salam semua..
saya pernah bagi tahu kan yang lab saya masa kena gempa bumi yang teruk baru-baru ni bersepah kan?
rumah saya pun kalau nak tahu bersepah jugak!
tak caya?
slow cooker terpelanting ke entrance |
microwave terjun dari atas peti ais, peti ais plak terbukak pintunya ternganga >12 jam sbb malam tu saya stay overnight di lab |
benda putih bersepah tu sebahagian dari microware sebelah dalam..nasib baik boleh pakai lagi..tapi pintunya sedikit herot :( |
peti ais ni dah calar dan kemek sikit lepas kena seret dengan microwave yang berat tu! |
nasib baik la semua benda yang tertonggang terbalik tu boleh pakai lagi...sedih dah masa tengok serpihan keluar dari microwave tu..alhamdulillah boleh pakai lagi..lega!
masa hari kejadian tu, perkhidmatan keretapi tergendala lama la jugak..kiranya start dari kul 3 sampai la ke tengah malam. tu pun bukan semua line dibuka perkhidmatannya..disebabkan tak boleh balik ke rumah, stok makanan kering di supermarket memang hampir bersih la..mee segera memang betul-betul habis, even sampai sekarang...tak kisah la yang tu sebab kalau ada pun tak leh makan jugak pun..takdak yang halal..
jajan..tak pernah sekosong ni sebelum ni |
roti..ada beberapa ja yang tinggal |
setakat ni alhamdulillah roti dah ada macam biasa dah kecuali di beberapa supermarket..
beberapa hari lepas gempa tu stok beras plak habis. yela, masa tu reaktor nuklear tengah sangat tak stabil.. berita pula tak sudah-sudah dok serita pasal radiasi, pasal perintah berkurung la apa la..so, semua orang dok beli banyak bahan kering buat stok kat rumah..saya pulak lepas ja kejadian tu, malam ke2 p tidur rumah kawan sbb takut la kononnya..keesokan harinya kena p Kobe plak ada conference..haishhh time macam ni la ada conference pulak..tak mau mulanya p kobe tu tapi sebab sensei p dan dia pun expect saya untuk join sekali makanya terpaksa la..tapi okla jugak, boleh la lari sekejap dari gempa bumi.
balik ja dari kobe, beras memang sungguh-sungguh habis, takdak satu pun di area nishi-koyama ni..disebabkan tu, beli la spageti, pasta, udon dan soba buat stok..dan tak sangka soba yang kering ni sangat sedap! senang plak tu nak masak..makan dengan kicap+ daun bawang+ telur..perghhh sedap! nanti nak beli la bila balik cuti-cuti malaysia nanti..sapa nak rasa kena mai rumah ok 8)
@tokyu store, shirokane |
senyum meleret saya bila jumpa beras di area shirokane, dekat dngan lab..hehehehe
lepas beli beras ni, tup-tup labmate bagi plak 2kg beras percuma sebab saya pernah mengadu kat dia yang beras di kawasan saya dah habis..terharu sangat!
sekarang ni, berlaku pulak kontaminasi iodine-131, salah satu bahan radioaktif dalam air di kawasan tokyo ni..jumlah yang dikesan tu pulak agak tinggi, tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak di bwah umur 1 thn..jadi apa lagi, air mineral di kedai semua habis licinlah! memang betul-betul habis..sampai di amazon.co.jp pun dah tulis out of stock!
so, sesapa nak tambah duit lebih tu, silalah buat bisnes air mineral ya..eksport la ke jepun, konpem sat ja habis! saya pelanggan pertama! hahahhaha
5 comments:
perkh....dasat....pengalaman yang tak boleh dibeli..
kalau juai baulu laku ka ? hahaha
teruk gak yerk keadaan rmh,tp alhamdulillah brg2 tue still blh pakai lg. anyway, jage diri yerk....
Kesian rumah chadik.. Hehe, kesian kt chadik gak.. Hihi.. Moga terus tabah ye.. All d best. Take care
sabaq byk2 na...
kalu posa pun baguih jgk...
heh!
qays: bahulu mungkin laku kalau packaging lawa gila2..hahhah
yanie: tula teruk la jugak. tp tak seteruk yg kt sendai sana tu kan.
fiezaradzi: hehehe okja. semua ni pengalaman.
afendi ariff: ye baik bos! saya mmg penyabaq orgnya. kalau tak dah lari balik msia dah..hehehe
Post a Comment