Monday, March 8, 2010

ayam bermacam ayam...



saya ada tengok crita ni dari tv minggu lepas. Tertarik dengan isu yang hos rancangan River Cottage ini cuba sampaikan. Beliau menjalankan eksperimen melihat perbezaan di antara ayam yang diternak di dalam sangkar tertutup dengan ayam bebas (free-range). Hasil mendapati ayam yang diternak dalam keadaan bebas mempunyai lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding dengan ayam yang dipelihara dalam keadaan yang 'tertutup'.

Bagi saya, isu-isu yang cuba disampaikan ini sangat berguna. Baru la tahu keistimewaan ayam-ayam kampung, ayam-ayam yang hidup bebas ni.

Melalui video ini juga baru saya tahu yang ayam memerlukan tiga perkara utama dalam hidup mereka. Pertama sekali adalah hijau. Ya, ayam juga memerlukan benda-benda hijau seperti rumput dalam diet harian. Sebelum ini pernah la jugak tengok ayam-ayam kat rumah ni makan rumput tapi tak tau la pulak yang rumput ni penting.

Yang kedua, ayam juga perlukan 'exercise' seperti mana manusia perlukan aktiviti-aktiviti senaman ni. Manusia bersenam dan manusia tidak bersenam mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Kebiasaannya yang bersenam lebih sihat dan cergas berbanding yang tidak, dan begitu la juga perumpamaan yang kita mungkin boleh pakai pada ayam.

Yang ketiga dan terakhir, ayam perlukan masa untuk hidup, perlukan masa untuk otot-ototnya terbentuk dengan baik sehingga mempunyai keupayaan untuk menampung protein, vit. serta mineral yang berguna untuk manusia yang makan dagingnya itu. Jadi, manusia yang makan ayam ini tidaklah hanya makan otot yang mempunyai lemak sahaja!
hrmm panjang juga tulisan alih bahasa saya ini. Untuk maklumat lanjut, silalah tengok video yang di atas ni ya.


~utk kfiza, silala komen apa patut ya..ada banyak dah pengalaman ternak ayam ni kan? 8)



10 comments:

Dr Singa said...

teringat lagu Ayam.
jalil hamid..

si.ra said...

teringat ja..? apa kata nyanyi sikit..mn tau bleh meletop balik lagu tue!

fiezaradzi said...

cit.. macam tau jer aku nak komen pasal ayam ni.. hehehe.. mmg tul pun, terbukti ayam kg lebih baik.. saper tak suker ayam kg.. sbb tu kt kl ni ayam kg mahal.. (kg dah tak de kot..??)
kalau tak nak ayam berlemak, beli lah StellarChicken (dah de ke?).. kurang lemak, lebih tahan lama.. terbukti.. hehe.. ayam daging sekarang ni, mmg de diberi vitamin, mineral, cuma kdg2 terlalu byk.. dan tak lupa antibiotik..
masalahnya kesedaran pengguna di msia masih kurang pasal bahaya antibiotik ni.. singapore, export ayam tak nak yang de antibiotik tau.. pe kate kita ubah cara pemakanan, cari ayam non-antibiotik --- StellaChicken.. heheee(promote nampak?)
Ayam dalam sangkar mmg sedikit tak aktif, tapi masih lagi de ruang untuk die lari2 dan lari2 anak.. cuma konsep hijau mungkin kureng sikit la..
**pjgnye komen aku..

si.ra said...

kfiza: pjg2 begini la yg kita nak!!! bagus3
Mana nk dpt StellaChicken ni? (hrmm peluang utk promote lg) kalau ada kt pasaran pon mesti terhad dan mahal..sebb tu ramai org msia mkn ja ayam2 dgn tmbhn antibiotik ni..murah dan senang dapat.kesan sampingan tu lain crita la janji kenyang..susah nk ubah mentaliti org ni..ayam radix yg agak glemer kt utara ni pakai konsep cm mn ya..ada sbrg idea? dngar2 ayam2 tu mkn segala mcm herba; habbatussauda antaranya..tp x tau la kena cucuk ab ka dak..

arip said...

haish... life is not easy as it seem to be....

si.ra said...

life ayam ke life ko? >.<

fiezaradzi said...

chadik: pasal ayam radix tu aku tak sure, sbb tak penah pegi farm ayam dorang..
bos kata nk pasarkan dkt cold storage, mungkin giant sedikit masa lagi.. tak tau la kan.. tapi die jatuh kategori ayam premium, so sedikit mahal dr ayam biasa la..
beli, beli jgn tak beli..
todin: mg life ko happy2 sajer..

arip said...

keekke.. life ayam tuh... susah ooooo hahaha..

si.ra said...

kfiza: okeh2, kena up sikit la budget bulanan kalo nk mkn ayam2 special ni ya...

todin: trouble is a friend sokmo!

arip said...

haaa tau takpee.. trouble is a fren beb.. adoi aii.....