Saturday, July 24, 2010

tak berjaya!

salam semua,
saya dah buat ice-cream green tea tapi,
TIDAK SEDAP!
hahahahhaahah
memang tak sedap langsung bila gula dikurangkan sukatannya..
tak sesuai,
langsung tidak sedap..
kena cuba lagi ni,
tapi kena ikut sukatan betul-btul ni..
sementara nak tunggu semangat nak buat tu timbul,
terpaksa la beli yg haagen-dasz punya,
yg ni kompem sedap...

8)

Thursday, July 22, 2010

ada tapi tak ada

pernah tak bila pagi-pagi, buka almari, pastu...

'alamak, takdak baju la nak pakai, takdak tudung la nak pakai..haishh cemana ni'

pernah tak dialog ni berputar-putar dalam kepala korang semua?
pernah tak?
walaupun sebenarnya depan mata tu penuh dengan pelbagai jenis fesyen baju..warna tak yah cerita la..kumpul-kumpul  memang boleh buat pelangi dah..

pernah tak alami situasi macam ni?

ada sapa-sapa yang tak pernah ada perasaan tu? angkat tangan boleh? nak tengok ada berapa ramai orang yang tak normal tu..
8)

Tuesday, July 20, 2010

projek terbaru..

ni projek terbaru saya,

















lama dah rasanya tak menjahit ni..

terlonjak-lonjak gembira bila jumpa pattern blouse ni di nippori tempoh hari,

memang dah lama dah mencari pattern utk baju ni..

so, sekarang ni dah ~70% dah siap baju tu,

kekkek kesempurnaan tu tolak tepi la..

janji puas hati berjaya,

berjaya bersabar.

heehhe

selain beli pattern dan kain cotton 2m utk projek baju ni,

saya jugak berjaya beli kain 4m- konon-konon utk baju kurung la ni..

tp mungkin kain tu akan kekal sebagai kain selama beberapa thn lg la kot..

tak sanggup nak jahit baju kurung pakai tangan. tapi kalau tiba-tiba berjaya beli mesin jahit tak tau la kan..

 sama aja yg atas bawah tu, cumanya satu diambil gambarnya dgn flash, satu lg dak..

kain ni background hitam dgn corak daun ginkgo ala2 kuning sikit..

yg ini saya rasa mcm pernah tengok seblum ni...di aloq staq kot..rasanya la..

yg bestnya utk projek beli belah kali ni ialah, saya dapt beli kain2 ni pada harga 100yen saja permeter..pada pendapat saya la kan memang la berbaloi2..400yen utk 4meter kain yang sangat berkualiti..kain kapas yg tebal dan lembut..mungkin corak agak outdated sikit tapi bagi saya peduli apa dengan corak terkini..janji berkualiti dan MURAH!


okeh, nx week nak p lagi..

bye!

Saturday, July 17, 2010

ice-cream lagi..

kali ni saya memang buat ais krim yang sebetulnya

yang setaraf atau lebih baik (errkk) dari yang ada di pasaran tu..

saya buat ikut resepi dari ros jintanmanis

memang berbaloi-baloi untuk dicuba,

lagi berbaloi-baloi untuk dimakan..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
memang sangat sedap..

yang cair dah pun masih sedap untuk dinikmati..

puas sangat dapat makan ni masa berbuka puasa..

memang best!

peminat ais krim wajib cuba resepi ni tau..

memang berbaloi-baloi..