknya tak pernah ada org komen lagi kot ke pengurusan airport tu pasal ketiadaan ruang solat untuk muslim. diorg pun agaknya mana la tau kan. lg pulak mungkin tak ramai lagi org islam yg berjalan2  ke korea. tak rasa suatu keperluan di situ.

setakat yg saya tau, airport di narita ada sediakan apa yg dinamakan silent room. boleh guna ruang tu utk solat. yg tak bestnya kena p kaunter setiap kali nk pakai sbb bilik tu sentiasa berkunci. pastu ada hanya boleh pada waktu tertentu saja. agak leceh di situ, tapi oklah drp tak dak kan? haneda airport langsung tak sediakan tempat solat. nasib baik airport tu besar, jadi boleh ja cari port mana2 kosong utk solat. beruntungla kita di Malaysia kan. mana2 p senang nak solat. tu pon masih ramai lagi org yg tak menunaikan solat.


~solat itu tiang agama, kalau hilang tiang tu, agak-agaknya apa akan jadi ya pada agama?




No comments: