dah lama tak tulis sesuatu kat sini. angin radiasi di tokyo telah menghilangkan minat saya pada blog (heheheee, bukan nak salahkan diri sendiri yang malasss).
apapun, semalam tetiba ada orang komen kat entry yang bertahun lepas. pastu, terbuka la blog sendiri dan terbaca la. eh eh seronok jugak blog ni ya. (hahahhaaa, aksi angkat bakul). rasa best pulak sbb dapat kembali ke zaman dulu-dulu; dapat imbau balik apa yang berlaku. susah atau senang. jadinya hari ni bersemangat la sikit nak tulis kat sini. mana tau tahun depan dapat baca balik iAllah.
baiklah, mai sini saya nak bercerita tentang trip saya ke ikebana (flower arrangement) exhibition di takashimaya, shinjuku. kawan saya (labmate) ni pandai ikebana. instructor berlesen utk ikebana. bukan sebarangan org boleh ajar gubah-gubah bunga ni tau. jadinya memandangkan si R ni adalah salah seorang exhibitor, makanya dia ada banyka la free pass utk di bagi pada sapa-sapa yang berminat ni. kalau tak dak free pass ni, nak masuk kena bayar tau.
yg ni tingginya dalam 1 meter, lebar dalam 2 meter gitu. pokok ni ada di malaysia rasanya. jenis berjuntai-juntai turun bawah tu.
yg ni pulak kalau perasan yg putih-putih tu bunga kobis. hrmm buat tomyam pun sedap :D
food inspired ikebana..asparagus dengan ceri tomato..cantik sangat yang ni. terpegun masa mula-mula tengok. jadi, sapa ada lebihan asparagus kat rumah tu jgn buang no. boleh buat hiasan tau.
yang ni pokok strawberi 8)
macm di Thailand pulak kan? simple tp sangat cantik..sakura dan momiji (cherry blossom and maple leaves)
yg ni sapa taktau taktau la nak cakap apa.. rebung pon cantik apa buat hiasan.
yg ni kwn saya punya.. tahu kos bunga ni utk 3 hari exhibition berapa?
200ribu yen ko! memang standard aktiviti makmak datin, kerabat-kerabat ja ni..
yg ni saya suka, amik gambar konon-konon nanti nak buat kat rumah sendiri..
rebung lagi =) cun kan?
bonsai
mini jungle..hehe memandai ja.
yang ni terkejut gak masa mula-mula tengok. dapat tangkap apa ini? gubahan daun pisang kering..hhehehe kreatif kan?
ramai sangat yang datang hari tu.. makcik-makcik la terutamanya.. orang-orang muda pon ramai gak..
gubahan ala-ala modem
yang ini dah rasa macam kat amazon dah. lebar dalam 3 meter.
yg ni pon besar. 3m lebar jugak. tinggi dlm 2 meter.
tapak tangan budak-budak serta bunga gerbera (baca: gabera)
yg ni kreatif. cd lama di hias dengan daun-daun. kreatiff. boleh buat kad raya mcm ni..
menarik kan?
kali pertama ni dapat p exhibition formal mcm ni. ikebana yang ada kat sini tak terlalu traditional sangat. dah ada unsur-unsur moden dalam setiap gubahan. terkejut jugak pada mulanya sebab saya expect bunga dan daun-daun ja. sekali mak aih amik ko. daun kering pun ado!
No comments:
Post a Comment